MEREKA bertanya kepadamu (wahai Muhammad) apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan meka berikanlah kepada ibu bapa,dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.Dan (Ingatlah),apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan,maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).(a-Baqarah:215)
Ayat ini menjelaskan satu pertanyaan mengenai apa yang harus dibelanjakan (didermakan,sedekah) dengan harta yang halal dan kepada siapa yang harus diterima sedekahnya itu.Tetapi jawapan Allah lengkap dengan meletakkan derma dan sedekah itu tidak terseleweng daripada sasaran yang ditetapkan iaitu yang utama kepada ibu bapa,keluarga dan kaum kerabat seterusnya anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta orang-orang musafir ke jalan Allah.Sekiranya wang dan harta yang dibelnjakan menyeleweng ke jalan yang salah,perbuatan yang dilakukan adalah sia-sia dan tidak manfaat daripada apa yang dilakukan.
Kesimpulan
Bersedekahlah daripada harta yang halal kepada orang yang terdekat di kalangan kamu iaitu ibu bapa dan kaum keluarga seterusnya anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta musafir ke jalan Allah.
Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan