20/11/2017 / Isnin
Tak masak pun nak perabiskan lauk semalam sambal sardin dan sayur tauge goreng
21/11/2017 / Selasa
Sarapan pagi makan roti dengan kacang panggang yang Fit (ejaan sebenar selepas kena tegur dengan Fit salah eja nama dia,hahaha) bagi setin tambah setin dengan aku punya campurkan dengan sosej kemudian goreng telur hancur 2 biji.
Untuk makan malam aku masak kari ayam dan kacang buncis+carrot+fishcake goreng
22/11/2017 / Rabu
Rabu pula goreng bihun (bihun yang Fit kasi) dan malam ulang makan kari ayam dan sayur yang semalam punya,memang sengaja aku masak untuk 2 hari punya makan senang sikit nasib Krul tak muak plak.
23/11/2017 / Khamis
Kalau semalam kari ayam arini pula telur masak kicap dan ikan kerisi goreng.
24/11/2017 / Jumaat
Telur masak kicap tue aku masak semalam 4 biji,2 biji makan semalam 2 biji makan arini lagipun Krul main takraw aku bawa lauk tue ke opis dia tengah hari aku masak nasi dan panaskan lauk nie.
Malam pula Krul belanja makan Pizza Hut kat Ujana Kewangan.Sedapnye makan Pizza.
25/11/2017 / Sabtu
Offday tak masak tak larat period,pagi sarapan luar dan petang makan di Pantai Batu Manikar yang tempat aritu.Dapat gak aku makan kat pondok tue sambil tengok pantai dan matahari terbenam.
26/11/2017 / Ahad
Sarapan pagi makan kat luar petang sikit aku goreng mee malam makan KFC plak.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan