Khamis, 8 Mac 2018

Akuarium & Muzium Marin,Sabah


Jom kite tengok hidupan laut di Akuarium & Muzium Marin,Sabah.Akuarium & Muzium Marin ini terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah.



Ikutkan harga tiket untuk dewasa adalah RM10 tapi masa bayar kami dikenakan hanya sekepala RM5 jadi 2 orang RM10 pelik sekejap warga emas atau nampak kami nie macam pelajar.

Melangkah saje masuk muka pintu dongak kepala ke atas nampak replika ini seolah-olah berada di dasar laut.



Ok jom kite tinjau di dalam,oh ya tempat ni kecil je sekejap dah habis jalan walaupun kecil tempat nie selesa.

Kita mulakan disebelah kiri dahulu.


ini adalah rangka ikan paus paruh curvier

Disini adalah sudut Muzium Marin,terdapat rangka-rangka hidupan laut dipamerkan





Rangka mulut ikan shark,tajam betul gigi dia ni bukan baby shark doo doo doo yea.


Pelbagai jenis kulit siput


Rangka penyu

Habis area tue jom kite ke sebelah kanan pula sudut akuarium, hati aku mula berdebar-debar berjalan area ni takut nampak shark.


Dalam akuarium ni ada penyu,nemo,dory dan lain-lain


Comelkan penyu nie geram je rasa nak je pegang tapi dalam akuarium

Selepas akuarium kecil nie ada akuarium besar kat dalam tue ada pelbagi jenis ikan dan ada penyu gak nasib tak ada shark tak lah aku takut sangat nak dekat dengan akuarium besar nie tapi maaf yea tak dapat ambil gambar dengan jelas sebab silau dengan cahaya lampu pakai handphone je pun snap gambar.







Ada juga akuarium udang lobster





Dan dihujung sekali ada akuarium jenis ikan kerapu yang besar.




Goreng ikan kerapu nie masak sweet sour sedap nie kenyang sampai ke malam.




hahahaha..kononlah tu scuba..

Itu saje yang dapat aku kongsikan di dalam Akuarium & Muzium Marin ni.



sebelum balik ambil gambar lukisan dinding nie dulu smart lukisannya.



Depan Akuarium & Muzium Marin nie ada cafe boleh singgah makan dan minum.


Datang yea ke sini Akuarium & Muzium Marin,Sabah..Kite jumpa di lokasi seterusnya nanti..


Address: Universiti Malaysia Sabah Borneo Marine Research Institute, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah 
Website :http://www.ums.edu.my 
Phone: 088-320 121

masak-masak minggu ke-21 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Selamat pagi uolls...Selamat hari wanita buat wanita-wanita diluar sana( 8 Mac )
Cerite jalan-jalan di Sabah belum habis lagi yea nanti aku kongsikan tempat-tempat yang kami berjalan.Buat masa ni aku kongsikan dulu masak-masak minggu ke-21,lagipun tak boleh lama sangat berblog bateri laptop nak habis aku cas dulu kang rajin-rajin aku update yea.

Balik dari Sabah belum ada mood lagi nak memasak cuma rajin masak untuk sarapan pagi je.Kemudian buat banyak-banyak boleh makan untuk makan tengah hari sekali,malam pula makan biskut cicah milo dan maggi jangan kecam saya kerana kemalasan melanda diri.

03.03.2018 / Sabtu
Nasi goreng ikan bilis


04.03.2018 / Ahad
Mee goreng


Isnin, 5 Mac 2018

The Tip Of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau,Kudat



The Tip Of Borneo antara salah satu tempat tarikan utama pelancongan di negeri Sabah.Ia merupakan tempat yang dikenali sebagai 'Tanduk Negeri Sabah' Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat mengambil masa selama 2 jam lebih,pada korang yang nak datang ke sini tanpa tour guide digalakkan sewa kenderaan jenis 4WD kerana perjalanan ke sini ada ketikanye berbukit.


Dihujung sana tu landmark The Tip Of Borneo.

Sebelum sampai ke sana dibahagian kiri dapat dilihat dengan jelas keindahan Laut China Selatan







Yay sampai sudah,ramai sungguh pelancong ke sini kena tunggu clear dulu baru boleh bergambar.


Inilah landmark untuk The Tip Of Borneo berbentuk seperti tugu globe tapi separuh je


Sedikit info dibelakangnye,kesal dengan vandalisme yang terjadi 







Habis bergambar di sekitar kawasan tugu globe ni kami turun ke bawah (belakang Krul) menuju ke arah laut di mana kita boleh lihat sendiri hujung Tanduk Negeri Sabah tu.

Hanya turun tangga saje ke bawah


Disinilah tempat pertembungan 2 lautan iaitu Laut China Selatan (kiri) dan Laut Sulu (kanan)It's so amazing.Subhanallah Maha Suci Allah cantik sungguh ciptaan-Mu Allah.

Laut Sulu (kanan)


Laut China Selatan (kiri)




Lihatlah ombak yg menghempas dihujung tanduk itu. Subhanallah.


Yay were are here at Tanduk Negeri Sabah




Duduk atas je lah nak turun tak boleh Krul sakit kaki buat pasal je kang turun boleh naik tak boleh baik duduk atas je walaupun rasa sedikit hampa tak dapat turun dan usik air laut tapi kira ok lah dapat sampai ke sini dapat lihat laut yang indah langit yang membiru angin yang bertiup kuat secara jujur sangat tenang berada disini.Puas jugalah kami bergambar disini untuk buat kenang-kenangan.

Nak tengok gambar kat bawah korang guna jelah Mr.Google kat bawah tu sangat ohsem wei pastikan korang turun ke bawah jika datang ke sini.

Oh ya disni ada chalet tapi dibahagian bawah sebelum naik ke tugu The Tip Of Borneo.Ini salah satu chalet yang sempat dirakamkan





Kongsi dengan korang video tugu globe The Tip Of Borneo



dan

Laut China Selatan dan Laut Sulu