Isnin, 31 Oktober 2016

Ikan Patin Masak Tempoyak

Kejadian semalam,masak ikan patin masak tempoyak.


bahan-bahan yang diperlukan


  • mestilah heronye ikan patin
  • pembantu heronye tempoyak 
  • *10 biji cili padi 
  • *2 biji cili masak merah 
  • *1 biji bawang besar 
  • *2 ulas bawang putih
  • * 1 inci kunyit hidup/serbuk pun boleh --- kisarkan bahan yang bertanda * lumat-lumat
  • 1 helai daun kunyit
  • daun kesum 
  • garam
  • gula
  • air

cara memasaknye

  1. Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk serta sedikit air,tempoyak aku guna 5 sudu makan.
  2. Tunggu sehingga mendidih dan ikan masak
  3. Rasakan dengan garam dan gula
  4. Biarkan sekejap kemudian boleh tutup api

Terima kasih Cik P sudi kongsi resepi,aku tanya macam mana nak basuh ikan ko terus kasi resepi masaknye tak payahlah aku nak search resepi dalam google.

kemudian aku gaduhkan lauk nie dengan sayur campur






lauk makan tengah hari semalam,1 lauk dan 1 sayur.


Isnin, 10 Oktober 2016

FORUM KOMUNITI : KESUBURAN & ANDA : MEREALISASIKAN KEHAMILAN

Credit to kak diana,whatsApp bagi tau tentang forum ini terima kasih banyak-banyak yea.

Forum ini dibuat secara PERCUMA dan sesi kaunseling pun diberi secara percuma






1) A to Z ways to natural conceiving & Intrauterine Insemination (IUI) -by Dr Salini Suhaila Nasir

A - Alcohol - berhenti mengambil bahan alcohol ia juaga mengandungi gula yang tinggi
B - Bath - kurangkan mandi dengan air panas kerana air panas boleh mengurangkan penghasilan sperma yang banyak
C - Cigarettes - rokok boleh membawa mati pucuk dan sperma akan berkurangan
D - Drugs - kesan ubatan,dapatkan nasihat doktor untuk sesuatu ubat yang diambil
E - Exercise - menaikkan mood bersama dan menambah tenaga
F - Food - mengamalkan makanan yang seimbang  
G - Faith in God - Beriman kepada Allah,mengamalkan Surah Al-Anbiya
H - Harmonious - sentiasa dalam keadaan harmoni
I - Intercourse - melakukan hubungan kelamin ketika waktu subur
J - Job - tidak terdedah dengan bahan mekanikal
K - Knowledge - banyakkan bahan bacaan tentang SEX contoh kesuburan
L - Libido (sexual desire) - meningkatkan hubungan sex bersama pasangan
M - Menstruation - haid@period
N - Never give up - tidak mengalah terus mencuba gagal sekali bukan gagal selamanya
O - Orgasms - ransangan ketika hubungan kelamin
P - Pain - terbahagi kepada 2 sakit ketika period dan semasa bersama dapatkan rawatan doktor
Q - Questios - bertanya dari terus mendiam
R - Respect - saling hormat-menghormati
S - Sperm - melakukan ujian sperma,sperma yang normal dan baik adalah sperma yang merenang lurus
T -Team - bekerjasama antara pasangan dalam hubungan kelamin
U - Ultra Sound - melakukan ujian ukltra sound
V - Vitamins - mengambil vitamin yang sesuai baik wanita dan lelaki
W - Weight - mengawal berat badan
X - X-ray - melakukan ujian X-ray
Y - Youth - bila umur meningkat kualiti menghasilkan anak berkurangan
Z - Sleep -tidur yang mencukupi 6-8 jam


2) You are what you eat-The plan that will change your life - by Puan Syahrul Bariah Abdul Hamid

  • Pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat
  • Pengurusan berat badan-mengekalkan berat badan yang normal dapat membantu meningkatkan kadar kesuburan
  • Kurangkan lemak/garam/gula dan MSG
  • Minum banyak air kosong sekurang kurangnya 8 gelas sehari
  • Pengambilan sayur-sayuran(hijau)
  • Buang kulit ayam
  • Buah-buahan juga mengandungi gula jadi makan dengan jumlah yang sedikit
  • Diet tetapi mesti makan 6 hidangan sehari iaitu breakfast,brunch,lunch,high tea,dinner & supper
  • Pengurusan stress,stress boleh meningkat kadar pemakan yang tinggi
  • Ketika period wanita digalakan mengambil Vitamin C,makan daging merah dan tiram
  • Untuk penghasilan sperma yang berkualiti lelaki digalakan makan coklat,tiram,telur,sayur bayam,pisang,asparagus dan carrot


3) Men's Fertility - by Dr Mohan Raj




  • lelaki tidak digalakkan memakai underwear yang ketat
  • elekkan mengguna bekas plastik makanan mengandung makanikal yang tinggi ia boleh mengganggu sperma 

4) Yoga

salah satu senaman yang boleh dilakukan iaitu Yoga.Yoga dapat membantu meningkatkan keseimbangan tubuh badan baik untuk wanita dan lelaki.



5) Getting pregnant with IVF - by Dr Tee Swi Peng




Package IUI dan IVF ditawarkan


Walaupun forum secara percuma makan tengahari disediakan buat para peserta.


sebelum balik