Memaparkan catatan dengan label Info KesihataN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info KesihataN. Papar semua catatan

Selasa, 28 Ogos 2012

Pelihara Mata Daripada Radiasi

Tahukah kamu bahawa pengaruh komputer dan sinar radiasi yang dipancarkan oleh skrin monitaor dapat mengganggu kesihatan mata?Jangan ambil mudah tentang perkara ini kerana kamu perlu menjaga pancaindera yang paling utama ini saat bekerja dihadapan skrin.

KEKALKAN JARAK
Berikan lebih perhatian terhadap jarak yang diperuntukkan antara mata dan skrin komputer.Penggunaan dalam jangka masa yang lama ditambah pula dengan kesan sampingan yang lain bakal membantutkan semangat bekerja.Usah terlalu dekat dengan skrin monitor,namun seelok-eloknya duduklah dalam keadaan bekerja secara ideal iaitu 75 sentimeter jarak minima dengan mata.

PENCAHAYAAN
Ambil kira jumlah pencahayaan yang diperlukan  bagi menerangi cahaya sesebuah bilik.Jangan bekerja dalan ruangan yang terlalu terang kerana ia boleh menyilaukan mata.Selain itu,elakkan bekerja dalam ruangan yang terlalu gelap atau redup ekoran ia akan memenatkan mata sekiranya kamu bekerja terlalu keras.

PENAPIS SKRIN MONITOR
Langkah bijak bagi membenteras sinar radisasi daripada terus 'merebak' adalah dengan menggunakan menapis skrin monitor.Penapis ini berupaya mengurangkan silau lantas membantu mata kamu untuk melihat dengan lebih jelas tanpa sebarang gangguan.

ALIH PANDANGAN
Apabila penglihatan terlalu tertumpu pada jarak dekat dalam kadar yang terlalu lama,kamu seharusnya mengaihkan pandangan ke arah yang jauh setiap 30 minit.Selain meringankan bebanan mata,kamu juga akan mengurangkan tekanan pada leher serta beberapa anggota tubuh lain.

FONT & ZOOM
Mengubah suai cara kamu bekerja.Sebagai contoh,bagi kamu yang sering menggunaan perisian Microsoft Office seperti Word,Powerpoint atau Excel,bekerjalah dengan font yang cukup besar atau guna zoom supaya kamu nampak tulisan pada skrin monitar dengan lebih jelas.Tidak perlulah kamu memaksa mata kamu untuk membaca tulisan yang kecil.

ISTIREHAT MATA
Apa salahnya istirehatkan deria melihat kamu buat seketika.Terdapat pelbagai cara untuk kamu merehatkan mata.Pejam mahupun kedip seketika dapat menjadikan mata kamu sentiasa lembap dan tidak kering.Senaman ringan ini bertujuan untuk membuang stres yang tertumpu pada pancaindera utama ini.

AKSESORI MATA
Periksa kaca mata atau kanta lekap yang dipakai selang seketika.Sekiranya kamu tidak perasan bahawa kuasa(power) yang disarungkan bersama kelongsongnya sudah  berubah maka kamu secara tidak langsung akan memaksa mata bekerja lebih kuat daripada biasa untuk melihat.

sumber:majalah remaja 15 JUN 2012 bil 620

Selasa, 31 Julai 2012

Tips untuk puasa yang lebih sihat

Berpuasa untuk sihat
  • Jangan tinggalkan sahur.
  • Jangan lengahkan berbuka.
  • Hadkan pengambilan kuih-muih yang manis dan sebaiknya makan makanan berat lepas solat maghrib.
  • Selepas solat Tarawih makan sedikit, seperti biskut.
  • Ketika sahur dan berbuka pastikan ada sayur.
  • Lebihkan buah-buahan.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan goreng.
  • Hadkan juga pengambilan garam untuk mengurangkan risiko tubuh kering.
  • Pastikan minum air kosong 8 gelas sehari secukupnya.
Setelah bekerja selama 11 bulan,adalah baiknya perut direhatkan dengan berpuasa.

Ahad, 22 Julai 2012

Menarik Tentang Kurma

Hidangan berbuka paling popular 




Kurma ialah buahan manis lagi berkhasiat

INFO
1. Mengandungi khasiat mineral,vitamin dan serat
2. Buat manis yang tidak menyebabkan paras gula dalam darah naik
3. Kandungan zat gula yang ada di dalam kurma mudah dan cepat diserat

Kurma @ nama saintifiknya PHONEX DACTYLIFERA dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kurma segar dan kurma kering.

