Isnin, 21 Januari 2013

Hadiah untuk Nur Lily Khalisya

Semalam kami berdua dapat jemputan dari adik hubby untuk menghadiri majlis hari jadi Nur Lily Khalisya iaitu anak buah hubby.Majlis hari jadi tue diadakan di KFC Jalan Kuchai Lama dengan menjemput adik beradik dan family kedua pihak.

Disebabkan aku tak sempat nak beli hadiah hari Sabtu,tue yang aku beli semalam gak.On the way ke KFC Jalan Kuchai Lama aku minta hubby singgah kat Sungai Besi nak beli hadiah segan datang dengan tangan kosong hubby cakap nak kasi duit tapi aku bangkang yang arif,aku cakap nak gak beli hadiah.Walaupun Khalisya baru umur 2 tahun mesti dia akan rasa seronok dapat hadiah berbentuk mainan,kalau bagi duit nanti tak adalah kenangan hadiah hari jadi.

Sampai je kat Sungai Besi terus cari kedai mainan.Aku dah plan dari rumah lagi nak beli puzzle game.Nampaknye ada kat kedai tue,aku belikan puzzle ABC dan puzzle kartun.ABC tue nanti mak ayah dia boleh ajarkan baca dan mengenal huruf,baguskan aku beli sangat berguna utk pembelajaran dia.

Dah pilih aku pun bayarlah 2 barang tue dan pembalut hadiah aku tanya kat adik cashier tue boleh tolong tak balutkan hadiah.Dia kata tak sempat nak tolong balutkan,ala tak kan aku nak balut dlm kereta nanti mesti kena beli seletip rugi plak rasanye.Aku dengan selambanye cakap boleh tak akak nak tumpang balut kat meja adik,sekali dia kata boleh tumpang balut kat situ.Cepat-cepatlah aku balut takut kacau kerje dia nak kire barang customer lain.Baik adik tue siap bagi guna seletip percuma.Habis je balut hadiah,aku ucapkan terima kasih kat dia dan terus ke KFC Jalan Kuchai Lama.

First time aku balut hadiah sendiri kat kedai,lain kali aku kena beli awal-awal tue kira bernasib baik orang bagi tumpang balut hadiah kat meja dia,kalau dapat orang lain yang tak bagi mau terkangkang aku balut hadiah kat kaki 5.

Nanti senang-senang aku up cite sekitar sambutan majlis hari jadi Khalisya k.


1 ulasan :

aLyNnZ berkata...

budak2 memang suker nau lau dapat menan..hepi kemain tau mai..