Khamis, 5 Januari 2012

Menarik di Jerejak Rainforest Resort

Part 3...

Bagi pengunjung yg menetap di resort ini mereka X kan berasa bosan kerana byk benda2 yg menarik di sediakan di sini.Di antara nye ialah...

1.Terdapat 1 kedai survival store disini yg menjual mcm2 benda antaranye makanan ringan spt gula,keropok,biskut,coklat,aiscream,roti dll blh lah buat sesak masa dah lapar.Yg membawa anak kecil disini ada jual pelampong yg comel2 sampaikan mai sendiri pun rasa nak beli,sut pakaian mandian juga dijual dr kanak2 hingga ke dewasa,cenderamata pun ada dijual semua harga disini murah sahaja x mahalpun..mai beli topi utk dihadiahkan kat abah..

2.Nampak tak kerusi disitu depannye ada sebuah komputer utk pengunjung melayari internet secara percuma,cuma klu nak guna kena ikut giliran klu lama org guna kena lah bersabar klu tak abaikan je kerana byk lagi benda menarik ada kat sini blh dibuat.

3.Bagi pengunjung yg minat aktiviti lasak disini tempatnye,pengunjung dikenakan bayaran mengikut aktiviti yg hendak dicuba masa mai pegi aritu dorang kenakan bayaran rm25 utk 6 aktiviti.Jgn risau ada pelatih yg akan membantu & meneman kite semasa menjalani aktiviti tersebut.Diingatkan harus memakai pakaian yg sesuai dan berkasut sport.Sedih! mai x dpt mencuba pun coz kasut sport lupa bawa..Aktivitinye yg korang blh cuba rappelling,beach game,archery,cycling,jungle treking,suspension bridge,flying fox & wall/rockclimbing.



semua aktiviti nie disekitar resort je tak perlu pergi jauh2 @ kuar dr resort nie

4.Nak berendam lelama pun boleh,disediakan 2 swimming pool gambar diatas di bhgian bawah yg mai katakan sebelum nie betul2 depan bilik kami yg gambar dibawah swimming pool bhg diatas cuma ia X besar & tak ramai ke sana coz kena naik bukit dulu utk sampai ke swimming pool nie.

5.Bagi nak bersenam disini juga disediakan gym percuma.Korang boleh mencuba semuanye sekali.Dah penat & nak berehat disediakan sebuah bilik utk berehat seketika bukan tue je boleh minum2.


pakaian mai tak sesuai langsung...nie je yg mai dpt cuba...pehh longgar lutut kaki nie dah lama tak berkayuh basikal..
tue dia hero ku,ala tak berat pun...

6.Bilik2 spa & massaged..Tempat nie dibahagian atas tp klu korang nak cuba kena inform dulu kat counter nanti sia2 je naik ke atas nie.Sungguh menyenangkan bila berada di atas nie korang dpt melihat pemandangan sekitar resort & depannye korang boleh nampak bandar georgtown..

 terselit plak gambar gedik nie...

7. Oh ya hampir terlupa Cafe utk makan ada disini complete makan pagi hingga malam,cuma kena bayar lah yea tang makanan standart lah kan klu makan kat hotel tue ape,kami X ambil saje je nak merasa makan di bandar.

8.Jangan terkejut disini ada bilik karaoke..boleh lah klu nak menyumbangkan suara tapi kena bayar dulu tau.

9.Selain utk pengunjung berehat, disini juga boleh diadakan seminar @ kursus,terdapat bilik2 khas utk tujuan berkenaan.

10.Dan yg menarik perhatian kami mula2 jejak kaki disini ialah

buggy utk mengangkat barang..Unik kereta kancil nie,4 pintu serta bonet belakang ditanggalkan bg memudahkan mengisi beg2 & barangan.Nie klu JPA nampak silap2 kena saman,korang jgn plak gatal tangan nak buat mcm nie..kenderaan nie sesuai utk di resort je bukan di jalan raya.


Banyak lagi sebenarnye,cuma tak sempat nak snap picture.korang click sini utk lebih info...

Jerejak Rainforest Resort - Part 2

Sebelum menyambung cerite ada sedikit info berkenaan Pulau Jerejak nie...



DAHULU, sebut sahaja ke Pulau Jerejak, ramai menggelengkan kepala. Jika tidak melawat saudara yang menghidap kusta, tibi atau pesalah jenayah, pasti tidak menjejak kaki ke pulau ini.
Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, ia mula meniti populariti sebagai destinasi percutian terbaru Pulau Mutiara, selain tarikan bangunan bersejarah di sekitar Georgetown dan kemeriahan di pantai Batu Feringghi.

Sebelum nak pegi tue ada beberape teman bercerita Pulau Jerejak tue keras (tempat buangan banduan waktu dulu)tapi mai x ambil peduli sgt kerana search dlm internet tempat nie sgt cantik & mendamaikan ia juga sesuai bagi pasangan utk memadu kasih asmara, mana tak nye resort nie terletak di dalam hutan.

Sesampai je ke resort nie kami check in dulu nak dapatkan bilik utk berehat seketika sebelum kuar makan malam,tp hanya 1 bilik je yg siap so kami tumpang dulu bilik fura.



Bila masuk ke bilik fura,kami semua sgt terpegun kerana bilik tersebut sgt cantik & keluasan bilik nie besar sgt klu nak bentang toto kat bawah nak golek2 pun boleh..Baguslah pihak resort nie servis yg terbaik dorang bagi,lantai yg bersih x geli bila kaki memijak,aircond yg sejuk,sediakan iron nak gosok baju x payah nak call mintak,sediakan bancuhan air bila nak minum, bilik air yg bersih dll.


abaikan keadaan perut ku yg masa tue buncit sesgt buat malu je...


Tapi mai & hubby beredar awal dr bilik dorang nak berjalan2 di luar sementara nak tunggu dpt kunci bilik kami.Lagi pun biar lah dorang rehat2 dulu memandangkan fura berbadan 2 kami kena lah bagi dia rehat sepuasnye sebelum nak kuar makan malam & berjalan di bandar...

Tak lama lepas tue kami dah dapat bilik, cepat2 pegi ambil kunci & masuk bilik nak tgk sama @ tak keadaan bilik kami.Wahhhhh sama cantik gak cuma susunan meja kerusi minum & kaki katil je lain dgn bilik fura yg lainnye semua sama...


 bilik kami kerusi nie bilik fura kerusi kayu tp mai rasa kerusi bilik kami lg best ringan je bila nak alihkan nak menghadap tgk tv..

 perhatikan kaki katil nie lain kan dr fura..Katil n bantal dia best tak keras pun..





cehcehceh...sgt gedik nie couple.. 


Korang nak tau kami berdepan dgn swimming pool,dah X senang duduk nie dlm bilik yg sejuk tue pakat dgn hubby & fura jom tukar2 baju kite pi terjun swimming pool dulu sebelum kuar makan malam.


sorry gambar tak ada masa terjun swimming pool,coz fura lambat turun tak kan nak biarkan camera letak kat kerusi kang kena curi mau mai menjawab dgn abah dah lah pinjam camera dia....

Next N3 mai akan cite ape yg menarik kat resort nie

Rabu, 4 Januari 2012

Photoshoot Khairul & Myfara

Gambar sekitar photoshoot yg dibuat selepas celebrate birthday hubby aritue.Dapat gak ambil gambar kat sini,dulu masa kahwin berangan nak ambil gambar kat sini tp photografer kata lebih cantik klu ambil kat putrajaya so ikutkan je dia kan lebih arif kang x lawa gambar menyesal plak.

Tima kasih kpd Madi selaku photografer & Aby plak merangkap cikgu posing yg mengajar kaklong nye berposing,kaklong dia kan kayu klu berposing tp makin lama dah geti plak berposing2 ikut suka je nak wat mcm mana.Aby kata it's cool tak nampak sgt mcm control berposing.

