Memaparkan catatan dengan label BaraT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BaraT. Papar semua catatan

Ahad, 26 Jun 2011

Spaghetti Mushroom Sosaj



Bahan bahan: 
  • Spaghetti
  • 3 batang - Sosej yg di potong kecil
  • 5 ulas - Bawang Putih yg didadu/dihiris
  • 1 tin Sos Mushroom Prego
  • Black Paper
  • Sedikit daun Parsley
  • Minyak Masak
  • Air
                                                     
 cari tin sos mushroom nie klu nak buat mcm resepi mai nie yea..


 Cara memasak:
  1. Isikan air kedalam periuk,tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan spaghetti rebus sehingga kembang.Masukkan 2 titik minyak masak supaya spaghetti tidak melekat dan bersinar.
  2. Rebuskan selama 10-15 minit @ kembang.Setelah itu angkat spaghetti dan tiriskan.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan sosej.Goreng sehingga sedikit masak.
  4. Seterusnye masukkan sos mushroom Prego dan 3 paket black paper @ 1 sudu kecil black paper yg telah ditumbuk.Biarkan mendidih selama 5 minit kemudian tutup api.
  5. Letakkan spaghetti yg direbus td kedalam pinggan dan curahkan sos mushroom prego.
  6. Hiaskan dengan meletak daun Parsley.


><SELAMAT MENCUBA><

Sabtu, 21 Mei 2011

Lamb Chop


Makan makan makan...Klu dah rajin ada je nak masak.Lunch td spaghetti now dinner plak lamb chop.Walahhh!!! Gemok pun gemok lah,Sekarang mai dah X kisah,baik makan sebelum hilang nikmat makan..

Senang je nak buat sos nye tak payah susah2 nak pk cam mana nak buat,firstly korang pegi terjah tesco cari serbuk sos  yg seperti gmbr di bawah nie..


Okey korang nak tau cam mana buat nye,korang masak dan didihkan air sebanyak 250ml. Oiii kejap kejap,korang jangan guna cerek air plak guna periuk tau!.Kang tak jadi jangan marah mai plak.. Lepas tue masukkan serbuk sos tersebut, gaul sehingga sos tersebut pekat dan tidak berketul2.Untuk menambahkan kepedasan masukkan 2 paket blackpaper @ secubit blackpaper yg ditumbuk halus.Tunggu sehingga mendidih,kemudian matikan api dan boleh dihidangkan..

Korang gunakan lah kretiviti sendiri nak letakkan ape dlm hidangan korang,macam mai gorengkan beberape biji nuggets dan pappadam.



Mai pun penah buat chicken chop click sini utk tgk resepi lepas..
Sekali lagi SeLamat MenCubA..^__^


Tomato Sauce + Sosej Spaghetti

Tarra!!! seperti mai katakan pagi td,mai buat Spaghetti utk makan lunch arinie..Senang je buatnye hanya makan masa 30 - 45 minit je nak sediakan.Semudah 1 2 3 je ^__^..
Bagi korang yg suka makan spaghetti dan baru nak mula makan jom salin resepi yg senang nie supaya korang boleh mencuba buat. .

-- -- --

Bahan bahan: 

  • Spaghetti
  • 3 batang - Sosej yg di potong kecil
  • 2 ulas - Bawang Putih yg didadu/hiris
  • 1 tin Sos Tomato Prego
  • Black Paper
  • Sedikit daun Parsley
  • Minyak Masak
  • Air

 Cara memasak:
  1. Isikan air kedalam periuk,tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan spaghetti rebus sehingga kembang.Masukkan 2 titik minyak masak supaya spaghetti tidak melekat dan bersinar.
  2. Rebuskan selama 10-15 minit @ kembang.Setelah itu angkat spaghetti dan tiriskan.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan sosej.Goreng sehingga sedikit masak.
  4. Seterusnye masukkan sos tomato Prego dan 2 paket black paper @ 1 sudu kecil black paper yg telah ditumbuk.Biarkan mendidih selama 5 minit kemudian tutup api.
  5. Letakkan spaghetti yg direbus td kedalam pinggan dan curahkan sos tomato prego.
  6. Hiaskan dengan meletak daun Parsley.

--SeLaMaT MeNcUbA--

  

Sabtu, 2 April 2011

Kebab Ayam Special



Selamat pagi to all blogger sekalian maya.Cam biasa lah kan bila tang sabtu ahad nie kadang2 mai ada rajin sikit mau sediakan breakfast,for today breakfast mai sediakan hubby kebab ayam special.Jangan tepuk dahi plak mai buat kebab pepagi nie actually dah X tau nak masak ape lg pun nak wat inti kebab nie senang je just goreng2 aje.Kebab nie special coz mai letak sosaj,wat lah lain sikitkan bg menambah selera makan.hehehehehe

Korang nak tak resepinye cepat pegi ambil pen dan kertas salin resepi nie klu rajin cuba lah buat mesti korang boleh buatnye senaaaanggg sesangat tau...
Bahan-bahan:
  • 2 pcs roti pita (beli je kat giant)
  • 3 pcs daging burger ayam (dicincang)
  • 2 batang sosaj
  • 1 biji bawang besar (dihiris atau didadukan)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris atau didadukan)
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • 4 paket blackpaper (ambil je kat mcD tue malas nak tumbuk)
  • Mayonis
  • Majerin
*** korang boleh masukkan 1 biji tomato dipotong dadu,mai tak masukkan coz tomato tak ada malas nak beli pagi2 buta mana ada kedai buka.

Cara memasak inti kebab:
  1. Masukkan marjerin dan tumiskan bawang sehingga kekuningan.
  2. Masukkan daging burger dan sosaj,goreng sehingga masak.
  3. Selepas itu masukkan pula sos cili,sos tiram dan blackpaper,kacau hingga sebati.
  4. Angkat inti tersebut tanpa ada ada minyak,letakkan dalam mangkuk.
  5. Gaulkan dengan 1-2 sudu mayonis.
Cara menyediakan kebab:
  1. Ambil roti pita td dan potong 2.
  2. Bakar roti td didalam kuali terbalikkan sekejap2 @ korang boleh bakar dulu roti ita baru potong 2.
  3. Letakkan merjerin didalam roti kemudian masukkan inti tadi sedikit demi sedikit jgn plak sepenuh penuhnye plak kang tak cukup macam mana.
  4. Setelah siap lettak mayonis dan sos cili diatas inti tadi.
  5. Tarraa dah siap kejap je nak buat pun.


Selamat menjamu selera

Selasa, 1 Februari 2011

Dinner time:Chicken Chop & Lamb Chop


Jeng jeng sedap tak????

Seperti yg dijanjikan N3 sebelum nie mai sharekan makanan dinner malam nie.Sebelum tu jawab dulu sedap ke tak???? Ala mana korang tau kan sedap ke tak bukannye blh rasa,so apa kata korang buat sendiri..HEHHEHE..

Meh dengar cite nie mungkin korang ada yg kata mesti mai beli je kat giant td nie,dak ehhhh mai buat tauuuu...Erm jgn x percaya mai buat coleslaw tue,bukan letak mayonis semata tau ada lg bahan2 lain.Tak pe jap lg salin yea resepi.Sayur tu mai sagat sendiri(nasib tak luka tangan kang ada plak jd raja bersiung).Chiken & lamb tue beli yg mentah kat giant,ada jual yg dah di perapkan dgn ramuan (kan senang tu tak payah susah nak bperap beli je lah),balik rumah kerja hubby lah membakar guna oven,kentang goreng tu mai beli gak yg mentah kemudian goreng lah. 

Apa lg nak tau ooooo tu hotdog beli yg siap masak,ingat nak makan dlm kereta masa balik rumah,but termasuk plak dlm bonet kereta.Alang2 baik makan sekali dgn chiken & lamb chop nie.Air pulak air twistter oren, kasi tuang je tak payah nak bancuh2.Ehh eh eh lupa,sosnye mai buat tau beli perasa kat tesco cuma letak air 250ml je kemudian masak.Tue gambarnye,ada 3 perasa sos seperti mushroom,chicken & lamb.But mai guna kan arini mushroom (lupa plak nak beli mushroom)



Ni cara-cara buat coleslaw korang kena ada,

Bahan-bahan:
  • Kubis (sagat halus)
  • Carrots (sagat halus)
  • Mayonis (ikut kuantiti sayur jgn byk jgn sikit)
  • 4 sudu besar susu segar(kotak/botol kecil,jgn membazir guna sikit je)
  • 4-5 sudu besar gula pasir (kurangkan lah lg rasa mcm manis plak td)
  • 1 sudu teh garam
Cara membuat:
  1. Masukkan mayonis,susu segar,gula pasir dan garam ke dalam mangkuk kacau sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan kubis dan carrots teruskan mengaul sehingga sebati dan rata.
  3. Simpan dlm peti ais sementara.Bila nak makan baru keluarkan.
nie lah rupa coleslaw nye

Lamb yg dibakar oleh hubby,nie blm masak lg tau td kena tunggu lama betul nak masak.

isinye tak lah keras sgt masih blh digigit @ dipotong dgn pisau


 Chiken hubby punya

Lamb mai punya



Pesh pesh..terasa cam tgh dating macam dulu2 plak masa makan nie siap main suap2 lagi..Nasib tak ada lilin klu tak memang cam candlelight dinner jadinye.So sweet..

K cau cin cau...


Sabtu, 25 Disember 2010

Roti Sandwich & Salad Nuget


Hai semua..amacam arinie bangun lambat ke?Kata sabtu kan masa nak balas tido, coz ari keje kena bangun awal kan.Sampai bunyi loceng jam siap blh tido balikkan.Kehkehkeh...

Okey arinie breakfast mai sediakan Roti Sandwich & Salad Nuget,vegetable tu semua hubby beli masa kat Cameron Highlands.Oh ya arinie mai sarapan pagi dgn my little sis,baby(gelaran kat rumah).Hubby tak ada kena kursus kat PD plak.Kesian hubby belum hilang penat bercuti kena plak pg kursus,sejak2 keje Bomba nie asyik kursusssss je..Kadang hubby mengeluh asyik kursus & meeting je..So mai pujuk lah mcm tu lah klu tanggung keje Gred41,Sabar yea Abang Sayang..

Berbalik pada cerita baby,mai amek dia semalam wat teman dok rumah,yelah klu dok rumah mama nampak gaya nye rumah mai nanti jadi tongkang pecah lah,mana ada kemas rumah sejak balik bercuti.Asyik demam je.Malam td pun demam tak dapat sgt tgk Anugerah Skrin Tv3..Tau2 je dah nak habis Faizal Tahir nyanyi.

Jom layan menu sarapan pagi arinie.



vegetable yg hubby beli





nie lah aby..makan b kang jgn cakap dgn mama kaklong tak bg makan plak..hehehehe

Sabtu, 4 Disember 2010

Mushroom Soup Macaroni & Roti Sardin Bersalut

Good morning everybody..Breakfast for today is  Mushroom Soup Macaroni & Roti Sardin Bersalut.Hehehe..Menu yg senang hari ini,tak perlu masa yg lama untuk masak..Semudah 1 2 3 atau A B C..

Menu yg pertama: Mushroom Soup Macaroni



Bahan-bahan:


Cara-cara

1.  Rebuskan macaroni sehingga kembang dan lembut.
2. Tuangkan sup kedalam periuk dan masukkan 1 tin air dan kacau.
3.  Biarkan merenih.
4.  Hampir sup merenih masukkan macaroni.
5.  Setelah merenih tutupkan api dan boleh dihidang.
    
Menu yg kedua: Roti Sardin Bersalut
                                        Breaded Sardine Roll



 Roti Sardin Bersalut nie mai beli kat opis sempena Promosi Hasil Rimba yg berlangsung selama 5 hari bermula dari 2-6 Disember 2010.Roti Sardin Bersalut ialah hasil keluaran Fatihah Frozen Food.Selain Roti Sardin Bersalut ada juga frozen karipap,samosa,cucur badak,cek mek molek,cucur kacang,cakoi panjang,mini donut,mini pau,mini murtabak,roti canai,roti putar dan popia banyakkan.Mai beli 3 bungkus dgn harga RM1o dan setiap bungkus ada 8 biji.Sedap di makan bila panas2..








Cara memasak:

Goreng menggunakan minyak masak dengan api yang sederhana selama 4-5 minit sehingga kuning keemasan.

Close up lagi..


 Air pula mai buat Air Milo Panas..nie tak payah ajar lah semua tau buatkan..saje je nak up load gambar nak tunjuk Teko & cawan..hehehe..



Nie lah kesemua hasil menu Breakfast pagi ini..




 

Ahad, 7 November 2010

Hot & Spicy Macaroni

     For breakfast today i make are Hot & Spicy Macaroni.Sekali sekala makan makanan Italy untuk breakfast okey gak lah, ermmm but tetap sedap gak makanan melayu coz kita kan tekak org melayu, bukan nye org putih what ever breakfast for today ok & Delicious + yummy..
     This is my 1st time make are macaroni because before this i only make are spaghetti.I'm very happy because my husband like it's my cook..cehhh cakap  English plak eeee cakap bahasa melayu sudah..
     Baik mari kita lihat macam mana persediaan membuat Hot & Spicy Macaroni..


Bahan-bahan:
  • Macaroni
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cendawan butang
  • Mixed vegetable
  • Kobis
  • Cili boh
  • Cili Bengala (merah+kuning+hijau)
  • Daging kisar
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Lada hitam
  • Lada putih
  • Minyak
Cara-cara:
  1. Rebuskan macaroni dan letakkan sedikit minyak & garam supaya macaroni tidak melekat kemudian ditoskan.
  2. Masukkan minyak lalu ditumiskan bawang merah & bawang putih yg telah ditumbuk.
  3. Bila bawang dah kekuningan masukkan cili boh dan kacau sehingga cili masak.
  4. Lalu dimasukkan daging kisar kacau sehingga daging masak.
  5. Seterusnya masukkan mixed vegetable,kobis,cendawan butang & cili bangala.Kacaukan semua bahan tadi supaya serasi.
  6. Setelah itu masukkan pula sos cili,sos tiram,garam,ajinamoto,lada hitam dan lada putih.
  7. Seterusnya masukkan macaroni dan sedikit air untuk digaulkan.Gaulkan sehingga sebati.
  8. Akhir sekali tutup api dan hidangkan macaroni didalam mangkuk.Kemudian makan lah apa tunggu lagi.YUM YUM YUMmm...







     Oh no it's very spicy so minum lah air yea..sebenar nya mai dah buat air teh o panas, sudah nya jadi plak air teh o ais. Mai  mana tahan pedas so letak lah ais..Air teh o ais ni tak payah lah ajar senang je buat kan letak teh uncang,gula,air & ais kiub.Senang bukan..Okey lah selamat mencuba...