Memaparkan catatan dengan label PudinG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PudinG. Papar semua catatan

Selasa, 9 Ogos 2011

Agar-agar Laici



Bahan-bahan:
  • I paket agar-agar
  • 1.5 liter air
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 helai daun pandan
  • Sirap @ pewarna
  • 1 tin laici
Cara-cara:
  1.  Masukkan agar-agar + air + daun pandan dlm periuk dan masak sampai agar-agar larut.
  2. Setelah larut masukkan pula gula,sekali lagi kacaukan sampai larut.
  3. Masukkan pula sirap @ pewarna dan air laici(yg dlm tin tue), kacau lagi yea.
  4. Bila dah mendidih dan semua bahan larut tutupkan api.
  5. Susunkan buah laici dlm acuan @ loyang kemudian curahkan agar2 tadi.
  6. Biarkan sejuk kemudian masukkan dlm peti ais.Makan masa sejuk best woo nyaman je tekak nie..


SeLaMaT MeNcUbA
(^__^)

Selasa, 15 Mac 2011

...Puding Jagung...


Menyelakan tak??? Dah lama tak masukkan hasil masakan,so arinie mai sharekan puding jagung..Actually mai buat ari sabtu malam ahad,coz nak buat tuk sarapan pg besok(ahad 13.3) yelah kan sekali sekala tukar plak citerasa.Lagipun senang je tak lah sesusah mana pun,just jaga api jgn buka kuat sgt klu tak mau hangus nanti..Hehehe sebenarnye hampir2 lah gak but dapat dikawal lagi..

Tanpa rasa segan silu mai sharekan repinye...

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 tin susu Ideal
  • 1 cawan gula halus
  • 2 sudu makan marjerin
  • 4 cawan air
  • 1 tin jagung


Cara membuat:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
  2. Masakkan sehingga naik wap dan kelihatan berkilat.
  3. Masukkan ke dalam loyang.Kemudian sejukkan.
  4. Potongkan kecil2 bila dihidang.



Ada lagi makanan lain kang korang ingat nie je sarapan pagi aritue..

    

Sekian terima kasih...

Ahad, 17 Oktober 2010

Dadih Mangga

  Pagi-pagi lagi dah buat dadih mangga,semangat sangat kata kan konon nya dapat lah makan nanti tengah hari. Alih-alih tak dapat makan coz nak pergi tengok perabot kat Cavenci Puchong tengok dlm surat khabar ada smart sofa harga RM69 murah kan.Hampeh penipu betul tu bukan harga nya,stok tak ada kena ambil kat JB & kena tambah pula kos pengangkutan Rm110 so jumlah nya RM179 tak ke peipu sudah nya tak beli lah.
  Kemudian pergi plak rumah mak mertua ku kat Puchong,nasib ada makanan tak de lah mai lapar.Lepas tu pergi plak Ikea kat Damansara,ramai nya orang.Akhir sekali ke rumah mama ku kat Kg Malaysia Raya.Balik rumah lepas mandi & solat baru lah dapat makan dadih urmmm sedap nya..Terasa sungguh mangga nya..Baru puas hati mai dapat makan dadih yg buat pagi tadi..Sedap-sedap...

Bahan-bahan:
  • 1 pek dadih perisa mangga
  • 3000ml air
  • 100g gula
  • 400ml susu cair
Cara-cara
  1. Panaskan air sehingga mendidih, matikan api selepas air mendidih. 
  2. Kemudian masukkan gula,susu cair dan dadih.
  3. Kacau selama 5 minit supaya bahan tadi larut.
  4. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais.
  5. Bila hendak makan letakkan hirisan mangga,barulah ada selera nak makan.

Ahad, 10 Oktober 2010

Puding Roti Yogurt

Sambil menyaksikan perkahwinan angkasawan negara kita Sheikh Muzsaphar dan Dr. Halina yang disiarkan di TV3, sempat gak mai buat puding roti yogurt kali ke2.kenapa kali ke2? hahaha sebenarnaya siang td dah buat tapi cehh tak jadi, puding nye rentung & bantut..malu saja..so tu yang nak buat sekali lagi..nak tengok hasil nya..jap yea..kita tgk dulu gambar kahwin Sheikh Muzsaphar dan Dr. Halina selepas itu tengok lah hasil nya puding yang mai buat..



 

BAHAN-BAHANNYA
-7-8 keping roti gardenia , dibuang tepinya
-2 botol yogurt berperisa "blueberry" Dutch Lady
-4 biji telur
-1 camca teh esen vanilla
-2 camca besar gula halus
-kismis
-Mentega secukupnya

CARA MEMBUATNYA
  1. Sapu nipis setiap keping roti dengan mentega, kemudian potong kiub kecil utk setiap keping roti.
  2. Sapu bekas pembakar dengan mentega dibahagian dasar dan tepinya.
  3. Susun sebahagian roti tadi dalam bekas, taburkan 1/2 bahagian kismis. Kemudian susun baki roti. Ketepikan sebentar.
  4. Satukan telur, yogurt, esen vanilla dan gula dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bergaul dan sebati.
  5. Tuang rata ke dalam bekas yang berisi roti. Tabur baki kismis dan biarkan 30 minit.
  6. Bakar secara dengan meletakkan bekas tadi dalam satu bekas lain yang lebih besar, yang mengandungi air panas dalam microwave.
  7. Bila permukaan puding keperangan boleh dikeluarkan dari microwave dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong untuk hidangan...

Ini lah hasil nya:
tak lah ni yg buat mula2 yg tak jadi
ni baru yg betul,sedap tak..

Dah terlanjur tu nak gak lah publish gambar kahwin sendiri.majlis persandingan perkahwinan mai pada 7/6/2009..rasa mcm nak sanding lg sekali je lah..
baru habis tengok cite Jangan Tido Lagi,but mai nak tido dah..mengantuk..okey selamat malam semua..