Pengikut

Khamis, 29 Mei 2014

bertukar ke Syampu SAFI SHAYLA


Produk terbaru dari Safi iaitu syampu Safi Shayla.Dibuat khas untuk wanita bertudung.Terdapat 4 jenis syampu dikeluarkan antaranya Syampu SAFI SHAYLA Licin Terurus,Syampu SAFI SHAYLA Segar Bermaya,Syampu SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur,Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur.

Disebabkan rambut aku gugur maka aku memilih mengunakan syampu ni Syampu SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur.Aku telah gunakan syampu ni ianya sangat bagus sekali mengurangkan rambut gugur semasa syampu dan pengeringan.Dan paling aku suka sekali bila mengeringkan rambut,rambut tidak kembang mengerbang dan kering tanpa menggunakan conditioner.

Dirumus dengan Habbatus Sauda serta Protein Hidrolisis dan paling penting ianya HALAL.

Jom kawan-kawan kite bertukar ke produk yang HALAL.

SAFI. Selamat dan Suci.





Maklumat lanjut klik disini safi.com.my




Isnin, 26 Mei 2014

:: Dengan adanye YORK bilik ku sejuk ::

 Baru selesa nak tidur sekarang nie dalam bilik kalau tak asyik merengek kat hubby kata panas je..Pakai kipas dinding dan kipas diri pun masih terasa panasnye berpeluh-peluh aku dibuatnya.


Agaknya hubby sian kat aku dia pun buka mulut kata nak beli aircond aku pun senyum lebarlah suka tapi bila difikir balik nanti mesti bil elektrik banyak.Hubby kata bukannye 24 jam nak pasang bila perlu je baru on aircond dah dia kata gitu aku pun setujulah.




Minggu lepas hubby beli aircond dan sabtu lepas baru pasang aircond nie dalam bilik kami.Dah siap pasang oleh contractor hubby on kan aircond wahhh sejuknya bilik, pijak lantai pun sejuk tiba-tiba terasa diri ini bagaikan kat Cameron Highlands hihihihi..Nampak macam jakun padahal kat opis dok dalam aircond juga.


En.York selamat bertugas di bilik kami dan tunjukkan kualiti kerja anda yang terbaik!


Sabtu, 24 Mei 2014

:: ini lauk utk FIL & MIL ::

 FIL & MIL datang rumah dan akan bermalam semalam di rumah kami.Dah lama tak masak utk dorang tak kan dorang datang nak suruh MIL masak plak kan..So aku fikir-fikir masak Kari Ayam sudahlah, senang dah berkuah tak payah nak masak lauk lain.Sayur plak aku campurkan kacang buncis dan carrot dan aku goreng telur,cukup lah tue lauk makan tengah hari.


Dorang sampai je rumah kami terus aku hidangkan makanan,lapar dari pagi aku tak makan sebab nak masak cepat takut tak sempat siap masak FIL & MIL  dah datang..

Alhamdulillah lauk kari aku habis makan siang dan malam..

Sabtu, 17 Mei 2014

:: Mi Rebus Muar_ArgoMas ::

Mari kita masak mee rebus muar dengan menggunakan Pes Mi Rebus Muar keluaran ArgoMas.Aku beli kat Giant, maaf aku lupa harganye berape sepaket tapi harganye murah tak smapai rm10 pun.Aku beli pun sebab senang cara masaknye kalau susah memang aku letak balik tak beli.


Cara masaknye senang je korang boleh ikut arahan pada kulit belakang pes nie atau korang boleh ubat sikit cara masak untuk tambah lebih sedap.

Aku ubah sikit cara masak.
1. Aku tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dalam periuk
2.Kemudian masukkan pes mi rebus dan air sedikit demi sedikit tengok pada kepekatan kuah 
3. Aku takut tak pekat kuah nie maka aku masukkan 2 biji kentang yang terlebih dahulu telah direbus dan dilenyekkan ke dalam kuah tadi pada setengah masak
4. Masak selama 25minit tapi aku masak lebih lama sebab aku guna 2 paket pes sebabnya aku ajak family aku makan kena lah buat lebih kuahnye 
5. Bila kuah dah masak dan pekat boleh  tutup api dan sedia dihidang dengan bahan-bahan sampingan yang lain

hasilnye kuah mee rebus muar

mee kuning nie aku rebus 2 paket

 telur rebus + tauhu goreng + limau kasturi

bawang goreng + cili masak nie aku minta mama dan abah belikan masa on the way datang rumah aku..

Dapat 1 komen dari abah katanye mee rebus nie kena ada daging,ok abah sekali lagi kalau buat kaklong masukkan daging yea..i tau lah you org JOHOR sebenarnye i tau kena masuk daging tapi i lupa nak beli nak pergi kedai jauh dgn rumah Giant lagi lah jauh..Next time i buat lengkap2 yea..     

Korang cuba lah buat yea sangat senang..nanti aku nak beli pes mee bandung plak..             

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...