Kurma paling mahal adalah kurma AJWA @ kurma Nabi.Ia digelar demikian kerana Nabi Muhammad SAW suka makan kurma berkenaan.

Sabtu, 26 Mei 2012

Nak tahu tarikh Period korang bulan hadapan????

Memanglah semua perempuan tau kitaran period akan berlaku selepas 28 hari dr ari pertama datang period, ada 1 teknik pengiraan yg senang utk kita buat preparation kedatangan period bulan seterusnya...Tapiiiii sebelum tue korang kena lah ingat tarikh ari pertama kedatangan period korang,klu tak ingat mcm mana nak cuba..

Inilah kaedahnye

                                          klik image

Selain dr korang dapat tahu tarikh period korang, kat situ juga ada tunjukkan tairkh @  waktu korang subur.Ini sesuai bagi yg dah berkahwin utk tujuan perancangan,kot2 lah ada yg merancang nak tambah anak @ tidak.. 

Bukan tue saje utk ibu2 yg pregnant ibu2 boleh lah lihat americanpregnancy.org utk mengira usia kandungan dan due date kelahiran baby

Misal kata bila korang dah try buat tiba2 bulan berikutnye tak kena,@ tak sama tarikhnye jgn nak salahkan aku plak yea...nie kan hanya ramalan je...tue semuakan kerja Allah...

K lah itu saje nak disharekan,selamat mencuba...


Sabtu, 25 Februari 2012

Tips Penjagaan Gigi

 Terdapat banyak kaedah berkesan bagi pemutihan gigi disediakan di klinik-klinik,tetapi pastinya harga yang ditawarkan adalah sangat mahal.Berikut adalah beberapa langkah yang korang boleh ambil di rumah untuk memutihkan gigi secara semulajadi tanpa mengeluarkan wang.

Bahan yang perlu korang ada:
  • Straw minuman
  • Berus gigi yg elok
  • Jus lemon
  • salt
  • Baking soda
  • Hydrogen peroxide
  • Strawberi   
   
     Langkah 1:
     Hadkan pemgambilan yang boleh meninggalkan degil warna pd gigi seperti kopi,teh susu,minuman bergas yang berwarna dan minuman alkohol.Jika korang tidak boleh berpisah dengan minuman kegemaran korang tue,gunakanlah straw ketika minum untuk mengurangkan sentuhan antara minuman dgn gigi.

     Langkah 2:
     Berus gigi korang dgn segera selepas makan,lebih-lebih lagi jika makan makanan yg meninggalkan kesan warna yg degil spt buah beri.

     Langkah3:
     Gosok buah strawberi yg mentah pd gigi korang ingat bukan jem strawberi yea,jem strawberi hanyalah utk disapukan pd roti je.Terdapat 1 enzim pd strawberi yg mampu bertindak sebagai agen pemutihan.berkumuh selepas korang dpt rasakan gula semulajadi dan asid pd strawberi sudah dikeluakan oleh strawberi pd gigi.

     Langkah 4: 
     Makan makanan yg ranggup yg memerlukan byk kunyahan seperti lobak,daun saderi,brokoli dan epal keranan makan seumpama ini membantu dlm membuang plak yg terkumpul di celahan gigi.


     Langkah 5:
     Celup berus gigi di dalam soda bikarbonat sebelum memberus gigi.Hasilnya cukup memuaskan walaupun rasa tidak sesedap yg dirasa.


     Langkah 6:
     Campurkan jus lemon dan garam dan kacau sehingga ia jadi seperti pes.Berus gigi korang dgn pes tersebut dan bilas.Sekali lagi,rasanya tidak menyenangkan.

     Langkah 7:
     Gunakan hidrogen peroksida utk memberus gigi korang.Celup berus gigikorang ke dalam kuantiti kecil peroksida dan berus seperti yang korang lakukan dgn ubat gigi biasa.Hati-hati agar tidak tertelan.Kumuh dgn air.

Tip tambahan:
     1. Beli ubat gigi yg mengandungi agen pemutihan berasaskan alam semula jadi.
     2. Berus gigu setiap kali selepas makan dan kerap floss gigi adalah langkah pertama utk senyuman yg berseri.

Terpulang kat korang sama ada nak guna pakai tips ini atau tidak..Tepuk dada tanya selera..  

Senyuman yg cantik terserlah bila barisan gigi anda cantik....
                

