Sabtu, 17 September 2011

Open House Bomba

Bertempat di ibupejabat bomba wpkl Jalan Maharajalela pelbagai juadah makanan raya disajikan buat tetamu yg hadir.Senang cite makan sampai kenyang selagi makanan tak habis selagi tue boleh makan.

Hubby & mai lebih suka berbaris panjang menunggu kambing panggang diagih2kan.Kambingnye memang sedap siap dgn sosnye sekali buat cicah.Cuaca yg panas kami tak herankan asalkan dpt makan daging kambing.

Mama bersama 2 org mak cik mai pun ikut bersama,nasib mereka tak malu2 utk mengambil makanan.Lepas sorang2 bangun dr tempat duduk pegi ambil makan yg lain,X de lah susah sgt mai nak makan.Kiranye sape nak makan sila ambil sendiri tengok ape yg menyelerakan tekak terus ambil.

Oh ya! semua makanan disediakan sendiri oleh pegawai2 bomba dr semua cawangan yg sudi join utk majlis raya nie.Sayang! mai tak sempat nak ambil kesemua menu2 makanan,mana tak nye makanan depan mata hilanglah tumpuan terhadap benda2 lain sampaikan gambar sendiri pun tak hingat nak bergambar, tak dapat nak tunjuk baju raya kat korang...hehehehe..


bahagian hubby sponser ice cream

Serius best tahun nie open house bomba,coz tahun nie kami dapat makan byk sekali makanan,X mcm tahun lepas dapat makan sikit je kerna datang lambat so tahun nie kami sepakat dtg awal mengikut time yg ditetapkan.Lagipun bomba nie ada time yg dihadkan utk buat jamuan kang leka makan operasi kerja bomba X buat mau tebakar rentung rumah org...Utk jamuan makan nie dibuka jam 12pm-2pm..kejapkan..mana2 khemah yg dah habis makan dorg cepat2 kemas khemah. 


nampak tue daging kambing yg menjadi rebutan pengunjung..

Ahad, 11 September 2011

Hari ke2 perarakan


Alhamdulillah ari ke2 dah ada kemajuan dr segi kehadiran peserta kontijen dan langkah perbarisan kawad kaki.Tapi (ada gak tu tapi) masih lagi kena lebih training supaya semua langkah kaki seragam melangkah,tak lah nanti nampak bersepah sana sini kang malu plak kontijen Kraftangan Malaysia..


Sabtu, 10 September 2011

Open House Amirah

Pagi perbarisan petang plak pegi open house Amirah,sebelum mai cite panjang lebar yg selalunye akan tersasar dr cerita korang tgk lah dulu juadah sajian makanan yg dijamukan pd tetamu yg datang bertandang...

 ketupat + lontong + rendang daging

 kuah lodeh + sambal ikan bilis

 roti jala + kari ayam


 buah-buahan = buah tembikai merah + tembikai susu

 bubur kacang hijau + durian


BBQ = kambing + ayam + sos blackpaper mushroom

amacam sedapkan....sehingga boleh menjilat 10 jari tangan, nak nak tang BBQ tue ada kambing woooo!!!!!!

Tapiiiiiii.....

makanan tue semua tak dapat makan pun sebabnye kami dtg lambatttt....petang td kan hujan so kami kuar lah lambat dlm pkl 6.Janji pula dgn kak jue nak pegi sama2 nak dijadikan cerita jem seteruk teruknye nak ke rumah kak jue lepas tue sambung lagi jem ke rumah Amirah.Sudahnye kami ber3 sampai rumah Amirah dlm pkl 7..amek ko dah nak maghrib,nak tak nak masuk je rumah Amirah dah sampaikan tak kan nak balik plak dah lah lapor baik singgah je lah buat muka tebal..

Yang Amirah plak tekejut kami dtg, sebabnye mai dah msg kat dia dlm 4 lebih katakan tak dpt dtg coz hujan, mai sesaje je nak kenakan dia.Amek ko kena marah dgn Amirah,kata tak dtg nie lauk dah tak de mcm mana,mai sambut lah kata lorr tak pe makan je ape yg ada memang niat nak dtg pun rumah ko mai saje nak bg surprise kat ko...hehehehe jgn marah!!!

So Amirah hidangkan kami ketupat + lemang + rendang + air dan kuih muih raya..cukuplah tue dpt mengisi kelaparan kami...Tue semua tak penting yg penting kite dpt menghadiri jemputan org lebih baik dan elok..

Lama gak kami dok rumah Amirah kiranye kami lah tetamu tegar yg X geti bahasa nak balik betul2 ikut time jemputan,jemputan bermula jam 3 ptg - 8 mlm so kami so dok lah kami sampai 8 mlm sibuk borak2 itu ini sambil cerita ttg perbarisan pagi td pd Amirah,padahal besok pun blh cite tp biasa lah kami klu dah berjumpa ada je citenye..

Dah nak balik nie kami blh sambung bergambar bersama pantang betul kami dgn camera nie..Yg hubby Amirah pun layankan je kerenah kami nie,masuk dlm rumah cari pot yg baik utk bergambar.Hubby Amirah siap amek gambar candid lagi, aduh malu siut tapi ok gak ceria je rasa gam,bar2 tue X de lah nampak gedik berposing memanjang...

nielah Amirah tuan punya majlis

kak jue & amirah awat korang main hantuk kepala nie????

plz take other pic....


last sekali gambar gedik kami ber2...

 dah habis begambar tue baru balik ke sarang masing2...hehehe..tension dtg jem balik pun jem...

Kontijen Generasi Muda Kreatif

As-Salam....

Seramai 25 peserta kontijen dr Kraftangan Malaysia termasuk Mai terpilih utk menganggotai satu perarakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia 2011,bagi kategori Peragaan Busana.Sambutan tersebut akan diadakan pada 16 September 2011 (Jumaat) di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur.

Sesi latihan dan raptai diadakan dari 10.9.2011 (Sabtu) -14.9.2011 (Rabu) dan 16.9.2011 adalah hari sebenar Sambutan Hari Kemerdekaan.

Berikut adalah segelintir peserta kontijen yg dapat melibatkan diri utk sesi latihan pertama.Walaupun jumlah peserta agak sedikit tapi kami tetap besemangat utk sertai perarakan tersebut.Mungkin besok2 peserta lain akan sudi melibatkan diri hadir bersama kami InsyaAllah..


peserta kontijen wanita (lelaki di belakang tue bukan yea tue pegawai dr JKKN)

peserta kontijen lelaki 



 I'm proud to be citizens of malaysia

Khamis, 8 September 2011

Rahsia Dan Hikmah Puasa Enam


Bahang sambutan ‘Idilfitri masih terasa. Dalam usaha meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, umat Islam sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma enam hari sahaja, yang dikenali sebagai puasa enam.
Bagi mereka yang ingin memulakan puasa enam pada 2 Syawal 1426H secara berterusan, hari itu adalah ‘Hari Raya’ kedua bagi mereka, namun bagi yang belum memulakannya, masih belum terlewat melaksanakan amalan sunat itu selagi kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal.

Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa.

Ia juga akan memberi kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam bermula pada 2 Syawal.

Namun begitu, puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari sepanjang bulan Syawal samada secara berterusan atau pun berselang seli. Namun, afdhalnya ialah pada Hari Raya Kedua dan dilakukan pula secara berterusan sehingga hariraya ketujuh.

Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun.
Justeru, umat Islam perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat dalam amalan fardhu.

Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan atau kecacatan itu. Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang yang baik kepada mereka untuk menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat. Ia juga dapat mengelakkan budaya atau sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadhan hampir menjelang pada tahun akan datang.

Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa enam pada Syawal ini. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban)

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung dengan enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama setahun.” – (Hadith riwayat Al-Bazzar).

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadith.

Membiasakan puasa selepas Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:
Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah pelengkap dan penyempurnaan pahala daripada puasa setahun penuh;

Puasa Syawal dan Sya’aban bagaikan solat sunat rawatib, dan berfungsi sebagai penyempurnaan daripada sebarang kekurangan. Perkara ini kerana pada hari qiamat, perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat.

Seperti keterangan Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat, majoriti puasa fardhu yang dilakukan Muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan dan keadaan ini memerlukan sesuatu bagi menutup dan menyempurnakannya.
Membiasakan puasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan.

Segala amalan yang dikerjakan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama dia masih hidup.

Rujukan asal dari: http://intim.wordpress.com/2008/10/03/rahsia-dan-hikmah-puasa-enam/