Pengikut

Rabu, 30 September 2015

Pokok Bunga Raya Kuning

 Inilah pokok bunga raya warna kuning kami


Daunnye banyak rosak kena makan dengan ulat daun.Nanti senang2 nak cari racun serangga.



Kelopak Si Bunga Raya Kuning besar dan mempunyai tampuk merah dibahagian tengah.



Antara koleksi Pokok Bunga Raya yang ada dirumah 
1. Qu Puteh Qu Puteh 
2. Bunga Raya Oren 
3. Si Pokok Bunga Raya Merah
4. Si Pokok Bunga Raya Merah Jambu


Selasa, 29 September 2015

Pokok Lidah Jin Berbunga

Aku sama sekali tak tau pun pokok lidah jin nie boleh mengeluarkan bunga,untuk mendapatkan kepastian aku pun search internet ternyata memang betul Pokok Lidah Jin nie boleh berbunga rupanye.

Gambar dibawah gambar Pokok Lidah Jin yang aku snap selepas beberape minggu bunganye berkembang.


Nampak tak bunganya dicelah dedaunnya tue

Kasi zoom dekat sikit supaya dapat lihat secara jelas.


Sebatang je bunganye.Warna hijau cair.

Aku harap pokok Lidah Jin nie berbunga lagi selepas ini.



Gambar dulu Pokok Lidah Jin tahun 2013 dan 2015

Isnin, 28 September 2015

Mengalih Aloe Vera

Kesian tengok si Aloe Vera nie sempit dan padat dalam pasu asalnye.

Aleo Vera nie sebenarnye pemberian dari MIL dari rumah lama lagi,mula-mula dapat pokoknye sikit je adalah dalam 2-3 pokok dah lama bela gini lah jadinye sepadat-padatnye.

Masa cuti Hari Malaysia aritu Krul alihkan si Aloe Vera nie ke pasu baru.


Sampaikan nak membiak baru pun dah tak boleh dah disebabkan tak ada ruang kosong pun.

Punyalah payah nak keluarkan si Aloe Vera nie korek tepi pasu pun tak nak keluar gak,aku suruh Krul pecahkan je pasu tue senang habis cite tak payah nak sayang sangat.


Kan senang nak keluarkan si Aloe Vera bila dah pecah pasu.Akarnye dah banyak memenuhi tanah yang ada elok sangat lah ditukar pasu baru yang lebih besar.


Smart sikit bila tanam kat pasu baru,barulah boleh membiak dengan banyaknye.

Oh ya Aloe Vera nie boleh dibuat air minuman,aku dapat resepi air Aleo Vera nie dari kawan alam maya kami berkenalan dari WhatsApp.Namanya Lina,dia wasap aku dah lama dah pun masa tue dia tanya aku beli rak bunga kat mane? Sebab dia pun nak beli rak jugak nak susun tanaman sayur-sayuran dia.

Nie resepi air Aleo Vera yang Lina wasapkan kat aku.Tak pun korang boleh search kat Google untuk tengok resepi yang lain.

Bahan-bahan:
- Daun Aloe Vera
- Gula Pasir
- Daun Pandan
- Air

Cara Membuatnya:
1. Buang kulit daun Aloe Vera,ambil bahagian dalamnya sahaja dan dipotong kiub kemudian dicuci bersih.
2. Rebus Aloe Vera bersama air sehingga menggelegak.
3. Setelah rebusan Aloe Vera ini menggelegak,tapis dan buang airnya.
4. Setelah itu masukan semula Aloe Vera kembali kedalam periuk dan masukan daun pandan serta gula pasir.
5. Rebus semula sehingga menggelegak.
6. Sejukan air Aloe Vera di dalam peti ais.

 Aku belum cuba lagi buat,nantilah bila ada masa free aku nak cuba buat gak.Macam mana lah rasanye,Lina kata sedap sangat.


Isnin, 21 September 2015

4 Pasu Rose Jepun Terjual

Berturut-turut hari Ros Jepun terjual.Sabtu 4 pasu pula terjual.Kali nie Kawan study aku (Mazni) yang beli bersama kawan sekerje dia (Fariha) beli sekali.

Masing-masing beli sorang 2 pasu.Yang bestnye dorang beli RJ nak kasi mak masing-masing.

Bersama dengan Fariha kawan Mazni.

Mazni roger aku pada hujung bulan Ogos kata nak beli RJ,kata nye nak 4 pasu tapi nak tengok warna ape yang ada dulu.So hari Sabtu aku wasap dia tunjuk warna RJ yang ada biar dia pilih mana berkenan.

Lepas dia pilih warna RJ dia suruh tanam baru, sudah! kena lah petik warna yang dia pilih tu tanam balik kat pasu baru.Selalu aku jual ape yang aku ada je nie dia minta tanam baru,layankan aje bukan susah pun cuma cucuk je kan.


nie gambar RJ yang ditanam dalam pasu baru pada 1 September yang lalu,semua 4 pasu tapi sempat snap 2 pasu je.Tanam macam nie je sehingga sabtu lepas 19 September 4 pasu RJ dah lebat dan ada bunga yang dah berkembang gambar tak ada sebab tak sempat nak snap sebelum bagi Fariha sebab petang sabtu tu cuaca hujan.

Terima kasih yea Mazni dan Fariha sudi beli Ros Jepun dari kite.Harap bunga Ros Jepun nie akan segar bugar di rumah korang.

Lai lai sape mau beli lagi Ros Jepun aku boleh lah wasap aku di no 012-3296405

Sepasu Ros Jepun Berlapis RM10 - pasu sahaja tanpa tangkai kalau nak tangkai aku jual sepasu RM15.

Sepasu Ros Jepun Selapis Kelopak Besar Rm15 sahaja tanpa tangkai.


Jumaat, 18 September 2015

6 pasu Ros Jepun - SOLD

.Alhamdulillah.
..Thank You Allah..
..Syukur..


Terima kasih Baiti borong 6 pasu Ros Jepun dari kite dan juga terima kasih kat Ema tolong promote kan Ros Jepun aku nie kat Baiti.

Dalam waktu rehat tadi dorang datang rumah mama,aku yang minta Ema ambil RJ kat rumah mama,kami kawan sepemainan masa kanak-kanak dulu masakan dia dah lupa rumah aku.


Baiti yang berseluar kotak-kotak dan Ema berbaju & berseluar hitam sebelah Ema tue kawan dia juga(nama tak tau maaf yea) bertudung pink tue my mother lah mama,amboi mama lawa nye nak pegi mana tue.

Belakang dorang tue semua tanaman Ros Jepun mama sebelah mama pun ada lagi RJ kalau snap luas sikit mesti nampak.

6 warna Ros Jepun yang menjadi pilihan hati Baiti

Dalam berborak dengan mama Baiti terkenan dengan RJ kuning mama plak,dah dia beria-ria nak beli mama pun jual lah juga RJ mama.Harga ikut harga yang aku jual.Sebenarnye mama tak jual pun RJ dia,hanya kumpul buat bela tanam sendiri.Tak pe mama nanti kaklong yang ganti baru yea.

So uolls kalau berkenan nak beli Ros Jepun aku boleh lah wasap aku di no 012-3296405

Sepasu Ros Jepun Berlapis RM10 - pasu sahaja tanpa tangkai kalau nak tangkai aku jual sepasu RM15.


Khamis, 17 September 2015

- Tambah Koleksi Pokok Bunga Raya Lagi -

Koleksi terbaru Pokok Bunga Raya yang ke-4 dan ke-5.

Beli hasil dari jualan Ros Jepun yang dijual tempoh hari.

2 Pokok Bunga Raya nie pilihan Krul.


Si Pokok Bunga Raya Merah



 Si Pokok Bunga Raya Merah Jambu

Beli kat mana lagi di Sunga Buloh lah.



Antara koleksi Pokok Bunga Raya yang ada dirumah



3. Si Kuning - lupa nak up N3 nanti kemudian aku sharekan.



Selasa, 1 September 2015

Selamat Pengantin Baru BFF - Farha

Ahad 30 Ogos 2015,telah berlangsung majlis perkhawinan BFF aku - Nurul Farha Bt. Rosli @ Farha.Hari itu juga jatuh tarikh hari lahirnye,pandai dia pilih tarikh hari perkahwinan sangat bermakna sekali.


Dulu masa aku kahwin,farha lah tukang jadi pengapit aku selama 2 hari dari majlis akad nikah sampailah majlis sanding 

dan bila dia kahwin nie aku balas lah jasa dia dengan teman dia dari pagi make up di rumah,majlis akad nikah,make up di butik sampai berarak masuk dewan. 


Di majid Taman Alam Damai menunggu Tok Kadi sampai,janji 8.30 pagi dalam 9 lebih baru sampai.Farha dah nervous masa nie.Aku cuba tenangkan dia.

Dengan sekali lafaz mereka telah sah bergelar pasangan suami isteri.Alhamdulillah.
 

Aku malas nak bergerak ke depan berat bontot sebenarnye hihi..Pengantin lelaki (Wan) bagi rantai tangan
 
  Farha balas bagi cincin

Dah habis semua sesi bergambar


Pengantin bersama ahli keluarga masing-masing



Aku nak gak gambar dengan pasangan pengantin nie

Habis-habis je terus kami 5 orang(pasangan pengantin,pasangan pengapit dan aku.Krul tak ada dia kerje sebab ada raptai hari kemerdekaan) bergegas ke butik pengantin nak salin baju sanding dan make up.

Warna hijau baju persandingan dorang





 Segak dan cantik kan dorang

Lepas zohor kami gerak ke dewan persandingan


masa nie pun farha nervous,katanye takut orang ramai pandang ke arah dia.Rileks lah pengantin mesti orang nak tengok. 

 Tinggi pelamin dia, sorry tak dapat snap penuh.Pelamin dia simple dan cantik.

Dorang bersanding atas pelamin aku terus cari makan lagi pun mama dan abah dah sampai masa nie.Lapar dari pagi tak makan ape-ape pun.

Aku dah makan dan duduk pun jauh dari dia tak kuasa nak snap gambar lagi,lepas dia bersanding dorang makan beradap dan lepas tu potong kek.

Dalam  3 lebih aku balik dah..



Buat BFF ku Farha dan Wan Selamat Pengantin Baru,semoga bahagia hingga ke jannah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.Amin.Aku gembira dapat teman kau dari pagi majlis akad nikah hingga ke majlis persandingan.Love U my BFF..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...