Memaparkan catatan dengan label Lawak hari ini tajuknya : ?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak hari ini tajuknya : ?. Papar semua catatan

Selasa, 10 April 2012

Lawak hari ini : Hari + Mau = ?



Disuatu petang,sang suami menjemput isterinya pulang di pejabat.Setelah menemui suaminya,sang isteri menegur suaminya dengan berkata...


Isteri   : Hai awak lama tunggu ke?


Suami : (Sambil terseyum) Tak lah baru je sampai nie.


Isteri   : Awak, cuaca gelap je macam hari mau hujan lah.


Suami : Mana pulak harimau nak hujan,harimau nak mengaumlah.


Isteri   : @#&*+^%#@%&


Suami : Tersenyum.




Yang buat lawak poyo tue adalah suamiku...org dok risau hari hujan dia blh plak buat lawak...kang tak pasal2 dok bawah jambatan mcm aritue baru padan muka...



Rabu, 7 Disember 2011

Lawak hari ini : Pencen 60 thn

Ahad, 4 Disember 2011

Lawak hari ini : Ayah Melawak Je

Gadis : hari ni sy jalani pembedahan jantung .
Lelaki : sy taw :') I love you .
Gadis : I love you too .♥ (Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok bf die takde .

           Tp ayah die je yg ade)
Gadis : mane bf sy ayah ?
Ayah : Siti taw tak sape dermakan jantung untuk siti ?
Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis ) T_T
Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas ;D

Isnin, 17 Oktober 2011

Lawak hari ini : Pak Pandir di Mc Donalds

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order apa..maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung. Sedang dia berfikir, datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya. Ahmad namanya. Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta.

Ahmad : Bagi Big Mac satu..

Pak Pandir : Bagi Big Mac satu...

Ahmad : Air...Bagi air coke yer...

Pak Pandir : Air...Bagi air coke yer...

Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad : Ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer (masa tu McD boleh merokok lagi)

Pak Pandir : Ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...

Ahmad : Hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...takder otak ker?

Nak tahu apa Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:

Pak Pandir : Aper..kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

hahahahahahaha.....sengal jerk!

Rabu, 28 September 2011

Lawak Si Penyelam

Suatu hari ada seorang penyelam sedang menyelam di dalam lautan. Dia menyelam dalam kedalam 20 kaki bawah paras air. Sedang die menikmati permandangan di dalam lautan tersebut, die terserempak dengan seorang lelaki berenang pada kedalaman yang sama dengan nya. Yang peliknya beliau langsung tidak mempunyai kelengkapan menyelam.

Penyelam tersebut menyelam ke dalam 10 kaki lagi dan lelaki tersebut mengikuti nya seminit kemudian. Kemudian penyelam itu menyelam sedalam 15 kaki pula dan seminit kemudian lelaki tersebut pun muncul. Penyelam itu mengeluarkan papan kapur kalis air dan menulis kepada lelaki tersebut, "Bagaimana anda menyelam tanpa kelengkapan oksigen??" Dan lelaki tersebut memadam apa yang penyelam itu tulis lalu menulis "Aku lemas la bongok!!!"

Khamis, 22 September 2011

Lawak Si Sam & Dol

SAM:Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL:Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku.Nasib baik tak mati.
===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang diamintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati
lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas  aku jumpa ia  mati dalam air!
===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam   jer....
===================================
 
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa   masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini
"candle
light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil
elektrik, api rumah aku dah kena potong!
===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni
ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada
aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah
tahu...
===================================
SAM:Dol,aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL:Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik
lagi.
===================================

SAM:Dah dua kali perompak yang sama

datang  merompak kedai kita.
DOL:Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan
pasang signboard "SILA DATANG LAGI "