Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan

Selasa, 14 Mei 2013

Sayur Buncis campur Fish Cake

Campurkan saje sayur buncis dengan fish cake..
bosan asyik-asyik campur dengan udang je kali nie buat lain lah.



Fish cake hanya guna 2 keping je lepas tue potong serong-serong.Sayur buncis dalam secekak tangan je dan dibelah 2 dan di potong serong-serong gak.
Ngam-ngam dapat semangkuk.


Ahad, 27 Januari 2013

Semangkuk Sayur Kangkung

Sayur yang paling sikit bila sudah dimasak ialah sayur kangkung.Beli berikat-berikat banyak bila masak semangkuk je dapat.

Hari ini aku masak lauk yang simple je so tak de lah gambar lauk yang aku nak up kan kat N3 arinie.Maka aku up kan sayur kangkung yang aku masak semalam yang dimakan bersama Ikan Siakap Stim.Konon nak masak kangkung goreng belacan tapi aku terlupa nak bubuh belacan plak.

Nasib hubby tak tanya nape tak bubuh belacan.

Ahad, 31 Julai 2011

Kacang Panjang Goreng



Bahan A
  • Kacang panjang (dipotong pendek)
  • 1 batang lobak merak (dipotong pendek)
  • Udang (dibuang kulit)
  • 2 keping tauhu (dipotong kecil)
  • Sedikit air
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Bagi Menumis)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 biji cili merah (mai tak masukkan lupa beli cili masak)


Cara Membuat
  1. Gorengkan dulu tauhu separuh garing.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis beserta udang sehingga wangi.
  3. Masukkan lobak merah,kacang panjang dan air,kemudian kacau rata.
  4. Kemudian masukkan tauhu yg digoreng td dan rasakan dgn garam.
  5. Kacau dan biarkan selama beberapa minit,kemudian matikan api.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

-SeLaMaT MeNcUbA-

Sabtu, 2 Julai 2011

Tauge Goreng Cili Api


Bahan
  • Tauge kepala besar
  • 2 keping tauhu (dipotong dadu)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu teh udang kering (ditumbuk)
  • 1 tangkai cili api merah (dihiris)
  • 1 tangkai cili api hijau (dihiris)
  • Air
  • Garam
  • Minyak masak


Cara memasak
  1. Gorengkan terlebih dahulu tauhu dan asingkan ketepi.
  2. Tumiskan bahan hirisan dan bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan tauge dan sedikit air supaya empuk,kemudian masukkan tauhu yg digoreng tadi.
  4. Kemudian rasakan dgn meletakkan sedikit garam.Tunggu sebentar.
  5. Angkat dan hidangkan.

Jumaat, 4 Februari 2011

Sup Sayur Cendawan

Bahan A
  • 1 paket cendawan(dikoyak)
  • 1 batang carrats
  • Sayur kubis
  • Sedikit ikan bilis (boleh letak udang)
  • 2 cawan air
  • 2 sudu rempah sup (dibancuh dgn segelas air)
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan B(dihiris)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara membuat
  1. Basuh semua sayur dan tuskan
  2. Panaskan minyak dan tumiskan ikan bilis sehingga wangi.
  3. Masukkan rempah sup,air dan garam.masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan cendawan,carrots dan kubis.Biarkan mendidih sekali lagi.
  5. Tutup api kemudian masukkan daun bawang dan daun sup
  6. Sedia dihidang.

Ahad, 30 Januari 2011

Kubis Goreng dikala hujan

Erm bangun lambat plak arini(after subuh)..patutlah rasa macam tido lama je rupanya hujan kat luar,tue yg terbabas tido,dengan sejuk lagi siap kipas terpasang.Sedar2 je dah pukul 9 am cadang konon2 nak pi jogging+main badminton abis udah hujan kan cancel je lah program.Petang2 nanti lah tu pun klu tak hujan.

Terus ke dapur nak buat sarapan but ape pun tak ada,buka peti ais ada sayur je,cakap dgn hubby kita terus buat makan tgh hari je lah pakej sarapan pagi & tgh hari senang tak payah 2 kali nak buat makanan.Hubby kata ok masak lah apa yg ada.Penyelamat ada plak sardin erm buat je lah sambal sardin,telur ada sebiji plak ahh kasi goreng je lah share je nanti "sharing is caring" kan kan kan..Tung tang tung siap sudah masak,apa lagi makan lah..Lapar last makan petang semalam tue pun makan kfc dgn dorang.

To all mai sharekan masakkan Kubis Goreng



Bahan-bahan
  • Kubis
  • Carrots
  • Ikan bilis
  • 2 biji bawang merah(dihiris)
  • 1 biji bawang putih(dihiirs)
  • 1 biji cili merah
  • Air
  • Garam
  • Minyak masak
Cara memasak
  1. Kubis dan carrots dipotong kecil dan dicuci bersih.kemudian tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan ikan bilis,kubis carrots dan cili merah.Kemudian kacau rata dan masukkan air.
  4. Masukkan garam.
  5. Sedia dihidang.
Disebabkan hujan tak behenti lagi nie jom kita layan lagu Ana Raffali
Hujan Bunga Di Kuala Lumpur


Hopefully petang nie hujan bhenti nak main badminton lah,dah lama x main nak kalah kan hubby..sure mesti gelak lebih dari main nie,kami bukannye serius bila main.

Isnin, 17 Januari 2011

Tauge Goreng

Cuba teka semalam petang mai pegi mana?Apa Giant Kinrara,tak lah asyik sana je,muak lahhhh(padahal memang suka pegi sana,sanakan semua ada).Ok nak tau tak???Jeng jeng jeng.....mai pegi potong rambut,padahal rambut nie tak lah panjang sangat pun,nak ikat pun masih kontot lg.Apa nak wat dah rimas asyik rambut gugur je,kot2 pasal rambut dah berat,so nak kasi ringan potong lah sikit.

Sampai je puchong(jauh nye pegi) kedai gunting rambut yg dulu pegi dah tak ada,ala kedai tu ok sikit potong rambut,org yg potong rambut tu bagus tak kasar dan sgt peramah.Erm kena lah cari kedai lain,selamat ada kedai lain.Nak balik try nak potong kat sungai besi ada pulak kena membebel(hubby tak gitu sebenarnya) coz depan IOI memang jem,tak kira ari keje ke tak..Nak dijadikan cerita hubby pun nak gunting rambut,hahaha nak jugak.

Zip zap zip sudah siap.Mak datuk mahal nye kami ber2 kena RM34,ahh tak nak datang lagi.Lepas tu terus pegi Tesco Puchong,dah lama tak pegi dulu2 bila hubby keje MPSJ selalu ke Tesco,mana tak nya tu yg paling dekat dgn rumah, tak ke Tesco ke IOI Puchong.

Sampai Tesco tengok lah itu ini,erm tak beli apa pun beli shampoo je..Hahaha buang masa je kan,nak jalan punya pasal tak beli apa pun kira ok.

Balik je terus masak,sempat lagi tu tau but masak sayur je lah nasi kita org beli sebungkus kat kedai makan bukit jalil.Tak malas tau nak tunggu nasi betul2 masak lambat,baik beli je.

scroll down plz

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Okey2 ni lah sayurnya

Tauge Goreng


Salin resepi:

Bahan A
  • Tauge kasar (dibuang ekor)
  • Daun kucai (dipotong pendek)
  • Udang basah (dibuang kulit)
  • 1 keping tauhu (dipotong dadu kecil)
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Ditumbuk)
  • 5 cili merah (mai guna cili baoh je)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
Cara memasak
  1. Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga masak.
  2. Tumiskan bahan yg ditumbuk dan udang,sotong sehingga wangi.
  3. Masukkan tauge,daun kucai dan garam.
  4. Kemudian kacau rata.Biarkan tauge masak.
  5. Sedia dihidang.
Mesti korang kata laaaa mkan sayur je ke?Tak lah ada lauk lain lah,hubby dah siap2 ptg td masak ikan bakar,so bila balik tunggu nak penghangatkan je..Ikan lagi coz semlam percubaan berjaya arini wat lah lagi.Sedap arini hubby buat isi nye lembut & manis.Siap hubby kata sayang makan lah saya buat dgn penuh kasih sayang,aduh duh duh...touchingnye mai..
Hubby i love you so much.MUAH MUAH MUAH


Okey cau cin cau..Assalammualikum..

Sabtu, 15 Januari 2011

Lemak Cili Padi Pucuk Paku dan Ikan Bakar Talapia Merah


Hello semua,apa program korang arini? menarik tak? makan ape td pagi, tgh hari, petang, malam?Ngeh ngeh ngeh.Ha.. mai tanya makan tau2 je lah...ni nak sharekan resepilah tu.Ya betul tepat sekali!!!Cuba tgh apa yg mai up loadkan gambar tu..Tu lah dia Lemak Cili Padi Pucuk Paku dan Ikan Talapia Merah Bakar..Menyelerakan tak???


Ceritanya bermula disini..Selepas sarapan pagi terus kemas rumah yg menjadi kebiasaan sabtu dan ahad coz time nie je lah ada masa nak mengemas rumah secara teliti,boleh gitu..Zip zap zip zap sudah siap kemas,dok tengah belek2 nak tulis apa yg nak beli untuk barang dapur terpikirlah apa yea nak makan tgh hari nanti.So sebagai isteri yg misthali(mudah-mudahan) tanya lah hubby kat belakang tgh kemas tempat Chiki,

-ikuti perbualan kami-
mai:Hubby kang tgh hari kita nak makan ape?
hubby: Erm sayang kita makan ikan bakar nak tak?
mai: Wah best tu,but hubby lah wat,sayang tak tau,lg pun hubby kan pandai wat ikan bakar.(sebenarnya hubby belajar membakar ikan masa pergi perlis rumah mak cik mai,so kat sana pak cik mai ajarlah dia bakar ikan tu yg mai kata hubby pandai buat)
hubby: Okey nati saya buat,kang kita pg giant kinrara beli ikan yea sayang.
mai: Ok,saya pun ada barang dapur nak beli nie.Oh ya hubby sayur nak beli sayur ape?
hubby: Tah lah ikut suka lah sayang nak masak ape?
mai: Haaa kita beli sayur pucuk paku nak tak,kita wat Lemak Cili Padi Pucuk Paku .
hubby: Ok gak tu,sedap.lagi sedap klu pedas2.(hubby memang suka makan pedas yea,mai je tak)
mai: Yelah nanti saya wat pedas sikit yea.
hubby: Oright kang dah siap2 semua,mandi epas tu kta pergi yea.
mai: Sayang mandi dululah.

okey sambung balik cite,pergi lah kami ke Giant Kinrara.Beli lah itu ini.Aduh punya lah Giant nie besar tak de plak jual pucuk paku.Hubby cam mana nie semua barang dah beli sayur je..Hubby kata tak pe nanti kita beli kat lur kat pasar borong dekat bukit jalil tu.Habis je bayar terus je pegi sana,alhamdulillah nasib baik ada,betul2 tinggal 1 ikat je apa lagi rembat pi bayar.dapat gak nak masak.


gambar diambil secara curi dr hubby
dok cari sabun apa nak dibeli


tgk lah hasil borong mai,akhir nya mai beli sabun Shokubutsu-Orange Peel Sensation,HALAL lagi..



Sampai rumah,terus je sediakan bahan nak masak.Mai sibuk dgn wat sayur,hubby plak dgn ikannye baik dari cuci ikan hingga lah proses pembakaran.Oh ya dlm sibuk2 nak masak tu mama plak tel,tanya wat ape so cakap lah tgh masak.

-dialog lagi-
mama: Tgh masak,masak ape,mama blm masak lg nie,boleh lah dtg makan.
mai: Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku dan Ikan Talapia Merah Bakar je.Nak dtg ke,boleh datang lah.
mama:Boleh ke? Jap2 mama tanya abah nak ke tak.
terdengar perbualan mereka,
mama:abah u nak tak pg rumah kaklong dia ajak makan.
abah: U nak pg ke,aaa boleh lah.
mama:kaklong abah kata ok boleh pg rumah kau,but mama sembahyang dulu lah yea,lepas tu baru dtg.
mai: Ok,tp dtg cepat sikit yea.
tet tet tet...perbulanan tamat

Sambil tunggu mama n abah dtg mai pun masak lah sayur tu,betul2 sayur siap masak n tutup api dapur dorang sampai.But ikan tak siap lg,yelah nak bakar ikan nie kena lah lama sikit hubby guna electric oven dgn suhu api yg kecil takut kang hanget rentung,kang langsung tak dpt makan.

Jom salin resepi sambil tgk gambar..

Resepi pertama: Lemak Cili Padi Pucuk Paku




Bahan A
  •  1 ikat pucuk paku
  • 2 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
  • 1 sudu makan udang kering
  • Udang (ikut kuantiti sendiri)
  • 2 batang serai (dititik)
  • Garam secukup rasa
Bahan B - Dikisar
  • 15 biji cili padi
  • 4 biji bawang merah
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 cawan air


Cara memasak
  1. Asingkan pucuk paku daripada tangkainya dan bersihkan.Basuh dan tuskan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
  3. Apabila mendidih,masukkan santan pekat dan rasakan garam.Sentiasa kacau supaya kuah tidak pecah minyak.
  4. Apabila sudah mendidih,tutupkan api dan hidangkan.
Resepi kedua: Ikan Bakar Talapia Merah


Bahan

  1. 1 ekor ikan talapia merah
Cara memasak kena tanya hubby,seperti mai kata td hubby yg buat..Bukan rahsia tau..

Siap je ikan masak apa lg yg ditunggu makan lah,peh lamak memang sedap lah sayur n ikan,abah sampai tak terkata siap bertambah,mama plak kata sedap cukup rasa sayur ni but kena tambah sikit air bg cair sikit kuah nie,ala tak jd ke mama,dah jd dah nie cuma lain kali kasi cair sikit lg.hubby plak berpeluh2 dek kerana pedas,tu lah td kata nak sgt pedas,hahahhaa...But hubby kata sedap sayang masak,lain kali blh wat lg kita wat plak ayam ke?

Seronok tgk dorang makan n hasil masakkan jadi(sayur lah yea).

Lepas tu kami anak beranak tgk Tv sambil makan buah buahan sebagai pencuci mulut.


mangga manis but anggur ada masam sikit

Okey jumpa di N3 yg lain..bye...

Selasa, 11 Januari 2011

Brokoli Goreng

Assalammualaikum semua...salam satu malaysia,eh apahal plak lah mai nie..Erm dah lama kan mai tak sharekan resepi masakan mai,arini mai ada rajin sikit nak masak & nak sharekan resepi..Actually dapat lauk dari opis,nak wat tambah2 lauk sikit,balik je kerja mai ajak hubby pi pasar tani kat Kinrara.

Ada story nak cite nie,masa nak cari paking mai ternampak handphone kat tempat parking,hubby pun kata pi lah ambil, jap yea saya nak berhenti kereta kat tepi,sebaik kereta berhenti mai pi lah ambil handphone tu.Ala handphone Nokia murah je,tah lah apa brand.Peh byk missed call rupanye,tunggu lah owner handphone tu call tak gak call,ah biar kan je lah pandai2 lah nanti dia call balik.

Tinjau punya tinjau sudah nye malas nak masak lauk lain lah so cadang je lah kat hubby nak masak sayur je lah,lg pun makan tak ada sayur tak selera lah,dah terbiasa kan makan kena ada sayur.Mai beli lah sayur brokoli,bunga kobis,cili masak dan udang.Opss tak lupa..mai beli yg lain nak wat makan masa on the way nak balik rumah,beli lah yg cucuk2 tu.Apa tak tau apa cucuk2 tu ala fish ball,nugget,ketam dll lagi.Tak lah beli byk,sekadar dlm 3 cucuk je..dannn sampai rumah habis sudah..ngeh ngeh ngeh..

Masuk je rumah owner handphone tu call,hubby cakap lah sekian2.Okey masalah handphone tu sattle,kang dia ambil.hubby turun nak pi main bola,memang mcm tu hubby bila petang dan klu rajin.Mai pun biar kan je lah mai solat lepas tu masak.Hubby naik rumah dlm 7.15 mai tanya lah owner tu dah ambil handphone ke belum,dah ambil td nak dekat pukul 7.Rupa nye masa dia nak ambil kunci kereta handphone tu jatuh,kesian..Nie adalah kali ketiga dan 3 tahun berturut2 mai jumpa handphone.Mesti ada org kata ala tak payah pulangkan ambil je,tapi mai tak nak lah kesian tau doarang mesti tercari2 handphone.mai dah pernah kena handphone di curi masa kenduri kahwin mai,aduh semua no. kawan2 dah tak ada nak contect dan sian hubby kena belanja beli handphone baru..hehehehee.

Peh panjang nye story mai,dah jom layan resepi Brokoli Goreng


Bahan-bahan:

Bahan A
  • Sayur brokoli
  • Bunga kubis
  • Udang (dibuang kulit)
  • Minyak
  • Sedikit air
  • Garam
Bahan B

  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji cili merah
Cara memasak:
  1. Semua sayur dipotong kecil dan dicuci bersih.Kemudian tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan udang dan garam,kemudian kacau rata.
  4. Masukkan bunga kubis dan brokoli.Kacau rata dan tutupkan kuali.
  5. Apabila sayur mendidih,boleh dihidangkan
Sedikit info
Kandungan kalsium dalam brokoli lebih besar berbanding segelas susu.Brokoli juga mengandungi lebih banyak serat berbanding sepotong roti gandum.


nie lah lauk yg dapat ayam masak apa tah,boleh makan je nama masakkan tak tau,hahahaha.

 tau tak apa nie?nie lah buntut ayam goreng yg beli masa kat pasar tani td,nie klu mama tau mau kena marah,mama mana bagi makan.ampun mama nak rasa je lg pun krul nak makan lah mama...

buah mangga sebagai pencuci mulut

Sekian je N3 buat arini,rasa nye dah panjang sangat N3 nie.
Bye bye..




Khamis, 16 Disember 2010

Ikan Siakap Masak 3 Rasa & Sayur Bendi Goreng Berlada

Menu for dinner tonight is Ikan Siakap Masak 3 Rasa & Sayur Bendi Goreng Berlada..Amacam rasa2 cam sedap tak menunye.Memang sedap tau (apa yg mai masak semua nak cakap sedap,yelah nanti tak de plak org nak cuba).Ikan siakap tu hubby dapat free budak opis nye yg bagi, 2 ekor tau.Arini mai masak sekor je dulu nak test resepi masak 3 rasa.Besar betul ikan nye,cukup kenyang buat kami ber2.Jom layan dulu resepi yg pertama..


Ikan Siakap Masak 3 Rasa

                                

Bahan A
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu makan tepung jagung (bagi menyalut ikan)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawangputih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • Minyak

Bahan B - Untuk sos
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan air
  • 1 sudu teh gula

Bahan C - Sebagai Hiasan
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)

Cara Memasak
  1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
  2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan.Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
  4. masukkan bahan sos dan biarkan mendidih.Kacau rata.
  5. masukkan bahan hirisan dan tutup api.
  6. Curahkan kuah sos di atas ikan.

Menu ke2 plak Sayur Bendi Goreng Berlada senang je nak wat nie x memerlukan masa yg lama.

Sayur Bendi Goreng Berlada


          


Bahan A
  • 300 gram sayur bendi
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 sudu makan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B - tumbuk/dikisar
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara Memasak
  1. Bendi dibasuh dan dipotong serong
  2. Panaskan minyak,kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar dan udang kering sehingga wangi.
  3. Masukkan bendi,air dan garam.kacau rata dan tutup kuali.
  4. Rasakan garam.Apabila bendi sudah sedikit lembut,tutupkan api.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Minuman plak disediakan oleh hubby mai..Hehehe kena paksa buat,coz takut tak sempat nak wat nanti..But manis sikit,plz hubby kurangkan gula ayg takut kena kencing madu manis.

                                 

Alhamdulillah kenyang kami,arini last masak for this week lah coz besok nak pi bercuti.Nak pi bercuti sambil sambut birthday hubby.Kat mana tunggu nanti mai up date bolg..Hehehe..Doakan perjalanan kami selamat yea..Harap percutian ni kami gembira..


Ahad, 5 Disember 2010

Terung Goreng Berlada


     Nak cite sesuatu dulu sebelum cite pasal masak mlm nie..Ptg td mai & hubby ke MAHA,nak tau tak apa yg kami beli...jeng jeng..kami beli 2 little cute rabbit..comel tau..sebenarnya semlm lg dah pegi MAHA,hubby dah tertarik dgn rabbit siap tanya blh tak nak bela,so mai kata boleh nak jaga tp nak letak kat mana nanti sape nak jaga klu tak de rmh..so hubby pun diam je lah..mlm pun dia kata nak beli lah besok (arini lah).Bila bgn pagi mai tanya nak pegi ke MAHA?,hubby kata tak jd lah beli so mai pun dah lega..Tp bila pk2 sian plak hubby asyik kata rabbit tu comel,so mai pun ajak lah pegi beli dan mai kata mai belanja sbg hadiah birthday hubby..sebelum pegi beli,beli dulu sangkar kat pasar Pudu,kat MAHA mahal..Dah beli terus pegi MAHA dan terus ke kedai jual rabbit..mula2 hubby hampa coz rabbit dah habis kat kedai tu  yg kedai sebelah tak comel kata nye,tokey tu kata klu nak beli kena tunggu 1/2 jam,erm tunggu lah.Bila sampai je rabbit hubby terus pilih sblm org ramai ambil..Dapat lah sepasang jantan & betina..Puas hati hubby siap minta bola kecil utk rabbit main..Masa nak balik tu semua tgk dlm kotak apa yg hubby bawa,malu gak lah mai..Dlm kereta plak hubby siap bg nama Khiki mai plak bg nama Chiki..Sampai rumah pasang sangkar letakkan rabbit tu..Ala ala comei nye..Siap kami main2 & belai..Nak tgk tak gambar nye,
okey mai tunjukkan..


Hubby pegang Khiki
Mai pegang Chiki

     Cukup setakat itu,mai nak share kan masakan yg mai masak malam nie.Mai share kan Terung Goreng Berlada.



Bahan-bahan:

  1.  Terung
  2. Minyak
  3. 3 biji bawang merah
  4. 3 biji bawang putih
  5. 2 sudu udang kering
  6. 7 biji cili merah
  7. 1 sudu makan gula (x letak pun,tak pedas)
  8. Secubit garam
  9. Secubit ajinamoto
  10. Sedikit lada sulah
  11. Sedikit air
Cara memasak:
  1. Tumbukkan atau kisarkan bahan2 no 3-6.
  2. Gorengkan terung separuh masak,kemudian asingkan.
  3. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk/dikisar.
  4. Masukkan sedikit air,gaul & masukkan gula,lada sulah,garam & ajinamoto.
  5. Gaulkan sehingga masak.
  6. Siap dihidang.Letakkan hirisan cili.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Petola Tumis Air & Kari Ikan Tenggiri

PETOLA TUMIS AIR

Bahan-bahan 

  • 2-3 biji sayur petola (buang kulit dan potong bulat)
  • 1 bungkus suun (rendam)
  • Lada hitam 
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Udang kering
  • Air
  • Minyak
  • Udang basah 5-6 ekor (dibuang kulit)
  • Garam
  • Ajinamoto

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang merah,bawang putih dan lada hitam serta udang kering.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk dan udang basah. Bila dah naik bau, masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan sayur petola yang dah dipotong bulat. Masukkan juga suun tadi.
  4. Perisakan dengan garam dan ajinamoto.
  5. Wokeh... Siap untuk dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja..

KARI IKAN TENGGIRI 

   Bahan-bahan                                                               
  • 3 potong ikan tenggiri                                    
  • Kelapa parut di ambil santan                           
  • 3 biji terung bulat                                        
  • Daun kari                                                     
  • Garam                                                          
  • Ajinamoto                  
Bahan ditumbuk   
  • 3 biji bawanh merah
  • 2 biji bawang putih
  • gaulkan bersama 1 bungkus rempah kari ikan
Bahan dihiris      
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih                         

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan dihiris bersama daun kari sampai wangi.
2. Masukkan bahan ditumbuk yg diatas dan masak lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan separuh santan dan gaul sekali sekala hingga terbit minyak.
4. Kemudian masukkan terung dan ikan.
5. Biarkan hingga mendidih dan masukkan pula garam ajinamoto.
6. Renehkan hingga mendidih, angkat dan hidangkan.


Sabtu, 9 Oktober 2010

coretan pertama -Asam Rebus

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan

hurey dah ada blog sendiri...asyik2 tengok blog orang je kan finally ada gak akhirnya..peh seksa gak lah nak wat blog ni,nak edit itu ini..internet plak slow,huhuhu..sabar je lah...


okey lah nak share masakan yang saya wat arini..erm simple je mcm lauk org malas..Resepi ini di minta dari mama tersayang.
Ni lah Asam Rebus
Bahan-bahannya:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Udang kering
  • Cili masak
  • Daun kunyit
  • Asam keping
  • Kunyit hidup / serbuk kunyit 
  • Air
  • Sayur bendi
  • Ikan sela kuning
  • Garam
  • Ajinamoto
Cara membuatnya
  1. Tumbukkan bawang merah,bawang putih,udang kering,cili masak dan kunyit hidup.
  2. Masukkan air,asam keping dan bahan yg ditumbuk tadi ke dlm periuk.
  3. Tunggu hampir mendidih, kemudian masukkan sayur bendi.
  4. Kecilkan api dan masukkan ikan.kacau pelahan-lahan jangan sampai ikan pecah isi nya.
  5. Akhir sekali masukkan garam & ajinamoto.
  6. Siap untuk dihidang.