Selasa, 6 Disember 2011

Info: Pecutian Yang Sempurna

Merancang percutian yang sempurna boleh merapatkan kembali hubungan pasangan suami isteri serta seisi keluarga.


Bajet kewangan 
- Teliti dulu kedudukan kewangan sama ada mencukupi untuk menampung percutian anda. 
- Sebaik-baiknya berbincang terlebih dahulu dan dapatkan keputusan terbaik.


Destinasi   
- Penting untuk membuat keputusan tepat berhubung lokasi pilihan percutian.
- Minta pandangan teman-teman,hebahan di akbar dan majalah serta maklumat tambahan di Internet.
- Apa pun,pastikan lokasi pilihan tidak membebankan kewangan.
Mamadai memilih percutian dalam negara.


Jumlah hari bercuti 
- Seelok-eloknya rancangkan hari bercuti yang panjang untuk mendapatkan rehat sepuasnya kerana inilah masanya untuk merehatkan diri daripada aktiviti harian.  


Waktu sesuai percutian
- Terpulang.Bagi yang sudah berkeluarga rasa-rasanya musim cuti persekolahan merupakan masa yang paling sesuai.


Barangan yang perlu dibawa 
- Elakkan membawa terlalu banyak barangan hingga menghilangkan mood bercuti.
- Pastikan dokumen pengenalan diri dan pasport dibawa serta beberapa dokumen lain yang diperlukan termasuk sijil nikah.


Tugasan kerja
- Cara terbaik selesaikan dulu semua tugasan kerja bagi mengelak gangguan ketika bercuti.



Tiada ulasan :