Pengikut

Isnin, 28 November 2016

Sayur Lodeh Goreng


bahan-bahan:

  1. 2 batang carrot
  2. seikat kacang panjang (patutnya potong serong tapi aku terlupa)
  3. sekeping tempe *
  4. 2 keping tauhu *
  5. 1 biji bawang besar **
  6. 2 ulas bawang putih **
  7. 3 batang serai  **
  8. segenggam udang basah
  9. 2 tangkai cili masak merah
  10. suhun + suhun pucuk
  11. 1/2 biji santan
  12. garam
  13. minyak masak
bahan bertanda * goreng dahulu dan ** tumbuk sehingga lumat


cara memasak
  1. tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan udang basah sehingga garing
  2. goreng sayur carrot dan kacang panjang seketika
  3. masukkan santan dan kacau sekali sekala dan biarkan sehingga santan kering
  4. kemudian masukkan suhun dan suhun pucuk dan cili masak
  5. perasakan dengan garam
  6. rasa semua dah masak dan berasa tutuplah api



makan bersama udang sambal petai,memang terbaikkk..



Isnin, 7 November 2016

dining wall decor

Semalam petang temankan mama jalan-jalan di Nilai 3, masuk 1 kedai tue yang jual barang-barang decor dapur (maaf lupa nama kedai).Dalam banyak benda kat situ aku boleh berkenan wall frame nie.Pada aku nampak macam rare kalau dapat tampal kat dinding meja makan di dapur.


ada je gambar pasal coffee,cake dan cappuccino tapi aku lebih sukakan 3 gambar ini

harga sekeping frame nie rm8.90 sahaja


frame nie jenis aluminium sangat ringan dan nipis

hanya menggunakan double sided sahaja untuk tampalkan frame nie tak payah nak guna paku pun

 
 < sebelum >

nampak simple je kan, tue yang nak tampal sesuatu kat dinding

kot lah ada yang bertanya,meja makan dan kerusi alas meja semua beli kat IKEA dah lama dah pun belinye

 < selepas >

tarraaaaaa,barulah ada seni sikit kat dinding

nanti aku nak cari alas meja yang sesuai untuk dipadankan dengan wall frame


Coke - PepsiCola - CocaCola


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...