Selasa, 17 September 2019

Jalan-jalan di sekitar kawasan Bangunan Stesen Keretapi Ipoh, Perak

Stesen Keretapi Ipoh merupakan salah satu tempat tumpuan para pelancong di Perak.Stesen Keretapi Ipoh ini juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Ianya merupakan mercu tanda bagi bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya. 
Yang menariknya di dataran ini terdapat satu dinding mural mengenai aktiviti-aktiviti perlombangan. 




Sorry terbalik plak rekodnya sepatutnya part perlombongan dulu baru ke part keretapi)


Di sebelah Stesen Keretapi Ipoh ada satu Tugu Peringatan. Tugu ini dibina pada tahun 1927, sempena memperingati perajurit yang terkorban ketika Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 hingga 1918 dan Perang Dunia Kedua (1939 hingga 1945).Juga tugu peringatan The Malayan Emergency, Indonesian Confrontation dan The Re-insurgency Period dan In memory of the men who fell in the Great War 1939-1945 serta tugu peringatan 'Death Railway: Thailand - Burma'.
Diseberang jalan atau di depannya terdapat Bangunan Dewan Bandaraya Ipoh yang dibina pada tahun 1914.
Dan bersebelahannya terdapat Masjid Sultan Idris Shah ke II

Tiada ulasan :