Jumaat, 31 Ogos 2012
Khamis, 30 Ogos 2012
Besok kena pergi Bukit Jalil
Salam 1Malaysia,
Tuan/puan
SENARAI WARGA KRAFTANGAN MALAYSIA KE MAJLIS SEMPENA
SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-55 TAHUN 2012
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, Malaysia negara yang sama kita cintai ini akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos 2012.
Sehubungan itu, Kerajaan akan menganjurkan dua (2) majlis sempena sambutan kemerdekaan tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Sesi Pagi
ACARA PERBARISAN DAN PERARAKAN HARI KEBANGSAAN 2012
Tarikh : 31 Ogos 2012 (Jumaat)
Masa : 7.15 pagi sehingga 9.30 pagi (Peserta dikehendaki berkumpul di Bangunan Seri Utama pada Pukul 6.00 Pagi)
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
(Senarai nama adalah sebagaimana dilampiran)
Sesi Petang PERHIMPUNAN 55 TAHUN MERDEKA, JANJI DITEPATI
Tarikh : 31 Ogos 2012 (Jumaat)
Masa : 7.30 malam sehingga 10.30 malam (Peserta dikehendaki berkumpul di Bangunan Seri Utama pada Pukul 2.45 Petang)
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
(Senarai nama adalah sebagaimana dilampiran)
3. Selaras dengan itu, Kerajaan juga telah memutuskan bahawa semua pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam DIWAJIBKAN untuk menghadiri
kedua-dua majlis ini. Jesteru itu, semua Pengarah Bahagian dan Institut Kraf Negara diminta untuk memastikan kehadiran pegawai dan kakitangan di bawah
seliaan masing-masing ke majlis tersebut. Kegagalan pegawai dan kakitangan hadir ke kedua-dua majlis tersebut boleh menyebabkan diambil tindakan tatatertib.
Kerajasama semua pihak dipohon dalam memastikan perjalanan kedua-dua majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kraftangan Malaysia
Rabu, 29 Ogos 2012
Memanjang kentut je...
N3 petang2 nie busuk sikit tajuknya dan aku publish kan pun lepas balik keje nanti tak pasal2 kena plak usik dengan kawan opis,malu i nanti...tapi perkara tu lah aku alami arinie asyik terkentut je eh 'ter' ke bukan lah asyik kentutttttt je..selalunye klu nak period memang lah aku akan alami kentut kemudian barulah period nie apa kes baru je lepas period nak period ape ke lagi..nak kata makan blackpaper semalam tak de plak aku masak..hai nie angin mana datang masuk dlm perut aku nie banyak2...
Adohhh malu lah klu kentut berbunyi nie buat lah orang dengar mesti orang kata aku nie kurang sopan kentut merata-rata tempat..hihihihihi eh ada ke area kentut yg dibenarkan setahu aku smoking area je yg ada...lawak lah klu adakan area kentut senang2 orang akan cop si polan sedang kentut...
Nie kat rumah klu hubby tahu mau aku kena bahan teruk2 nie...

Selasa, 28 Ogos 2012
Daging Kicap Rempah
Bahan-bahan
1. Daging
2. 1 pek Tumisan Kicap Rempah Maggi
3. 3 biji bawang merah - dihiris
4. 1 labu bawang besar - dihiris
5. Jus asam jawa
6. 2 cawan air
7. Kacang pis
8. 10 biji cili api
9. Minyak
Cara memasak
1. Tumiskan bawang merah yang dihiris hingga wangi.
2. Masuk 1 cawan air dan tumisan kicap rempah maggi dan biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan daging & jus asam jawa dan 1 cawan air.
4. Renehkan hingga kuah pekat.
5. Bila kuah hampir masak masukkan kacang pis dan hirisan bawang besar.
6. Biarkan seketika dan tutup api.
*** rebus daging dahulu supaya daging tidak keras

Label:
Daging
Langgan:
Catatan
(
Atom
)