Pengikut

Rabu, 14 Mac 2012

..Kata-kata dari BOS i..

Tertarik dgn petikan ayat nie dari blog kekda...
                                                             
---ll---

"Buat sedaya mampu, kalo boleh bagi lebih, jgn kurang. Tapi kalo tak mampu, tak daya, itu je lah aku boleh bagi.

Terima tanggungjawab mmg kengkadang rasa 'suck'. Pulak tidak dibekalkan dgn apa2. Nak segala maklumat, kekdahnya pi la mintak kat orang lain, jgn mintak kat aku.

Memberikan responsibility pada orang lain mmg bukan perkara yg bijak.Dan penerima tanggungjawab jangan lah merasakan itu adalah beban, kerana itu adalah pengalaman."


---ll---


Kekda izinkan mai mengcopy ayat akak nie sebagai satu perangsang...


Insyaallah mai akan cuba jadi yg terbaik...


**Kerja Itu Satu Ibadah

Jumaat, 9 Mac 2012

Sekeping Hati





Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan,tempat lahirnya cinta dan benci,keimanan dan kekufuran,taubat dan sikap degil,ketenangan dan kebimbingan.


Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkanya.


Sebaliknya,hati boleh menjadi sumber bencana jika kita gemar menodainya.


Aktiviti dilakukan manusia sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.



11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Khamis, 8 Mac 2012

SeLaMat HaRi WaNiTa

Hari nie mai nak tujukan ucapan isteimewa kepada semua kaum wanita-wanita di seluruh Malaysia dan juga seluruh dunia dengan ucapan tengah buat apa tue? eh! salah plak yang sebenarnye SeLaMat HaRi WaNiTa Sedunia...

Kepada kaum lelaki terutamanye suami sila ringankan tangan korang bantu isteri buat kerja rumah arinie, tak pun bagi je isteri-isteri kamu off day arinie layan mereka bagaikan seorang permaisuri raja...wah gitu...

k sekian terima kasih

Khamis, 1 Mac 2012

Daging Goreng Berempah


Bahan-bahan:
  • Daging lembu - dipotong nipis,nak rebus dulu pun boleh tapi mai tak rebus pun
  • 1 biji bawang besar holland - dipotong bulat
  • 1 tangkai cili hijau - dipotong serong
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato - dibelah empat
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak
  • Air

Bahan dikisar
  • Halia
  • 8 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu besar lada hitam
***masukkan sedikit air utk memudahkan bahan dikisar

Cara memasak
  1. Tumiskan daun kari seketika kemudian masukkan bahan-bahan yg dikisar td,tumiskan sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan pula daging, gaul sekata dan biarkan daging empuk masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  3. Setelah daging empuk masukkan garam,gula,cili hijau,bawang besar holland dan tomato.
  4. Biarkan seketika kemudian matikan api dan sedia utk dihidang.

Resepi asal sebenarnye menggunakan hati lembu,disebakan mai tak berape makan hati tue yg tukarkan kepada daging.Nak bg tau nie siap2 nie kat korang,klu rasa tak tahan pedas jgn bubuh lada hitam byk2 & tak payah masuk cili padi..Nanti sakit perut jgn nak salahkan mai plak yea.


Memasak nie tak perlu sgt terlalu ikut sukatan kadang-kadang yg campak-campak tue lah lagi sedap & menjadi..


Akhir kata dari mai seperti biasa


SELAMAT MENCUBA >


<   >

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...