13.11.2017 / Isnin
Makaroni goreng untuk sarapan pagi
Dan untuk makan malam pula aku masak lauk ayam masak lemak cili padi dan sayur kangkong goreng ikan masin tambah dengan begedil (jiran sebelah kasi minggu lepas yang frozen tinggal nak celup telur dan goreng je)
14.11.2017 / Selasa
Lauk ayam masak lemak cili padi yang semalam ada lebih jadi tak payah masak lauk lagi.Aku tambah dengan buat sotong goreng tepung.Aku pakai tepung tempura cap nona je tak payah nak pakai macam-macam jenis tepung tinggal nak letak air dan celup je senang jimat masa.
Ni sotong katak yang beli kat Pasar sungai Keling tempoh hari
15.11.2017 / Rabu
Off day biasalah Krul main takraw,dah memerap kat bilik dia dari pagi sampai ke maghrib balik tak kuasa aku nak masak jadi baik makan luar sajelah.
16.11.2017 / Khamis
Sambung balik masak arini aku masak ikan kerisi masak masam manis/sweet sour dan sayur kangkong lagi,puas hati Krul dapat makan sekor ikan tak payah kongsi dengan aku.
17.11.2017 / Jumaat
Disebabkan kuah masam manis/sweet sour tue ada lebih aku goreng ikan putih, aku tambah sikit sos kemudian curahkan je kuah tue kat ikan putih tadi dan aku masak sayur buncis goreng telur.
Krul kata decoration kat ikan cantik,haruslah cantik nak kasi berselera awak tue makan,hihhihi padahal aku nak habiskan carrot tue gigih aku susun caarot keliling pinggan (carrot tue aku rebus jap kang keras memang tak makannye Krul)
18.11.2017 / Sabtu
Buat bihun/kuey teow sup.
Nak cite nie aku masak pepagi seperiuk sup(isi ayam,meat ball dan fish ball) kemudian buat pula cili kicap,siap je masak baru sarapan makan kuih yang Krul beli kemudian mandi siap-siap pegi jalan ke Taman Burung Labuan,balik baru aku rebus bihun,kuey teow dan tauge.Nampak banyakkan bihun tue memang sengaja aku rebus banyak nak makan sampai malam.
Nie buhun sup
Nie pula kuey teow sup
19.11.2017 / Ahad
Berduo dengan Krul buat cucur ikan bilis untuk sarapan pagi,sama gak aku pakai je tepung readymade aku pakai cap adabi.Aku masukkan adunan tepung dalam kuali Krul tolong terbalik-balikkan cucur tue.
Macam-macam bentuk ada ko mampu buat gitu.Kalau mama tengok sure kena gelak guling-guling nie
Kemudian untuk makan tengah hari aku masak sambal sardin dan sayur tauge goreng je.Malam makan McD.
Sekian untuk masak-masak minggu ke-6
Tiada ulasan :
Catat Ulasan