Sebenarnye Krul dapat jemputan kenduri kahwin di Tampin,Negeri Sembilan pada Ahad 11/12/2016,alang-alang tue Krul ajak bermalam dan jalan-jalan ke Melaka dulu pada hari sabtu,Ahad terus pergi kenduri dari Melaka.
Tempat pertama kami pergi haruslah ke Freeport A'Famosa Outlet.
Tempat wajib harus snap gambar
Serius aku sakit hati,niat hati nak beli kasut tapi 1 pasang kasut pun aku tak berkenan,Krul gak dapat beli sepasang kasut.Nasib baik lah dapat cover dengan beli sebatang lipstick elianto(sorry gambar tak ada tak menyempat-nyempat pakai patutnye ambil gambar dulukan)
Tengok dalam Facebook ramai rakan sepejabat berjalan ke Melaka bawa anak-anak berjalan,sayang tak terserempak pun dengan mereka.Melaka jem teruk,ramai orang dan tempat-tempat makanan yang viral semua ramai orang.Aku dah cakap awal-awal dengan Krul jangan berharap sangat nak makan tempat-tempat viral mesti tak dapat makan,sekali betul jangkaan aku tue.Hanya singgah tengok tempat lepas tue gerak pergi tempat lain.
Kami bermalam di Hotel Seri Costa lagi.Kali nie kami dapat bilik saiz Superior Room di tingkat 1 berbeza dengan deluxe room sebelum ini.Bilik ni kecil sikit tapi masih selesa buat kami berdua.
Keluar Lift di tingkat 1 ada ruang berehat gedik jap snap gambar
Lepas ruang berehat nie beberapa langkah jumpa bilik kami.
Jom tengok ruang dalam bilik Superior Room,Hotel Seri Costa ini
Lebih kurang sama je kan cuma yang tak bestnye kena iron baju kat luar,tempat ironnye betul-betul di tepi tangga di tingkat 1.Nasib baik baju nak pakai kenduri aku dah siap-siap iron kat rumah hanya nak gosok tudung je kat hotel.
Lepas solat asar kami kuar jalan ke shopping mall dataran pahlawan jalan kaki,kami laki bini kalau datang shopping mall nie tak sudah-sudah ke Brands Outlet lepas tue shopping baju macam kat KL tak ada je kan.
Makan malam pula kami makan di Asam Pedas Selera Kampung dekat je dengan hotel.Sorry gambar makanan tak ada sebab masa tue aku menggigil lapar sangat sebab kena tunggu nasi putih masak 15 minit,lagi pun memang lambat makan last makan kat Freeport A'Famosa Outlet tu pun makan Auntie Anne's padan muka bershopping sangat sampai makan pun lambat.
Ok besoknye Ahad lepas breakfast kat hotel kami gerak ke Klebang Original Coconut Shake,tapi sayang kedai belum buka lagi pun masa tue tak dapat lah merasa Coconut Shake.
operasi hour isnin-ahad:11.00pagi-6.30ptg dan jumaat 2.30ptg-6.30ptg.
Ni lagi satu lawak macam tak boleh nak beli kat KL kat Melaka gak nak belinye..ampai baju.
Masa baru sampai kat Melaka terperasan kat tiang lampu banner iklan kedai KST Display System kan aku ada beli 1 dulu kat Kenanga nie nak tambah lagi, sekarangkan hujan senang bila aku basuh baju pada waktu malam aku boleh jemur dalam bilik tak lah kena tempias hujan jemur kat bawah zink belakang rumah jika malam atau siang hari dan tak payah lah aku kena tunggu sabtu baru basuh baju.
aku beli yang 1 palang je bahagian atas saje bukan yang 2 palang atas bawah harga pun RM95 lebih kurang sama dengan kat Kenanga.Oh ya kedai ie berdepan dengan Aeon
Lepas tu kami pekena Cendol Jam Besar dan air tembikai kat depan Clock Tower Melaka sebelahnye Melaka River Cruise
Tembikai tue RM7 sebiji,hanya tebuk tengah dan blander isi dalamnye untuk dihancurkan jadi air,sangat ori yea tidak ada gula pun hanya sedut je air nye dan asinglah sendiri biji buahnye.
Bergambar sekeping dua dulu baru balik hotel siap-siap untuk check out dan ke kenduri kahwin di Tampin,Negeri Sembilan.
Sampai di kenduri kahwin dalam pukul 2 petang,sampai je dah tak berape ramai orang sangat senang nak makan meja pun banyak dah kosong.
Selamat pengantin baru Talib dan isteri semoga kekal hingga ke Jannah dan semoga cepat dapat anak.
Jumpa pengantin dan bergambar baru gerak balik KL.
Walaupun cuti sekejap tapi aku happy sebab dapat berjalan,makan luar dari KL dan shopping.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan