Pengikut

Sabtu, 30 Oktober 2010

Petola Tumis Air & Kari Ikan Tenggiri

PETOLA TUMIS AIR

Bahan-bahan 

  • 2-3 biji sayur petola (buang kulit dan potong bulat)
  • 1 bungkus suun (rendam)
  • Lada hitam 
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Udang kering
  • Air
  • Minyak
  • Udang basah 5-6 ekor (dibuang kulit)
  • Garam
  • Ajinamoto

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang merah,bawang putih dan lada hitam serta udang kering.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk dan udang basah. Bila dah naik bau, masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan sayur petola yang dah dipotong bulat. Masukkan juga suun tadi.
  4. Perisakan dengan garam dan ajinamoto.
  5. Wokeh... Siap untuk dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja..

KARI IKAN TENGGIRI 

   Bahan-bahan                                                               
  • 3 potong ikan tenggiri                                    
  • Kelapa parut di ambil santan                           
  • 3 biji terung bulat                                        
  • Daun kari                                                     
  • Garam                                                          
  • Ajinamoto                  
Bahan ditumbuk   
  • 3 biji bawanh merah
  • 2 biji bawang putih
  • gaulkan bersama 1 bungkus rempah kari ikan
Bahan dihiris      
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih                         

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan dihiris bersama daun kari sampai wangi.
2. Masukkan bahan ditumbuk yg diatas dan masak lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan separuh santan dan gaul sekali sekala hingga terbit minyak.
4. Kemudian masukkan terung dan ikan.
5. Biarkan hingga mendidih dan masukkan pula garam ajinamoto.
6. Renehkan hingga mendidih, angkat dan hidangkan.


Ahad, 17 Oktober 2010

Dadih Mangga

  Pagi-pagi lagi dah buat dadih mangga,semangat sangat kata kan konon nya dapat lah makan nanti tengah hari. Alih-alih tak dapat makan coz nak pergi tengok perabot kat Cavenci Puchong tengok dlm surat khabar ada smart sofa harga RM69 murah kan.Hampeh penipu betul tu bukan harga nya,stok tak ada kena ambil kat JB & kena tambah pula kos pengangkutan Rm110 so jumlah nya RM179 tak ke peipu sudah nya tak beli lah.
  Kemudian pergi plak rumah mak mertua ku kat Puchong,nasib ada makanan tak de lah mai lapar.Lepas tu pergi plak Ikea kat Damansara,ramai nya orang.Akhir sekali ke rumah mama ku kat Kg Malaysia Raya.Balik rumah lepas mandi & solat baru lah dapat makan dadih urmmm sedap nya..Terasa sungguh mangga nya..Baru puas hati mai dapat makan dadih yg buat pagi tadi..Sedap-sedap...

Bahan-bahan:
  • 1 pek dadih perisa mangga
  • 3000ml air
  • 100g gula
  • 400ml susu cair
Cara-cara
  1. Panaskan air sehingga mendidih, matikan api selepas air mendidih. 
  2. Kemudian masukkan gula,susu cair dan dadih.
  3. Kacau selama 5 minit supaya bahan tadi larut.
  4. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais.
  5. Bila hendak makan letakkan hirisan mangga,barulah ada selera nak makan.

Sabtu, 16 Oktober 2010

BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF PASTRY

Sarapan pagi ni mai buat black papper saugsase puff pastry dengan mengunakan Oven baru, yang beli semalam kat Tesco Puchong..erm tercapai gak hasrat mai nak beli oven..resepi ni mai ambil dari rinnchan.fotopages.com.









 BAHAN-BAHAN:



INTINYA :
6 batang sosej
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili sos
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar planta utk menumis
Secubit garam
Secubit gula
Bijan secukupnya
10 keping puff pastry jenama "kawan"
 
 
 

sosej di potong halus



bawang besar n bawang putih dicincang halus

CARA-CARA:
1. Panaskan planta. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya.

    Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
7. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.











makan masa panas2 sedappp...

Ahad, 10 Oktober 2010

Puding Roti Yogurt

Sambil menyaksikan perkahwinan angkasawan negara kita Sheikh Muzsaphar dan Dr. Halina yang disiarkan di TV3, sempat gak mai buat puding roti yogurt kali ke2.kenapa kali ke2? hahaha sebenarnaya siang td dah buat tapi cehh tak jadi, puding nye rentung & bantut..malu saja..so tu yang nak buat sekali lagi..nak tengok hasil nya..jap yea..kita tgk dulu gambar kahwin Sheikh Muzsaphar dan Dr. Halina selepas itu tengok lah hasil nya puding yang mai buat..



 

BAHAN-BAHANNYA
-7-8 keping roti gardenia , dibuang tepinya
-2 botol yogurt berperisa "blueberry" Dutch Lady
-4 biji telur
-1 camca teh esen vanilla
-2 camca besar gula halus
-kismis
-Mentega secukupnya

CARA MEMBUATNYA
  1. Sapu nipis setiap keping roti dengan mentega, kemudian potong kiub kecil utk setiap keping roti.
  2. Sapu bekas pembakar dengan mentega dibahagian dasar dan tepinya.
  3. Susun sebahagian roti tadi dalam bekas, taburkan 1/2 bahagian kismis. Kemudian susun baki roti. Ketepikan sebentar.
  4. Satukan telur, yogurt, esen vanilla dan gula dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bergaul dan sebati.
  5. Tuang rata ke dalam bekas yang berisi roti. Tabur baki kismis dan biarkan 30 minit.
  6. Bakar secara dengan meletakkan bekas tadi dalam satu bekas lain yang lebih besar, yang mengandungi air panas dalam microwave.
  7. Bila permukaan puding keperangan boleh dikeluarkan dari microwave dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong untuk hidangan...

Ini lah hasil nya:
tak lah ni yg buat mula2 yg tak jadi
ni baru yg betul,sedap tak..

Dah terlanjur tu nak gak lah publish gambar kahwin sendiri.majlis persandingan perkahwinan mai pada 7/6/2009..rasa mcm nak sanding lg sekali je lah..
baru habis tengok cite Jangan Tido Lagi,but mai nak tido dah..mengantuk..okey selamat malam semua..

Sabtu, 9 Oktober 2010

coretan pertama -Asam Rebus

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan

hurey dah ada blog sendiri...asyik2 tengok blog orang je kan finally ada gak akhirnya..peh seksa gak lah nak wat blog ni,nak edit itu ini..internet plak slow,huhuhu..sabar je lah...


okey lah nak share masakan yang saya wat arini..erm simple je mcm lauk org malas..Resepi ini di minta dari mama tersayang.
Ni lah Asam Rebus
Bahan-bahannya:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Udang kering
  • Cili masak
  • Daun kunyit
  • Asam keping
  • Kunyit hidup / serbuk kunyit 
  • Air
  • Sayur bendi
  • Ikan sela kuning
  • Garam
  • Ajinamoto
Cara membuatnya
  1. Tumbukkan bawang merah,bawang putih,udang kering,cili masak dan kunyit hidup.
  2. Masukkan air,asam keping dan bahan yg ditumbuk tadi ke dlm periuk.
  3. Tunggu hampir mendidih, kemudian masukkan sayur bendi.
  4. Kecilkan api dan masukkan ikan.kacau pelahan-lahan jangan sampai ikan pecah isi nya.
  5. Akhir sekali masukkan garam & ajinamoto.
  6. Siap untuk dihidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...