Jom layan gambar malas nak cite panjang2..



















video Ceritera Cinta Khairul & Myfara



madi---aby---mai---krul

L.O.V.E

Bercuti D Pulau Jerejak - Pulau Pinang


Part 1 – Jeti Pulau Jerejak
Selama 3 hari 2 malam kami ber4 (hubby & mai serta Fura & Pit(suami)) bercuti di Pulau Jerejak yg terletak di Pulau Pinang.Sebelum mai cite dgn lebih panjang lebar,pengalaman yg X dpt dilupakan kami ber4 ialah kami telah sesat barat utk ke Jeti Pulau Jerejak tue.Pusing punya pusing rupanye tang situ je jetinye berdekatan dgn Queenbay  &  menjadi tak keruan lagi pasangan Fura telah sesat hingga ke jambatan Pulau Pinang & dorang terpaksa berpatah balik ke bandar dgn menempuh jem yg teruk,kami pula tah mcm mana blh jumpa plak jalan ke jeti tue padahal main jalan je.Disebakan sesat punya pasal kami telah miss 1 trip naik feri ke Pulau Jerejak berkenaan.Oh ya naik feri nie telah dikira sekali dgn penginapan kami ke Pulau Jerejak tue X perlu nak bayar tambang feri lagi.

Sesampai je ke jeti tue telah tertampal nama2 pengunjung yg menginap disana,cuba korang cari nama mai @ hubby mana???


 X de kan..Actually Ms Nurul Shafura(fura) yg telah uruskan booking percutian nie dia juga lah yg mengajak kami ke sini,kau Fura tau2 je kan kami nie suka berjalan2.. 

Nie pintu masuk ke kelaluan menaiki feri..


Sedikit information nak naik feri nie ada time nye bukannye kerap memanjang je ada,so kenalah bajet2 nak kuar & balik tue bila klu lambat balik korang tido lah dlm kereta sementara nak tunggu besok punya trip naik feri.
Sementara nak tunggu pasangan Fura sampai mcm biasalah kasi posing2 dulu ala2 model..kehkehkeh padahal mcm ketam kepanasan..

 


Jam pun menunjukkan tepat 3.45, dihujung sana kelihatan feri dah sampai dgn langkah kanan & lafaz bismilallah kami ber4 langkah menuju ke feri.Bunyi mcm takut jeeee,takut tue ada gak lah sikit bukan ape takut tekaram ke lautan je ,mai kan x geti berenang..Sepanjang perjalan ke feri sempat gak gedik2 bergambar.


Sebenarnye kat belakang kami ada jambatan pulau pinang klu melihat dgn mata memang boleh nampak tp bila snap pic halus lah plak..

Bila dah naik feri apa lagi jakun lah kami ber4 sibuk bergambar nak wat kenangan lah konon..










Tengok tue semuanye tak geti bahasa termasuk mai bukannye nak pakai jaket keselamatan ada abg bomba pun sama tak geti2 nak suruh pakai jaket.Patutnye abg driver feri kena lah check suruh penumpang semua pakai jaket keselamatan nanti klu terjadi kemalangan dah susah pula..Uishhh mulut X ada insuran kang kena saman baru tau.So korang yg teringin nak kesana sila utamakan keselamatan yea..

Mengambil masa lebih kurang 15 minit kami pun tiba ke destinasi Resort Pulau Jerejak berkenaan.X sabar nak tau mcm mana keadaan resort disitu best @ bosan,sama tak mcm search dlm internet.Hah gambar di bwh nie jeti Resort tersebut,tgk dr jauh sgt cantik viewnye.Bila kami berjalan di jeti tue nampak ikan2 dibawah cuma X blh leka coz diawal jeti nie lantai jambatannye bergoyang sikit klu salah langkah mau terhumban dlm air..


Nak tau Cerite selanjutnye sila tunggu di next N3...