- Memperbanyakkan takbir dan puji-pujian kepada Allah swt pada 1 syawal mulai waktu maghrib hinggalah selesai khutbah hari raya
- Mandi pada pagi hari raya sebelum pergi menunaikan solat hari raya:
- Memakai pakaian yang paling baik,bersih,cantik dan berwangi-wangian, tetapi tidak berlebih-lebihan bagi wanita
- Menjamah sedikit juadah makanan sebelum menunaikan solat hari raya sekurang-kurangnya beberapa biji kurma atau air
- Berjalan kaki untuk menunaikan solat hari raya jika tidak menimbulkan kesulitan dengan menggunakan jalan yang berbeza semasa pergi dan balik
- Keluar beramai-ramai ke tempat solat hari raya,sama ada tua atau muda, yang berkahwin atau belum berkahwin, wanita yang suci atau dalam haid untuk sama-sama bertakbir, solat, mendengar khutbah dan berdoa
- Segera menunaikan zakat fitrah sebelum menunaikan solat hari raya
- Menunaikan solat hari raya dua rakaat secara berjemaah, terutama di kawasan lapang jika di sediakan
- Mendengar dua khutbah selepas menunaikan solat hari raya
- Ziarah menziarahi, bersalam-salaman, bermaafan serta melahirkan kegembiraan bersama keluarga, kawan dan jiran dengan pelbagai aktiviti kemeriahan yang bersesuaian dengan syariat
- Memberi ucapan selamat sesama muslim, terutama melalui lafaz 'taqabbalullah minna waminka' (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)
- Berpuasa sunat enam hari pada bulan syawal kerana ganjarannya sangat besar seperti sabda Rasullulah Saw : "sesiapa yang berpuasa ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari pada bulan syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun. (riwayat muslim)
Khamis, 25 Ogos 2011
Sambut Syawal Dengan
Kita seharusnya melakukan sambutan kemenangan bermula detik Syawal dengan amalan-amalan sunnah.Antaranya seperti berikut:
Label:
ISLAM itu INDAH
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan