Hai..I pergi lagi ke KK uolls..
Tapi bukan untuk holiday,Krul ajak aku ikut sekali sebab dia dan seorang office mate dia ada meeting di KK dari hari isnin-rabu(26-28 feb).
Kami gerak awal hari sabtu (24 feb) naik feri kenderaan sebab nak bawa kenderaan pejabat.
Naik feri kenderaan nie dikenakan bayaran berasingan bagi kenderaan dan penumpang,disebabkan kami naik kenderaaan pejabat jadi tidak dikenakan bayaran untuk kenderaan dan penumpang.Kalau tak bawa kereta pun boleh naik feri nie harga tiket untuk penumpang murah saje berbanding dengan feri yang selalu aku naik tue.
Feri kenderaan nie bukan terus sampai ke KK yea,feri nie hanya dari Labuan ke Menumbok saje.Jadi dari Menumbok kena drive ke KK. Kat Menumbok nie ada perhentian bas dan teksi disediakan senanglah yang tak bawa kenderaan nak bergerak ke destinasi seterusnya.Perjalanan ke Menumbok mengambil masa dalam 1 jam setengah saje.
Gambar ni dah nak sampai di Menumbok,tu kat depan tu jeti perlabuhan feri.Baju uniform tue semua pekerja-pekerja feri nie.
Bukan setakat kereta saje boleh naik van,lori kecil dan motor juga boleh naik feri nie.
Feri nie kecil sedikit berbanding dengan feri Pulau Pinang.
Di bahagian bawah tempat letak kereta kalau nak stay dalam kereta pun boleh di atas pula ada disediakan bilik menunggu yang selesa.
Bilik menunggu ni terdapat banyak kerusi disediakan dan juga ada TV sambil tunggu nak sampai kami layan dulu movie yang ditayangkan belum habis movie dah sampai di Menumbok.
Ada juga jual makanan dan minuman bagus bukan.
kereta tak banyak naik hari tu kalau tidak penuh nie sampai ke hujung.
Sebelum turun ke bawah ambil dulu gambar buat kenang-kenangan.
Nampak tak muka aku ceria sebab tak rasa mabuk dan ombak laut langsung.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan