Jumaat, 10 Mei 2013

zalimnya aku ke atas abah


" Ramai orang cakap nak pakai tudung selepas bernikah,sebab tak mahu bagi suami tanggung dosa.Tapi relakah kamu bila Bapa menanggung dosa itu sebelum kamu bernikah? Kesian BAPA..... "


 Abah ampunkan kaklong,zalimnya kaklong ke atas abah..

Ayat diatas aku dapat masa tengok Facebook petang semalam dari seorang kawan,ayat ni telah membuatkan aku tersentak bagaikan terkena panahan kilat..Ya Allah,sejujurnya tidak sedikit pun terlintas dihati ini utk menzalimi abah kesayangan aku.Abah telah mendidik aku dengan sempurna cukup dengan kasih sayang tapi aku alpa di alam keremajaan.Disebabkan kejahilan aku dahulu telah membuat aku tersangat berdosa ke atas abah  kerana abah menanggung dosa anaknye ini tidak memakai tudung semasa di bawah jagaanya.

Sejujurnya aku bertudung kini adalah kerana ingin berubah bukan  seperti ayat diatas.Abah dan suami kedua-duanya orang yang aku sayangi.Ampunkan kaklong abah dan ampunkan saya suamiku..





Tiada ulasan :