Memaparkan catatan dengan label UdanG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UdanG. Papar semua catatan

Ahad, 5 Januari 2014

Sambal Udang Petai



Yummy yummy lauk tengah hari arinie sambal udang petai...Puas hati dari semalam mengidam nak makan sambal udang petai nie.

Rabu, 5 September 2012

Kari Udang

Lauk arinie kari udang,atas permintaan hubby.Main order je dia,aku pun main taram je buat.Seumur hidup aku x pernah pulak makan kari udang,mama pun x penah masak.Hubby nak makan punya pasal aku ikutkan je,nasib baik jadi klu tak rugi udang2 tue.


Isnin, 23 Julai 2012

Udang Masak Lemak Cili Api

Di mulakan dengan resepi ini....Lauk permintaan hubby...


Meletop perut aku menahan kepedasan..hubby lah gedik nak pedas2 padahal isterinye nie bukan kuat pedas pun,aku asyik makan bersulam air je.Siang bukan main slim lagi perut nie tiba malam kembung plak jadinye.Hubby sedap lah makan lidah dia tebal..Eh marah plak aku,puasa nie sabar..sabar..sabar..whatever aku suka tgk hubby makan maknanye lauk yg aku masak kena lah tue dgn tekak dia..



bahan-bahan:

  • udang - hanya buang janggut saje
  • santan - 1/2 biji
  • cili api - ikut suka (dikisar)
  • bawang besar - 1 biji (dikisar)
  • bawang merah - 5 biji (dikisar)
  • kunyit hidup (dikisar)
  • daun kunyit
  • serai sebatang - titikkan saje
  • tomato - 1 biji dibelah 6
  • garam
  • gula
  • air

cara memasak:

  1. masukkan bahan-bahan yang dikisar + serai dan santan ke dalam periuk, kacau sekali sekala supaya santan tak berketul-ketul dan biarkan kuah mendidih sekejap.
  2. kemudian masukkan udang + daun kunyit + garam dan secubit gula.Klu kuah pekat tambahkan sedikit air tapi jangan kuah terlampau cair plak.
  3. masak dgn api sederhana dan kacau kuah supaya santan x berketul.
  4. biarkan dalam 10 minit kemudian bolehlah tutup api
  5. akhir sekali masukkan tomato dan SIAP!..
                               Lepas balik solat tarawih aku sakit perut cirit birit jadinye..

                                                                Akhir kata 

                                                     SeLaMaT MeNcUbA

Isnin, 8 November 2010

Udang Berempah & Air Strawberry Mangga

     Hari ini mai & hubby pose,kat opis dah terfikir nak masak apa untuk juadah berbuka pose.Siap tengok blog masakan & tanya kak jue(member opis) coz nak cari idea apa yang nak dimasak.So masa tengok2 tu dapat lah idea nak masak Udang Berempah & Air Strawberry Mangga(ni je dpt di sharekan).Selain dari itu mai ada juga masak sayur kobis & sambal telur ayam.
     Coz nak siapkan juadah berbuka pose mai terpaksalah lupakan tgk tv3 6.30 cite Chinta padahal sebelum ini ada kata kan tak nak mised tgk cite ini,akhirnya terpaksa lah juga,kena beri keutamaan pada suamiku.Klu hubby tak pose mai boleh lah masak lepas hbs cite Chinta,tak pe lah berkorban pada suami dapat pahalakan. 
     Jom kita tengok resepinya..

Udang Berempah

Bahan-bahan:

  • 5 Biji Bawang Merah
  • 2 Biji Bawang Putih
  • Bawang Besar
  • Rempah: 11/2 sudu kecil Ketumbah,1 sudu kecil Jintan Manis & 1 sudu kecil Jintan Putih
  • Udang
  • Minyak
  • Cili Bangala (hiasan)
  • cili Boh / cili kisar
 Cara-cara:
  1. Sedikit bawang merah,putih dan 3 rempah ditumbukan sehingga lumat.
  2. Kemudian,perapkan bahan ini bersama udang.
  3. Tumiskan bawang merah bersama cili boh sehingga masak.
  4. Setelah tumis masukkan udang saja gorengkan sehingga masak,selepas itu masukkan rempah tadi,kacaukan dan biarkan udang sedikit garing.masukkan air jika kering.
  5. Bila udang dah masak,masukkan ke dalam pinggan dan hiaskan dgn cili bangala. 
ni lah hasilnya..saje je kasi besarkan gambar,biar korang terliur tgk udang berempah ni..:-)


Air Strawberry Mangga

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus buah strawberry
  • 1 biji buah mangga
  • Nata de coco perisa laici
  • Ais kiub
  • 1 sudu besar gula pasir (ikut pada rasa korang)
Cara-cara:


1)     Kisarkan buah mangga,strawbery dan beberapa ais  kiub.Masukkan juga gula.Kisar beberapa minit.

2)      Letakkan sedikit nata de coco ke dalam glass.

3)      Akhir sekali tuangkan buah yg dikisar td ke dalam glass yg telah diisi nata de coco.Hiaskan dgn meletakkan buah strawberry di atas permukaan air dan letak lah straw minuman.

Sedap tau cuba lah buat..


Ini adalah juadah berbuka pose yang mai masak terhegeh2 tadi.
Alhamdulillah kenyang..