Selasa, 5 Mei 2015

# Ros Jepun Dijual #

Alhamdulillah ada rezeki masuk.Dalam aku suka-suka up kan gambar RJ dalam FB ada gak orang berkenan nak beli bunga RJ nie dari aku.Hari itu memang aku pernah kata nak jualkan RJ nie nampaknye kata-kata aku jadi kenyataan.

Kak nani lah orangnye yang berkenan nak beli RJ dari aku, dulu dia gila kat pokok Ros aku sampai dia minta belikan bunga ros sekarang dia dah gilakan RJ plak.Dia nak pergi beli RJ tak tau kat mana jadi dia pun beli lah RJ kat aku je.

Jumaat dia wasap aku tunjuk bunga ros dia yang second batch berbunga lepas tue tanyakan bunga RJ ape yang ada untuk dijual.So aku pun tunjuk lah 3 pasu RJ berlapis yang nak dijual lepas tue kan kak nani beli 3 pasu RJ tue.Alhamdulillah..maka terjual lah 3 pasu RJ tersebut yea kawan-kawan.

Warna RJ yang berjaya membuat kak nani berkenan ialah


RJ Berlapis Merah + RJ Berlapis Putih

RJ berlapis Merah nie dulu sikit je sekarang penuh sepasu siap terselit warna putih tah bila lah aku selitkan warna putih nie pun tak tau.Untunglah kak nani dalam sepasu nie ada 2 warna dah tak payah beli lagi RJ warna putih kalau nak buat sepasu RJ berlapis putih petik je tanam kat pasu lain.


RJ Berlapis Peach


RJ Berlapis Purple 

Aku jual murah je tak mahal macam Sungai Buloh,aku jual sepasu Ros Jepun Berlapis nie RM10 sahaja harga mampu milik.Pada sesiapa nak beli RJ nie dari aku aku sangat berbesar hati untuk menjualnye,tapi kena ambil sendiri yea pada yang duduk jauh.Mana boleh nak pos nanti berderai bunga nie.

Kat bawah adalah gambar ros kak nani yang dia wasap kata second batch berbunga lepas beli dari aku tempoh hari



Lega hati aku nampaknye bunga-bunga yang dijual pada kak nani subur,aku paling takut bunga tue mati sian kak nani dapat tengok bunga kejap je kalau mati dah lah kak nani baru nak bermula hobi menanam bunga.Harap-harap bunga ros tue semua akan kuarkan hasil lagi.

Jika kak nani terbuka blog saya nie saya ucapkan terima kasih yea sudi beli bunga dari saya.Lebih kurang harap dimaafkan dan terima kasih bagi lebih duit pada saya segan saya tau nanti saya bagi bunga yang lain pada akak percuma je okey.

3 ulasan :

aLyNnZ berkata...

RJ Peach utk akak tau mai..
tak sabarnyerr..

myfara FLK berkata...

baik kak,sabar yea minggu depan saya bagi akak..

aLyNnZ berkata...

rj merah dgn putih tu cantek lar mai..combination mmg match..rj merah akak tak berbungan lagikk..tak sabar rasa..