Pengikut

Selasa, 28 Februari 2012

Tip Buat Suami

Dalam perhubungan suami isteri terdapat peraturan tidak bertulis yang perlu diketahui terutama tentang perkara yang tidak boleh dilalukan.Bagi suami jangan lakukan perkara ini:



  1. Jangan masuk tidur dengan perasaan marah terhadap isteri.
  2. Jangan cuba menawarkan nasihat @ penyelesaian ketika isteri hanya memerlukan anda mendengar tanpa sebarang komen.
  3. Jangan pura-pura mendengar apa yang isteri katakan sedangkan hakikatnya tidak.
  4. Jangan mengkritik isteri terutama penampilannya.
  5. Jangan menengking isteri seolah-olah anda ini bapanya.
  6. Jangan terima bulat-bulat kata-katanya.Wanita bila marah cenderung untuk bercakap dengan maksud tersirat seperti "Awak tak pernah dengar cakap saya," sedangkan apa yang dimaksudkan anda tak dengar cakap dia ketika itu.
  7. Jangan benarkan cemburu menghakis kepercayaan,rasa,cinta dan hormat dalam hubungan anda.
  8. Jangan melanggar privasi.
  9. Jangan lupa tarikh peristiwa-peristiwa istimewa.

Sabtu, 25 Februari 2012

Tips Penjagaan Gigi

 Terdapat banyak kaedah berkesan bagi pemutihan gigi disediakan di klinik-klinik,tetapi pastinya harga yang ditawarkan adalah sangat mahal.Berikut adalah beberapa langkah yang korang boleh ambil di rumah untuk memutihkan gigi secara semulajadi tanpa mengeluarkan wang.

Bahan yang perlu korang ada:
  • Straw minuman
  • Berus gigi yg elok
  • Jus lemon
  • salt
  • Baking soda
  • Hydrogen peroxide
  • Strawberi   
   
     Langkah 1:
     Hadkan pemgambilan yang boleh meninggalkan degil warna pd gigi seperti kopi,teh susu,minuman bergas yang berwarna dan minuman alkohol.Jika korang tidak boleh berpisah dengan minuman kegemaran korang tue,gunakanlah straw ketika minum untuk mengurangkan sentuhan antara minuman dgn gigi.

     Langkah 2:
     Berus gigi korang dgn segera selepas makan,lebih-lebih lagi jika makan makanan yg meninggalkan kesan warna yg degil spt buah beri.

     Langkah3:
     Gosok buah strawberi yg mentah pd gigi korang ingat bukan jem strawberi yea,jem strawberi hanyalah utk disapukan pd roti je.Terdapat 1 enzim pd strawberi yg mampu bertindak sebagai agen pemutihan.berkumuh selepas korang dpt rasakan gula semulajadi dan asid pd strawberi sudah dikeluakan oleh strawberi pd gigi.

     Langkah 4: 
     Makan makanan yg ranggup yg memerlukan byk kunyahan seperti lobak,daun saderi,brokoli dan epal keranan makan seumpama ini membantu dlm membuang plak yg terkumpul di celahan gigi.


     Langkah 5:
     Celup berus gigi di dalam soda bikarbonat sebelum memberus gigi.Hasilnya cukup memuaskan walaupun rasa tidak sesedap yg dirasa.


     Langkah 6:
     Campurkan jus lemon dan garam dan kacau sehingga ia jadi seperti pes.Berus gigi korang dgn pes tersebut dan bilas.Sekali lagi,rasanya tidak menyenangkan.

     Langkah 7:
     Gunakan hidrogen peroksida utk memberus gigi korang.Celup berus gigikorang ke dalam kuantiti kecil peroksida dan berus seperti yang korang lakukan dgn ubat gigi biasa.Hati-hati agar tidak tertelan.Kumuh dgn air.

Tip tambahan:
     1. Beli ubat gigi yg mengandungi agen pemutihan berasaskan alam semula jadi.
     2. Berus gigu setiap kali selepas makan dan kerap floss gigi adalah langkah pertama utk senyuman yg berseri.

Terpulang kat korang sama ada nak guna pakai tips ini atau tidak..Tepuk dada tanya selera..  

Senyuman yg cantik terserlah bila barisan gigi anda cantik....
                

Jumaat, 24 Februari 2012

24 Februari Muncul Kembali

24  Feb,11 tahun dahulu iaitu tahun 2001 diusia 17 tahun bermulanye detik aku berkawan rapat dgn seorg remaja lelaki sahabat baik kepada sepupuku sendiri.

Kerna pandang pertama dan kerna jua dgn pukulan pertama yg hinggap di pehanye telah membuatkan hati si dia cair dan jatuh cinta kepadaku.Hanya kerana dia mengejek & memalukan aku di depan sepupu yg lain telah membuatkan aku tidak pikir panjang utk melakukan perkara demikan terhadap dia.Tapi klu perkara itu tak terjadi mungkin aku tak berkawan dgn dia mungkin juga aku akan terlepas memiliki dia.Macam tak sesuai plak aku nak karang ayat jiwang-jiwang karat nie tp bila org bercinta mmg jiwangkan kan kan....

Ia tahun tuelah aku berkenalan dgn Krul secara rapat(bukan buat perkara yg x senonok) @ lebih terkenal dipanggil couple oleh pasangan bercinta.Secara jujur Krul lah cinta pertamaku yg berjaya membuat hatiku terbuka utk menerima cinta dari seorang lelaki.Aku juga telah mungkir janji dgn kawan2, semasa perjanjian kami berjanji akan bercinta lepas habis belajar nanti tp.....ah tue lah penangan cinta,cinta itu kan buta...tak ada mata tak ada hati tak ada perasaan...klu ia dtg kite tak mampu utk menghalangnye...


Dari hari ke sehari bulan ke bulan tahun mengganti tahun kami terus menyulam buih-buih cinta dgn baik dan tersimpul erat,adat org bercinta bukannye selalu cerah kadang kala ada geloranye kami pun tak terlepas dari pergaduhan sampaikan ada masanye  masing-masing menegakkan ego sendiri tapi ia hanya berlalu bagaikan air di lautan  dan ia tenang dgn sendirinye kerna sikap kasih dan sayang telah mengubah segalanye menjadi normal kembali.Benarlah kata org klu itu jodoh kite tak kemana hanya Allah saja yg mampu memisahkan pasangan itu dgn izinNya.

Dikala usia 7 tahun perhubungan kami terjalin,pada 24 Februari jua kami berdua mengabadikan detik manis dgn mengikat tali pertunangan pada tahun 2008 di atas persetujuan & keizinan kedua pihak keluarga masing-masing.


Kini 24 Februari muncul kembali membuatkan aku tersenyum mengingatkan saat permulaan perhubungan kami itu terjalan.Teringat kembali saat-saat dia lafaz kata cinta pada aku klu pasangan lain mungkin di restoren mewah,tempat2 romantik @ menghadiahkan bunga tapi aku cuma di stesen komuter saje tapi itu semua tak penting yg penting kejujurannye dan ketika lafaz diluahkan aku menjadi blur utk menerima cinta dia.

Walaupun kami dah berkahwin hampir 3 tahun,kami tak pernah melupakan tarikh 24 Februari.Tarikh ini akan segar dlm ingatan aku buat selama-lamanye...Syukur kpd mu Allah kerna temukan aku kembali dgn 24 Februari nie..






Khamis, 23 Februari 2012

Dapat ke ON AIR tue

Tengok tak ON AIR malam td jam 9.mlm di Astro Ria,nampak tak scene Yasmin di audition...Ape tak nampak!!! memang pun x nampak....tak kuar pun part dia di audition, bukan korang je tenanti2 mai nie yg kakak dia dok bersengkang mata tunggu nak tgk scene dia.Dah lah time tue mai lalok lepas makan ubat tapi semangat adik beradik haruslah tengok gak manalah tau kot2 kuar ke...tapi hampeh kuar masa awal siaran tue je masa auditon tak de pun...

Korang nak tau resultnye...

Yasmin kata x dpt pun...

Apasal tak dapat???

Tak de rezeki....

Nasihat kakak kpd adiknye

Tak pe Yasmin lain kali blh cuba lagi agapkan nie sbg pecubaan pemulaan,mana tau tahun depan boleh dapat.Meminjam kata2 semangat dlm cite BBF "Kegagalan itu permulaan kepada KEJAYAAN"...Anyway kaklong bangga kerna ko berani utk dikritik,bukan mcm sestgh tue melenteng bila dikritik..




***Jgn buuu....at least dia dah mencuba...




Selasa, 21 Februari 2012

OMG berat bertambah

Berat mai masa N3 yg bertajuk OMG Beratnye Aku.. 55.6 kg tp arinie timbang (curi2 timbang kat opis) dah jd 57++ kg....Ohhh tidakkkkkkk!!!!! aku semakin gemuk...Macam mana nie klu X jaga2 mau berat naik ke 60 kg...Sudahlah sekarang baju kebaya X blh nak pakai nie X pasal2 seluar jeans plak X blh pakai...Mau meraung aku nie...

Hubby,sayang X kira sabtu ahad nie jom kite pegi jogging...X blh jadi nie nanti sayang gemuk mcm U...


Korang2 yg baik hati sekalian blh share tak tips nak kuruskan badan.....:-)


***Perempuan perempuan baru berat naik sikit dah risau mcm dunia nak kiamat...


Isnin, 20 Februari 2012

Saksikan ON AIR

Sebab apa mai suruh  tgk ON AIR,sebab Yasmin ada dlm audition ON AIR tue...Sama ada dia dapat @ tidak jawapnye tgk lah pada Rabu (22 Feb) nie nanti di saluran Asto Ria jam 9.00 mlm..


Nie kali ke2 Yasmin masuk TV,dulu masuk TV1 skrg Astro plak..


Sabtu, 18 Februari 2012

Ayat jiwang dlm movie "Apa Kata Hati"

Kalau rindu pandanglah KLCC tue
Sepasang...
1 awak 1 saya
Ada 2 kan yang mana 1 awak
Mana-manapun boleh
Sebab dua-duapun sama padan

Kenape banyak lagi cinta...lagi sedih
Sebab kesedihan dan kegembiraan tue 
Sepasang...
Lelaki mahupun perempuan 
Tak ade yang sempurna
So kite kena positif 
Raikan cinta sepenuh hati 
Itulah kebahagian hati

So sweet...Untunglah ko KLCC dah lah jadi bangunan kebanggaan Malaysia ko jugak lah jadi benda yg sweet pun pasangan couple bercinta...Haiii jauhnye KLCC kan best klu ko kat belakang rumah aku,bila2 masa je aku boleh pandang ko..Nie dok Bukit Jalil Stadium Bukit Jalil pun aku tak nampak rupa...Kehkehkeh... 

Korang nak tgk Full Movie "Apa Kata Hati" search lah youtube...susah sgt click je disini

Rabu, 15 Februari 2012

Kena aku seketul...

Perbualan melalui FB..
"as salam... cik mai... nak tanya la... dah g berurut ka, try makan something ka utk preg?


MALAS tu satu hal... TAK CEK DOC tu satu hal...
macam mana ALLAH nak tolong kita yang... kalau kita sendiri tak nak tolong diri kita
kena usaha lebih skit niii
bukan usaha main
tapi usaha lainn "



Emosi aku : Geram setinggi KLCC but kena sabar....


Ada betul gak yg dia kata kan tue...Tp aku tak blh terima tang ayat malas tue...Ketahuilah aku byk bersabar dgn suara sumbang nie jd jgn lah runtuh kesabaranku nie..


What ever "Kawan" tima kasih kerana kamu menasihatkan ku..



Selasa, 14 Februari 2012

Mengata Dulang Paku serpih, Mengata Orang Awak Yang Lebih

Peribahasa

Mengata Dulang Paku serpih, Mengata Orang Awak Yang Lebih

Ini adalah seni kias orang Melayu. Sindir-menyindir secara tersirat.

Maksudnya 

Individu yang suka mengata orang lain jahat @ apa-apa saja tingkahlaku yang buruk. Tapi dia sendiri pun sebenarnya sama serupa tingkahlaku..

Sekian terima kasih
.............


P/S: sila cermin diri sendiri sebelum nak mengata org,nanti terkena diri sendiri baru padan muka ko...


Isnin, 13 Februari 2012

Sudahkah anda menukar MyKad baru???

Jawapannye Saya dah!!!! Rabu lepas masa mai cuti birthday, mai & hubby ke JPN Putrajaya buat Mykad baru.Sekarangkan dah ada kuar Mykad baru yg memaparkan 2 imej gambar dimana 1 gambar besar berwarna dan 1 lagi gambar kecil hitamputih.

Kalau ditanya ape perbezaan antara MyKad dulu dgn sekarang memang ada bezanye terutama sekali pada gambar pemegang Mykad (seperti yg diberitahu tadi),pada imej gambar besar tersebut tertera no. Mykad anda,MyKad dulu hanya menggunakan 1 bahasa saje tapi sekarang dah dwibahasa iaitu pada perkataan KAD PENGENALAN MALAYSIA ke KAD PENGENALAN MALAYSIA IDENTITY CARD.

Mengenai warna MyKad sekarang birunye sedikit cair(kusam) berbanding warna biru terdahulu so klu sesape yg nak buat MyKad baru bagi yg memakai tudung,korang pakailah warna tudung yg garang2 sikit supaya gambar korang tak kelihatan kusam di MyKad tersebut.Ada lagi perbezaan cuba korang tgk MyKad korang,(angkat Mykad  hingga paras dagu &  gerak2kan sikit) korang akan nampak gambar sekuntum bunga raya dgn seekor burung dan MyKad sekarang ditambahkan lagi dgn beberapa corak guilloche di permukaan MyKad tersebut dan terdapat juga penambahan imej peta Malaysia beserta bulan sabit dan bintang..

Manakala dibahagian belakang tidak ada byk perbezaan cuma tukar tandatangan ketua JPN,penukaran Cip 80KB – Sebelum ini, mykad lama hanya menggunakan 64KB sahaja Dan diakhir no. MyKad ada penambahan no...Yang tue mai kurang pasti ttg no. nye,tapi mungkin siri no. utk keberape kali kite tukar MyKad kot...

sumber JPN

Buat Mykad nie sekejap je dlm 1 jam dah siap.Ape 1 jam!!! maksud mai prosesnye je,korang dtg ke pejabat JPN Putrajaya di aras 2 ambil no.giliran tunggu sehingga giliran anda dipanggil,dimeja kaunter serahkan MyKad lama korang jika nak buat perubahan alamat bg tau kepada kaunter kemudian buat pembayaran RM10 saje dan terima resit pembayaran, kemudian tunggu sekali lagi giliran anda dipanggil utk sesi begambar..senang je kan..MyKad nie siap selepas 1 hari dr tarikh korang buat tak payah tunggu lelama mcm dulu kala yg mengambil masa selama seminggu @ 2 minggu.

JPN menyediakan kemudahan Hotline,Website & SMS utk tujuan semakan kutipan MyKad.Utk menyenagkan diri mai menggunakan perkhidmatan sms saje just taip JPN MyKad <No. IC> dan hantar ke 15888.Memang betul pun,hari khamis mai semak dah siap MyKad baru tue,so hari sabtu seawal pagi kami dah pegi ke JPN Putrajaya pi ambil.Ambil Mykad Baru nie hanya tunggu dlm 1/2 jam saje.Bawa sekali resit pembayaran RM10 tue supaya memudahkan urusan kutipan nanti.Hari sabtu waktu operasinye bermula jam 9 pagi hingga 2 ptg..


...................................................................................................................................................


Antara tips-tips bagi penjagaan MyKad yang betul adalah seperti berikut :



  1. Elakkan MyKad daripada terdedah kepada suhu yang terlampau tinggi.
  2. Elakkan daripada aktiviti yang boleh merosakkan cip.
  3. Elakkan MyKad daripada terdedah kepada air, bahan kimia dan asid yang boleh menjejaskan ketahanan MyKad.
  4. Elakkan daripada merosakkan permukaan MyKad.
  5. Elakkan daripada risiko yang boleh mengakibatkan kad bengkok
    Sebarang pertanyaan sila rujuk Portal Rasmi JPN


    Jumaat, 10 Februari 2012

    Bergaya dgn barang baru


    Mengenakan tudung baru(tudung mahkota),baju batik baru dan yg paling penting handbag baru...ada tak yg nak cakap dalaman tak baru gak ke????Jawapannye sama gak dalaman pun baruuuu...kehkehkehkeh...


    cara baca Al-Fatihah dengan betul



    Luangkan masa korang hanya 3 minit saje dengan belajar cara membaca Al-Fatihah dengan betul...

    Khamis, 9 Februari 2012

    Cik CarloRino buatku

    Hubby,kau membuatku betambah sayang kepada mu...thousand kisses for you muah muah muaahhhh....Tima kasih menghadiahkan sayang handbeg CarloRino... sangat cantikkkkk...besar plak tue..



             Cik CarloRino yg hubby bagi nie bewarna putih.Designnye nampak simple saje but mai sgt suka lebih-lebih lagi di bahagian bawahnye ada corak2 lubang.. Mulut nie X putus2 ucapkan tima kasih kat hubby,nampak gayanye X payahlah mai beli handbeg baru.Ingatkan gaji nanti nak beli handbeg maka dgn itu bolehlah beli kasut baru plak..

    ***sian hubby konon2 nak buat surprise tapi terkantoi plak...nak balas balik lah konon tue tapi sayang X berjaya...Nie pun boleh dikira surprise gak lah hubby,kan hubby kata tahun nie x dpt nak kasi hadiah birthday alih2 bagi gak...Sekali lagi tima kasih daun keladi tahun depan kasi lagi boleh?????

    Rabu, 8 Februari 2012

    28th BIRTHDAY



     Alhamdulillah arinie genap my age is 28tahun :) Semoga arinie lebih baik dari semalam.. Semoga diri ini sentiasa dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki utk diri sendiri @pun untuk keluarga ini.. Amin ❤


    Jumaat, 3 Februari 2012

    Jauh bau bunga, dekat bau tahi

    Peribahasa arinie ialah

    Jauh bau bunga,dekat bau tahi

    Makna

    Orang yang jauh selalu terkenang tetapi yang dekat selalu bertengkar


    P/S: Dekat @ Jauh berbuat baiklah sesama kamu,tak elok gaduh-gaduh nanti org tak suka kawan....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...