Sabtu, 19 November 2011

10 Tips : Atasi Kulit Bahagian Bawah Lengan Gelap


  1. Sediakan buah lemon dan timun,kemudian perah buah lemon dan ambil airnya.Potong timun nipis-nipis kemudian dicampurkan dengan perahan air lemon yang sedia ada.Kacau hingga rata.Tambahkan sedikit hirisan kunyit kedalamnya.Setelah bahan-bahan tersebut bercampur,sapukan pada bahagian bawah lengan kamu selama 20 minit dan kemudian bersihkan ia dengan air suam.
  2. Setiap kali selesai mandi,gosokkan pada bahagian bawah lengan kamu dengan campuran air kapur sirih dan perahan limau nipis.Lakukanlah secara rutin.
  3. Gunakan deodoran yang mengandungi asam 'linolenant' dari minyak biji bunga matahari untuk mengurangkan warna  hitam pada bahagian bawah lengan.
  4. Gosokan bahagian bawah lengan kamu dengan pelulur badan atau lulur yang mengandungi buah pemutih kulit,agar hasil lebih maksimum.
  5. Pastikan kamu membersihkan sisa-sisa deodoran atau bedak yang masih terlekat pada bahagian bawah lengan kamu setiap kali mandi. 
  6. Selesai mandi,keringkan badan kamu menggunakan tuala yang lembut pada bahagian bawah lengan.Jangan terlalu kasar mengosok bahagian tersebut.Ini kerana ia akan merosakkan lapisan kulit dan membuat kulit bahagian bawah lengan dalam keadaan tertekan.Hal itu akan merangsang keluarnya peluh yang berlebihan dan kemudian berubah warna.
  7. Adalah lebih baik jika sekali sekala kamu mengeringkan bahagian bawah lengan dengan dianginkan sahaja tanpa harus menggosokkannya dengan tuala.Berbaringlah dengan possisi terlentang dan membuka bahagian lengan sehingga ia kering.
  8. Setelah kering,pakailah deodoran 'antiperspirant' pada bahagian bawah lengan kamu.
  9. Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat,terutama di bahagian bawah lengan kerana akan merangsang peluh untuk keluar dan akhirnya ia akan berubah gelap.
  10. Ketika mencukur bulu bahagian bawah lengan,berhati-hatilah.Jangan sampai mencederakan kulit di bahagian tersebut.Ini juga boleh menjadi salah satu punca bahagian bawah lengan berubah gelap kesan dari bekas luka di kulit.Selain itu,segeralah memakai deodoran untuk kulit sensitif selepas selesai bercukur.

Rabu, 5 Oktober 2011

Amalkan Meminum Air


 Menurut kajian,air merupakan komponen terbesar di dalam semua makhluk hidup.Dalam tubuh manusia sendiri terdapat 70% air.Kekurangan air di dalam tubuh boleh mengganggu kesihatan tubuh,malah banyak penyakit berlaku disebabkan kekurangan air dan pengambilan air yang tercemar.Oleh itu,pengambilan air secara teratur amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan.

 Air putih contohnya,sering diabaikan oleh orang ramai terutama sekali ketika bangun daripada tidur.Amalan minum air sebaik bangun dari tidur amat bermanfaat untuk kesihatan.Sebenarnya,sepanjang kita tidur di antara 6 - 8 jam setiap malam,kita tidak minum air sehingga menyebabkan tubuh kekurangan air.

 Sepanjang tempoh tidur,tubuh akan mengeluarkan banyak cairan melalui pengewapan.Ini kerana,tubuh tidak berhenti bekerja biarpun kita tidur.Metabolisme sel tubuhlah yang membantunya.

 Sebab itu,kita akan berasa dahaga apabila setiap kali bangun dari tidur.Keadaan ini perlu dipulihkan segera dengan meminum air sebanyak 250 ml - 500 ml air,bergantung kepada berat badan seseorang,agar tubuh akan kembali segar semula.

 Jika kita tidak meminum air setelah bangun tidur,tubuh akan kekurangan mineral.Untuk permulaan,minum segelas air putih setelah bangun daripada tidur akan membantu tubuh.Air yang terdapat di dalam tubuh kita digunakan oleh organ-organ tubuh yang tidak pernah berhenti bekerja termasuklah otak,jantung,dan ginjal.Oleh itu,kita disarankan minum air.

 Selain itu,bukan hanya ketika bangun tidur kita perlu minum air,tetapi sebelum tidur juga kita disarankan untuk minum air.Tidak perlu terlalu banyak kerana minum air berlebihan sebelum tidur akan membuatkan kita sering terjaga malam untuk membuang air kecil,seterusnya mengganggu kualiti tidur anda.Malah,ia juga boleh memudaratkan fungsi jantung dan ginjal.

