Memaparkan catatan dengan label Ketieu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketieu. Papar semua catatan

Ahad, 8 Januari 2012

Kuetiau Goreng

Lapar lapar lapar!!!!! nasib baik lebihan bahan masa masak mee goreng aritu masih ada so dgn resepi yg sama mai hanya tukar dr mee ke kuetiau saje utk masak..
Ting ke tang ting dapur ku bersepahhhhhh...

Jgn tegur mangkuk yg sama je mai guna,mai malas nak panjat almari cari mangkuk lain..

Bahan-bahan 
  • 1 bungkus kuetiau
  •  2 keping fish cake (dipotong serong)
  • 15 ekor udang (dibuang kulit)
  • 1 1/2 keping tauhu (digoreng & dihiris)
  • 1 biji bawang besar (1/2 dihiris ,1/2 ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (1 dihiris, 2 ditumbuk)
  • udang kering (ditumbuk)
  • 2 sudu besar cili balender 
  • 5 batang cili api (dihiris) ****mai masukkan coz cili balender x pedas 
  • garam
  • kicap masin
  • air
  • minyak
Cara memasak
  1. Goreng terlebih dahulu tauhu & asingkan keluar.
  2. Denagn menggunakan lebihan minyak tadi tumiskan bawang hirisan + bawang tumbuk + udang kering + cili belender + cili api sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang + fish cake + garam kacau sehingga sebati & biar masak sebentar.
  4. Kemudian masukkan kuetiau  & kacau rata klu terlalu kering masukkan sedikit air + kicap masin.Gaulkan.
  5. Masakkan kuetiau sedikit kering & masukkan tauhu goreng.Kemudian tutup api.
  6. Siap utk dimakan..
 -SELAMAT MENCUBA-

:)

Khamis, 3 Februari 2011

Kuetiau Kung Fu



Bahan A
  • 1bungkus kuetiau
  • 3-4 biji telur (dipukul)
Bahan B
  • Udang basah (dibunag kulit
  • 1 cawan isi ayam(dihiris)
  • 3 ulas bawang ptih (dicincang)
  • Sawi kailan (dipotong)
  • Bunga kobis(dipotong)
  • 1 batang carrots (dipotong kecil)
  • Minyak masak
  • 2 sudu makan tepung jagung dan 1/2 cawan air (dibancuh)
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan lada sulah
  • Garam secukup rasa
Cara memasak
  1. Panaskan minyak kemudian goreng telur dan kuetiau sehingga sedikit garing.Kemudian ketepikan
  2. Tumis bawang putih sehingga garing kemudian masukkan ayam dan udang.
  3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada putih,sos tiram dan carrots.
  4. Masukkan tepung jagubg yang sudah dicampurkan air dan kacau supaya tepung tidak bergentel.
  5. Campurkan kailan dan bunga kubis.Tutup api dan kacau.
  6. Tuangkan kuah atas kuetiau dan hidangkan.


menu nie sedap dimakan masa masih panas