Isnin, 23 Jun 2014

Rak Sabun Beroda



Smart tak? Baru sedap mata memandang, tersusun semua sabun-sabun kat dalam rak nie dah tak payah letak sepah-sepah dalam baldi, dalam bilik, dalam almari dapur semua telah  tersusun sebaris kat rak putih nie.Rak sabun nie ada roda senang nak ditarik atau alih ke tempat lain bila nak sapu dan basuh lantai.Bestlah rak nie sangat senang dan memudahkan aku berkemas.Banyak sabun ko mai..ala ada botol yang tak ada isi saje tak buang nanti beli sabun yang refill boleh simpan dalam botol kosong tue.

Rak nie ada jual dalam groupon (klik sini) tapi dah sold out yea.Dalam groupon rak nie namanya Tier Slim Rack With Wheels,fungsi rak nie boleh letak sabun basuh pakaian,sabun mandian,tin minuman atau tin makanan. Sebab nak sangat rak sabun beroda nie dan kebetulan linda pun berkenan sama,dia call penjual rak nie dan terus beli.Dapat diskaun rm65 dapat rm60 kira ok lah tue.Bukan kami berdua je beli 8 orang lagi kawan opis kirim beli.Berguna gak rak sabun beroda nie ingatkan tak muat nak letak sabun ukuran memang dia bagi tapi kot lah tak muat mana aku nak campak kan..

Rabu, 11 Jun 2014

DIY meletak Rubber Door Stopper

Hari nie aku nak share DIY cara memasang Rubber Door Stopper..Sangat senang utk dilakukan dan tak berpeluh pun.Jom kita mulakan..

Bahan yang korang kena ada ialah heronye Rubber Door Stopper,pembantunye double selotip dan gunting.


Langkah seterusnya guntingkan double selotip dan lekatkan dibelakang bontut Rubber Door Stopper tue dan kemudian tanggalkan kertas double selotip 



Nampak tak lubang bulat kecil tue,itulah kesan tombol pintu.So disitulah kite akan letakkan Rubber Door Stopper


Bagi tidak mahu tersengit letaknye Rubber Door Stopper,korang rapatkan dahulu atau masukkan Rubber Door Stopper ke dalam tombol kemudian terus rapatkan kedinding.Seterusnya korang tolak pintu kuat-kuat bagi melekat kuat pada dinding.


Tarra nie lah hasilnya Rubber Door Stopper telah melekat pada dinding


Sekarang nak tolak pintu kaut-kuat pun dah tak kisah tak berlubang lagi dinding..Semua bilik dah ada Rubber Door Stopper.