Isnin, 12 Februari 2018

masak-masak minggu ke-16 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Assalamualaikum...
Minggu ke-16 adalah minggu makan ikan 🐟...

22.01.2018 / Isnin
Kari ikan putih + kobis goreng letak fishcake dan black fungus




23.01.2018 / Selasa
Petola masak air letak black fungus dan suun + ayam berempah


24.01.2018 / Rabu
Asam pedas ikan putih + kobis goreng letak carrot dan fishcake




Alhamdulillah jadi asam pedas yang aku masak sebab derhaka tidak ikut cara mama masuk belacan.Aku kang masuk belacan mau menggaruk hidung nie.

25.01.2018 /Khamis
Siaran ulangan kari ikan putih dan sayur kobis goreng cuma tambah lauk dengan telur goreng je.


26.01.2018 /Jumaat
Sambal sardin + kobis bunga goreng campur dengan carrot.


27.01.2018 /Sabtu
Siaran ulangan lauk sambal sardin dan sayur goreng semalam

28.01.2018 /Ahad
Sekali lagi asam pedas ikan merah



Selasa, 23 Januari 2018

masak-masak minggu ke-15 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Assalamualaikum...

Minggu ke-15 nie asyik makan ikan kembong je..
Ahad tu beli ikan kembong 1 talam RM10 ada dalam 11 ekor..

15.01.2018 / Isnin
Ikan kembong goreng + kobis masak lemak 



16.01.2018 / Selasa
Ikan masin + Sup ayam



17.01.2018 / Rabu
Tak masak perabiskan lauk semalam Sup ayam

18.01.2018 / Khamis
OFF DAY 😄

19.01.2018 / Jumaat
Sayur buncis goreng telur + Ikan kembong masak taucu



20.01.2018 / Sabtu
Sarapan pagi mee goreng



Tegah hari dan malam perabiskan Ikan kembong masak taucu(semalam aku masak banyak)

21.01.2018 / Ahad
Ikan kembong goreng(last stock) + Ikan bilis kentang goreng berkicap cili padi + Sayur petola tumis air



Itu saja bye-bye..

Rabu, 17 Januari 2018

Singgah ambil gambar saje di Borneo Ant House

Ye aku hanya ambil gambar saje di sini,tak masuk pun.
Kenape? 
Dah datang jauh-jauh tak masuk?
Tiket mahal wei rasa tak berbaloi je.

Nak membuktikan kami dah sampai mari ambil gambar kemudian aku share dlm FB tag kawan cawangan Sabah tue.


Selamat datang ke Borneo Ant House


Belakang tue pintu masuk 


Nampak harga tiket untuk dewasa RM18 bah mahalkan,next time kalau datang lagi Sabah terbuka hati aku akan datang dan masuk dan sharekan kat korang ape isi di dalam Boneo Ant House ini.




Ok bye-bye ANT..

Selasa, 16 Januari 2018

masak-masak minggu ke-14 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Assalamualaikum...

08.01.2018 / Isnin
Makan malam sayur goreng + tempe goreng + ikan kerisi goreng + sambal belacan segera cap adabi.



09.01.2018 / Selasa
Sarapan pagi nasi goreng



Makan tengah hari dan malam ketam masak cili dan sayur sawi + carrot goreng.




10.01.2018 / Rabu
Sarapan pagi mee goreng malam makan luar




11.01.2018 / Khamis
Kobis goreng dan ayam kicap masak cili padi 




12.01.2018 / Jumaat
OFF DAY-makan luar

13.01.2018 / Sabtu
Sayur goreng + fishcake goreng cili + telur kicap + telur masin


14.01.2018 / Ahad
Sup ikan merah makan tengah hari dan malam






Kepala ikan dan ekor ikan part Krul part aku badan ikan..Aku dah habiskan dia dok gatah ikan lagi.

Ok bye..



Isnin, 15 Januari 2018

Mana boleh tak singgah makan Lokan Panggang

Keluar saje dari Sabandar Leisure RIDES - Cowboy Tow terus menuju ke Jalan Sulaman sebab nak makan Lokan Pangganglah..

Makan di gerai yang sama Gerai Abang Amin.Ramai sungguh orang kat gerai masa tue ialah dah masa makan tengah hari pun ditambahkan lagi musim cutikan.




Kami order nasi goreng dan set besar Lokan Panggang tapi nasi goreng dah habis makan tak sampai-sampai lagi lokan panggang,bila ditanya rupanye pesanan tak sampai pada bahagian panggang disebabkan dah tunggu lama dan ketika itu sedang panggang lokan saiz kecil orang tue gantikan dengan lokan panggang set kecil.Bolehlah dari kena tunggu lelama lagi.


Nasiblah sedap tak sia-sia tunggu lelama.


 Atas lokan yang bersaiz besar



Yang bawah nie lokan bersaiz kecil


Habis makan ke next lokasi kena patah  naik ke atas balik aku tag kawan yang cawangan Sabah dalam FB kata dah sampai Sabandar Leisure RIDES - Cowboy Tow lepas tue dia suruh pula ke Borneo Ant House nasib Krul nak naik balik sebab perut dah kenyanglah tue kalau tak mungkin dia tak nak punya.

Ok uolls nanti aku up cerite di Borneo Ant House..Tungguuuuu..