Selamat berpuasa semua,dah puasa dah tapi cite tentang bercuti ke Sabah belum habis lagi.aku cuba habiskan harap-harap tak lah sampai raya plak baru nak habis.
Last lokasi kami berada di Rumah Terbalik The Upside Down House Of Borneo,belum sempat lagi masuk 1 accident berlaku.Mama terjatuh kerana tersalah pijak jalan,macam mana nak cite yea cuba bayangkan ada jalan tinggi dan rendah ala anak tangga tapi 1 je anak tangga mama salah pijak mama terpijak yang bawah sekali,dan terus jatuh.
Aku sedar mama jatuh pun sebab mama menjerit aduh! bila toleh belakang mama dah terbaring kat lantai jalan lepas tue pitam.Kejut mama bubuh minyak angin kemudian abah dan krul angkat masuk kereta,dalam kereta masa mama sedar mama cakap tangan patah,memang betul patah nampak tulang tue terkeluar.
Aku terus jadi takuttt,terus waze cari hospital nasib baik 3 minit je dari Rumah Terbalik nie.Masa jatuh tue mama tahan guna tangan agaknye bebanan dan cara jatuh tue salah tue yang patah tangan.
Sampai je Hospital Tuaran,terus dibawa masuk dan dibuat pemeriksaan.Dari pemerhatian doktor katanye memang tangan mama patah dan kena disimen.
Aku respect dari nurse,pembantu doktor dan doktor semuanya baik-baik belaka,cara cakapnye lembut dan buat kerja pun tak kasar.
pergelangan tangan belah kanan yang patahnye.
Sebelum nak simen pembantu doktor dan doktor ada kata masa nak simen tue tangan akan ditarik untuk masukkan tulang yang terkeluar tue tapi akan dibius dulu supaya kurang rasa sakit.Tapi mama kata masa ditarik tue tak sedar langsung tau-tau je dah siap disimen,nampak disitu mama alah pada bius,bagus gak tak lah rasa sakit.
Tak kena tahan pun duduk hospital,malam tue mama dan abah tido rumah abang herry takut nanti malam-malam sakit senang nak ke hospital kami balik tido hotel.
Balik hotel kami berdua rasa serba salah.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan