Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mei 2013

Ikan Bilis Masak Kicap

Kononnye semalam nak masak nasi goreng je tapi perut nie dah berbunyi-bunyi irama keroncong tukar fikiran masak Ikan Bilis Masak Kicap.Senang sangat nak buat hanya masuk-masuk kan saje dalam kuali tak sampai 15 minit pun nak dimasak.Dimakan dengan nasi panas dan dengan telur dadar terangkat selera makan.

Sekali sekala masak lauk ringkas-ringkas OK gak.



Bahan-bahannya:
2 genggam ikan bilis dibelah dua.
5 batang cili api dipotong 2 .
1 biji bawang besar di hiris bulat 
2 biji kentang dipotong dadu.***rebus dulu utk cepat lembut
Kicap manis secukupnya.
Secubit garam untuk perasa.
Minyak secukupnya.


Cara-caranya:
Ikan bilis di goreng garing.
Masukkan kentang,bawang besar dan cili api..
Bila bawang dah layu masukkan kicap manis dan gaul rata.
Taburkan garam sebagai perasa.
Jika nak berair masukkan sedikit air.
Sedia untuk di hidang.

Selasa, 29 Januari 2013

Resepi Ikan Siakap Stim



bahan-bahan
  • ikan siakap
  • 2 labu bawang besar di hiris kasar2
  • 2 ulas bawang putih di hiris kasar2
  • 1 biji cili merah di hiris kasar2
  • 1 biji cili hijau di hiris kasar
  • 1 biji tomato di belah2 
  •  5 biji cili api di hiris2
  •  3cm Halia di hiris kasar
  • 1 batang serai di ketuk/di titik
  •  5-6 biji limau kasturi di ambik jus nya sahaja
  •  garam
  •  2 cawan air @ secukupnya
  • minyak

Cara2nya 

  1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang,serai dan halia.Kacau sampai layu.
  2. Seterusnya masukkan pula 2 cawan air dan cili merah cili hijau cili api,kacau dan biarkan seketika.
  3. Selepas itu masukkan si ikan siakap dan tuangkan jus limau kasturi.
  4. Sekali sekala terbalikkan si ikan siakap supaya tidak sebelah badan saje masak dan masukkan garam.
  5. Bila ikan dah masak masukkan tomato dan tutup api dapur.Sedia utk dihidang

Sabtu, 26 Januari 2013

Ikan Siakap Stim

Hari ini makan ikan siakap stim.Aku masak untuk makan tengah hari kami berdua.Sila jangan terkejut ikan siakap nie telah pun habis dimakan.Tak payah makan 2 kali sekali makan je.

Resepi Siakap Stim nie akan aku up kan kemudian yea.Sekarang masa nak berehat depan TV.



Selasa, 13 November 2012

Hari ini makan Ikan Siakap Bakar

Ikan Siakap Nie sedang dibakar dalam oven..Tak sabar aku tunggu ikan siakap nie masak,perut dah berbunyi-bunyi..

Sabtu, 20 Ogos 2011

Kari Ikan Kembung

Jom kita salin dulu resepi yg pertama...


Bahan-bahan:
  • Minyak masak
  • 4 halba sekawan-Kulit kayu manis,Ketumbar,Jintan manis & Bunga lawang #
  • 3 tangkai Daun Kari #
  • 1 biji bawang besar (dihiris) #
  • 4 biji bawang putih (dihiris) #
  • 1 paket serbuk kari ikan Adabi *
  • 4 bawang merah (ditumbuk) *
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan asam jawa (dilarutkan dgn 1/2 cawan air)
  • 3 ekor ikan kembung
  • 1/2 biji santan pekat
  • Garam
  • Sayur bendi (dipotong 2)
  • 2 biji terung (dipotong serong)
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 tangkai cili merah
>>>>> satukan & bancuhkan yg bertanda * dgn 1/2 cawan air utk dijadikan pes

Cara memasak
  1. Panaskan minyak masak,tumiskan yg bertanda # hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bancuhan pes td,tumis selama 10 minit @ sehingga pecah minyak dgn menggunakan api kecil.
  3. Kemudian masukkan air,larutkan air asam jawa,kentang dan ikan.Biarkan masak selama 10-15 minit menggunakan api sederhana besar sehingga mendidih.
  4. Kecilkan api,masukkan santan  dann garam secukup rasa.
  5. Biarkan masak selama 10 minit dan masukkan pula sayur bendi,terung dan cili merah.Tutupkan periuk seketika.Sekali sekala kacau kuah agar santan tak berketul ketul.
  6. Bila semuanye dah masak boleh dihidangkan.

SeLaMaT MeNcUbA

^__^

Khamis, 23 Disember 2010

Ikan Sepat Goreng Gareng2

          Di mulakan dgn assalammualaikum....Ada tak yg menunggu mai up date blog,ade ke???? Malas nak cite panjang2 lah tak berape sihat nie, demam balik dr bercuti (ingat tak sblm nie mai ada bg tau,but N3 nye nanti di up date sama ada jumaat @ sabtu.sabar yea..)

Okey N3 arinie mai nak kongsikan Ikan Sepat goreng Gareng2 yg mai goreng utk makan mlm nie..walahh mkn cam keropok je tau..ikan nie dr rumah kak Ct yg kat Kg Parit 2,Bukit Merah,Perak..Tue dah bg hint sikit kat mana mai bercuti..ala kantoi lah plak..Hehehehe..Seronok tau pi kg kak Ct blh tangkap ikan,tgk suasana kg ada sawah padi..Ehhh melalut plak kan dah bg tau td nanti cite...Ishhh ishhh ishhhh..
Nie gmbr ikan sepat yg digoreng... 
sekali makan je dah habis,ikan nie kecik2 je..tu yg cakap mcm makan keropok..

Jom tgk sikit gambar yg sempat mai snap kan masa disana...





nie lah kak Ct, awat tutup mata kak Ct ooiiii...Siap pakai tudung nak rasa dok kat kg..hehehehee


mai bersama anak kak Ct..Baju oren Honey,sebelah mai Ain

yg siang kan ikan tue Atirah nama nye..pandai dia harap mai tak siang lah...

nie lah ikan sepat kecik2 je... 

Okey nanti mai up date lg yea,gambar yg lain2..TUNGGU.....




Khamis, 16 Disember 2010

Ikan Siakap Masak 3 Rasa & Sayur Bendi Goreng Berlada

Menu for dinner tonight is Ikan Siakap Masak 3 Rasa & Sayur Bendi Goreng Berlada..Amacam rasa2 cam sedap tak menunye.Memang sedap tau (apa yg mai masak semua nak cakap sedap,yelah nanti tak de plak org nak cuba).Ikan siakap tu hubby dapat free budak opis nye yg bagi, 2 ekor tau.Arini mai masak sekor je dulu nak test resepi masak 3 rasa.Besar betul ikan nye,cukup kenyang buat kami ber2.Jom layan dulu resepi yg pertama..


Ikan Siakap Masak 3 Rasa

                                

Bahan A
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu makan tepung jagung (bagi menyalut ikan)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawangputih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • Minyak

Bahan B - Untuk sos
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan air
  • 1 sudu teh gula

Bahan C - Sebagai Hiasan
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)

Cara Memasak
  1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
  2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan.Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
  4. masukkan bahan sos dan biarkan mendidih.Kacau rata.
  5. masukkan bahan hirisan dan tutup api.
  6. Curahkan kuah sos di atas ikan.

Menu ke2 plak Sayur Bendi Goreng Berlada senang je nak wat nie x memerlukan masa yg lama.

Sayur Bendi Goreng Berlada


          


Bahan A
  • 300 gram sayur bendi
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 sudu makan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B - tumbuk/dikisar
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara Memasak
  1. Bendi dibasuh dan dipotong serong
  2. Panaskan minyak,kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar dan udang kering sehingga wangi.
  3. Masukkan bendi,air dan garam.kacau rata dan tutup kuali.
  4. Rasakan garam.Apabila bendi sudah sedikit lembut,tutupkan api.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Minuman plak disediakan oleh hubby mai..Hehehe kena paksa buat,coz takut tak sempat nak wat nanti..But manis sikit,plz hubby kurangkan gula ayg takut kena kencing madu manis.

                                 

Alhamdulillah kenyang kami,arini last masak for this week lah coz besok nak pi bercuti.Nak pi bercuti sambil sambut birthday hubby.Kat mana tunggu nanti mai up date bolg..Hehehe..Doakan perjalanan kami selamat yea..Harap percutian ni kami gembira..


Sabtu, 9 Oktober 2010

coretan pertama -Asam Rebus

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan

hurey dah ada blog sendiri...asyik2 tengok blog orang je kan finally ada gak akhirnya..peh seksa gak lah nak wat blog ni,nak edit itu ini..internet plak slow,huhuhu..sabar je lah...


okey lah nak share masakan yang saya wat arini..erm simple je mcm lauk org malas..Resepi ini di minta dari mama tersayang.
Ni lah Asam Rebus
Bahan-bahannya:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Udang kering
  • Cili masak
  • Daun kunyit
  • Asam keping
  • Kunyit hidup / serbuk kunyit 
  • Air
  • Sayur bendi
  • Ikan sela kuning
  • Garam
  • Ajinamoto
Cara membuatnya
  1. Tumbukkan bawang merah,bawang putih,udang kering,cili masak dan kunyit hidup.
  2. Masukkan air,asam keping dan bahan yg ditumbuk tadi ke dlm periuk.
  3. Tunggu hampir mendidih, kemudian masukkan sayur bendi.
  4. Kecilkan api dan masukkan ikan.kacau pelahan-lahan jangan sampai ikan pecah isi nya.
  5. Akhir sekali masukkan garam & ajinamoto.
  6. Siap untuk dihidang.