"Air bukan hanya untuk menghilangkan dahaga tetapi amat perlu bagi membantu pertumbuhan semuka sel,membantu mengeluarkan toksik daripada tubuh dan membantu dalam proses metabolisme tubuh".

Selasa, 4 Oktober 2011

Hilang Deria Bau Tanda Awal Nyanyuk

 Kehilangan deria bau mungkin menjadi tanda-tanada awal penyakit nyanyuk.Kajian terbaru menunjukkansejenis protein luar biasa-amyloid precursor protein (APP)-yang sebelum ini dikaitkan dengan penyakit alzheimer mungkin menjadi puncanya.

 Kajian terhadap tikus mendapati haiwan yang secra genetiknya menghasilkan paras APP yang tinggi mengalami kadar kematian sel saraf di hidungberbanding tikus biasa.

 Para penyelidik berkata,penemuan itu mungkin dapat menjelaskan mengapa individuyang sakit berterusan kerap kehilangan deria bau walaupun penyakit tersebut masih diperingkat awal.

 Mereka berkata,penemuan baru itu mungkin dapat membantu mengesan alzheimer lebih awal.

"Penurunan deria abu dan kesukaran untuk membezakan bau adalah antara sipmptom awal alzheimer dan ini boleh menjadi petunjuk bagi pengesan alzheimerlebih awal,"kata ketua penyelidik,Leonardo Belluscio dari Institut Neurologi dan Strok Kebangsaan Amerika Syarikat.

 APP telah dikesan dalam sel saraf hidung sebilangan individu yang menghidap alzheimer peringkat awal.Kajian yang diterbitkan pada 28 September dalam Journal of Neuroscience,juga mendapati sel yang mati di hidung tidak mengandungi amyloid plak,yang dikeluarkan daripada APP.

 Plak dipercayai menyumbang kepada kematian sel saraf di otak bagi pesakit alzheimer yang menyebabkan hilang ingatan.Para penyelidikan menyebut hasil penemuan itu kemungkinan APP itu sendiri yang bertanggungjawab terhadap kematian sel saraf.

Selasa, 3 Mei 2011

...Brands vs HiGoat...



2 produk nie mai makan untuk jaga kesihatan tubuh badan sama ada dalaman @ luaran.InnerShine nie dah masuk 3 kotak,mai hanya makan sebotol seminggu pada setiap isnin.Nape sebotol setiap minggu coz 1 kotak nie ada 6 biji botol kecil, mengikut calander setiap bulan kan ada 5 minggu so jimatlah takkan tiap2 minggu nak beli je kopak lah duit aku..

Manakala susu HiGoat nie pula baru masuk 2 kotak.Ha nie ikut suka mai je bila nak minum biasalah org susah nak minum susu lah katakan,tapi alhamdulillah susu kambing nie mai boleh minum rasanye tak terasa susu sangat kiranye tak muaklah nak munum dan meloyakan. Oh ya sekotak nie ada ada 15 paket kecil.

Kat bawah nie mai ada sharekan kebaikan 2 produk nie


--------------------------------------------- ll --------------------------------------------

InnerShine Pati Beri


* Untuk mata cantik berseri
* Segarkan mata anda setiap hari dengan InnerShine Pati Beri
* Kebaikan semula jadinya pasti menyerikan lagi hari anda !

Brands InnerShine Pati Beri mengandungi 7 jenis beri-Blueberry,Strawberry,Elderberry,Acai Berry,Blackcurrant Cranberry dan Chokeberry yang dipilih khas daripada Eropah dan Amerika.Produk ini tinggi dengan Vitamin A,C,E dan Zink serta tidak mengandungi bahan pengawet.Vitamin A adalah penting untuk mata dan Vitamin E pula penting untuk perlindungan sel-sel tubuh termasuk sel-sel mata daripada pengoksidaan.


--------------------------------------------- ll --------------------------------------------

 HiGoat



Baik pada mereka yang alah pada susu lembu.Kaya dengan protein,enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan.Menolong mencegah kanser,merawat gastrik,ulser perut,penyakit kuning,asma (lelah),susah tidur,penyakit kulit,hepatitis A,migran dan buah pinggang.Menguatkan sistem imunisi paru-paru juga bersifat anti-athritis (inflamasi sendi).Mengimbangkan kandungan gula dalam darah dan meningkatkan daya kepekaan dan tumpuan.