aku guna perencah rendang keluaran adabi tapi aku tambah lagi bawang,halia,serai dan daun limau purut..
Memaparkan catatan dengan label RendanG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RendanG. Papar semua catatan
Ahad, 24 Februari 2013
Rendang Daging
Hidangan makanan tengah hari utk hero kesayangan...Rendang Daging..Alhamdulillah menjadi gak aku buat rendang daging nie..dimakan bersama nasi panas...(bukan nasi impit mahupun ketupat yea raya lambat lagi kan)
Selasa, 9 Ogos 2011
Rendang Ayam Cili Api
Rendang Ayam Cili Api nie mai buat ahad lepas dan dibawa ke rumah MIL utk berbuka pose beramai2 dgn family hubby.Sebelum mai melalut cite yg bukan2 mai nak ucapkan tima kasih dan tabik spring pada Rose coz sudi sharekan resepi nie pd mai.Rose resepi kamu nie memang sedap dan mudah nak dibuat.Ko nak tau rose bila dah masak rendang nie hubby mai tak sabar2 nak makan,siap mai yg tenangkan dia kata kan pose sabar lah sikit kang dah buka makan lah sepuas2nye....
Selain dr rendang nie mai ada juga bawa pulut kuning(lembek sikit tak jadilah yg rose ajar) dan agar2 laici.Seronok berbuka pose kat rumah MIL,mcm2 makanan ada yg MIL masak dan adik ipar hubby beli sampaikan penuh meja, sudahnye kena bawa semua makan turun ke bawah dan kami semua makan bersila je.Mai happy sgt semua yg mai bawa habis dimakan di rumah MIL pada mulanye risau gak klu makanan mai tak disentuh @ pun tak sedap yelah dah lah buat penat2 sekali tak habis mesti lah hati nie hampakan but Alhamdulillah seperti mai kata td HABIS!!! senyum lebar lah mai.Korang nak dgr mai membebel lg tak?? penatlah nak membebel pose2 nie,jom salin resepi yg simple nie tue pun klu korang rasa bekenan nak cuba masak..
Bahan-bahan:
- Ayam
- 1/2 biji santan kelapa
- Serai
- Air
- Garam
- Asam Keping
- Daun kunyit (dihiris halus)
- Minyak masak
Bahan kisar
- 8 biji bawang merah
- 15-20 biji cili api (klu nak pedas masukkan banyak)
- Cili masak
- Kunyit
Cara memasak
- Panaskan minyak,tumiskan bahan kisar dan masukkan serai dan kacau sehingga masak.
- Masukkan ayam dan biarkan ayam empuk dan sebati dgn bahan tumisan.
- Kemudian masukkan santan dan asam keping klu kuah pekat masukkan air sedikit.Tutupkan periuk,sekali sekala kacaukan masakan supaya tidak hangit.
- Bila masakan dah hampir masak @ keluar minyak masukkan daun kunyit dan kacaukan dlm beberape minit.
- Lepas tue apa lagi oh ya terlupa nak masuk garam sila masukkan garam yea.Kacau lg seketika supaya garam tue hancur dan sebati dgn masakan lepas tue tutup api.
Ok lah kawan2 mai cau dulu, seperti biasa
SeLaMaT MeNcUbA
(^__^)
Label:
RendanG
Rabu, 3 November 2010
Rendang Sotong Sumbat Telur
My name is sam,ingat tak cite 2+1 yg Imuda berlakon tu watak nya lembut2 macam sotong...Malam ni mai masak rendang sotong sumbat telur, sedap nye..Sotong nye besar2 mai beli semalam kat Giant Kinrara. Masa kat Giant lah nampak sotong,terus cakap dgn hubby nak beli sotong lah, besok blh lah ayg masakan utk hubby, tak payah lah beli makanan kat pasar malam Kg.Malaysia.Hubby pun kata ok apa lg ambil plastik terus ambil sotong yg besar2..So mai mula masak lepas maghrib, sian hubby lapor betul dia arini asyik meeting2 je.Jangan kata napa tak masak petang,oh no way petang nak tgk cite TV3 6.30 Chinta,tak blh miss tgk nanti tak paham bila tgk episod lain ..Ok mari tgk resepi menu sotong ni..Oh ya yg penting hubby kata sedap siap makan bertambah2...terasa dihargai..
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 3 ekor sotong
- 1/2 cawan santan
- kerisik
- Air asam jawa
- Garam
- Gula
- Daun limau purut
- Daun kunyit
- 1 biji bawang besar
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 2 inci halia
- 3 batang serai
- 2 inci lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- Cili boh
- 2 biji telur
- 1/2 bawang besar yg dicincang
- Lada sulah
- Garam
- ***Masakkan biar berketul2 supaya mudah untuk disumbat ke dalam perut sotong
- Bersihkan sotong dan keluarkan semua isi perutya.Direbus sekadar untuk mengentalkan kulitnya.Sumbat dengan inti telur.
- Tumiskan semua bahan kisar hingga betul2 masak dan naik minyak.
- Masukkan asam jawa dan santan.Kacau sehingga santan sebati dgn tumisan.
- Bila tumisan hampir kering masukkan kerisik,garam dan gula.kacau seketika.
- Kemudian masukkan sotong dan kacau rata.
- Masukkan daun limau purut dan daun kunyit.Kacaukan seketika dan angkat.
- Siap dihidang dan boleh makan.
ini adalah proses untuk memasukkan inti telur ke dalam perut sotong. INGAT rebus dulu baru sumbatkan inti telur.
3 ekor sotong yg dah siap hanya tunggu nak dimasak je
Jeng..jenggg...Ni lah hasilnya..Selamat mencuba yea..
Label:
RendanG
Langgan:
Catatan
(
Atom
)





