Pengikut

Khamis, 28 Februari 2013

kembali TUMBUH pokok daun kari yang gondol tue


Meh tengok sini Sue-Rya Qistina , Nao Mei , aLyNnZ , Amyra Chuari , PUANSTOBERI , cik pelangi , wan nurul hezrina abd halim dan terutama sekali aslinda wati 




hati aku berbunga-bunga ceria melihat perkembangan  pokok daun kari yang gondol dulu sekarang semakin hari semakin tumbuh lebat..

Terima kasih Linda bagi petua supaya letak hampas teh kat pokok...

Linda aku akan jaga pokok daun kari nie elok2 supaya jadi macam pokok daun kari ko yang sangat lebat tue..


Rabu, 27 Februari 2013

Siap Sedia HKK 2013




Baju dah dapat, Tag nama pun dah dapat ayuh bertugas sempena HKK 2013

Serikan muka dengan Mary Kay

Terperdaya dengan Linda maka aku pun beli produk ini Mary Kay...Harap-harap muka aku tak ada masalah alahan..

Selasa, 26 Februari 2013

Bag isi botol susu untuk saya...

Masa tengah capai bebarang yang nak beli dan jalan di satu area hubby terpandang bag isi botol susu..Aku tak nampak pun bag tue sibuk cari kotex bila aku dapatkan hubby dia cakap sayang nak tak bag tue cantiklah berkenan saya, comel je tengok kalau nak saya nak belikan untuk sayang sambil tangan menunjuk ke arah atas..aku terus cakap hubby tue bag isi botol susu tak kan  nak belikan untuk sayang nak buat ape lagipun tak ada baby lagi...

Dia kata tak pe kite beli je boleh simpan barangan lain kalau balik kampung atau jejalan..Ada 2 warna,warna pink dan red disebakan hubby berkenan warna pink aku pun ambil je warna tue..


tengok comelkan ada kartun comel disitu...

Sayu hati ini dia dah ada keinginan untuk menjadi ayah tapi apakan daya rezeki belum ada lagi...Kalau dah ada baby mesti bag ini ada kegunaannya..

Isnin, 25 Februari 2013

Berbalah dalam Lift

Berbalah dalam Lift satu perkara yang TIDAK ELOK dan patut dijauhi..memalukan sungguh...

Note nie ditampal seminggu yang lalu..


     Penampal : kepada sesiapa yang jumpa kucing Palsi bermata Oren dan berbulu panjang tolong pulangkan  
                       ke alamat A-3-1 terima kasih :-)
Penconteng 1 : ADA GANJARAN RM?????
Penconteng 2 : KAT KUARTERS TAK BOLEH BELA KUCING.......
Penconteng 3 : KUCING BINATANG KESAYANGAN NABI LA
Penconteng 4: JGN MELALAK CAM ANJING DLM LIF KALAU ANAK JANTAN LA!! X PUAS ATI CAL 017- _ _ _  _ _ _ _

Situasi sebenarnye ada orang kehilangan kucing Palsi nye lalu meminta jasa baik penghuni kuaters menolong memulangkan kembali kucingnye jika dijumpai..tak lama lepas tue datanglah tangan yang gatal lalu menconteng bukan-bukan..KALAU malas nak tolong jangan lah menconteng cuba letakkan diri awak tue ditempat tuan yang kehilangan kucing ape perasaan awak mesti rasa dipermiankan kan kan...Berfikir dahulu sebelum bertindak..




Ahad, 24 Februari 2013

Rendang Daging

Hidangan makanan tengah hari utk hero kesayangan...Rendang Daging..Alhamdulillah menjadi gak aku buat rendang daging nie..dimakan bersama nasi panas...(bukan nasi impit mahupun ketupat yea raya lambat lagi kan)





aku guna perencah rendang keluaran adabi tapi aku tambah lagi bawang,halia,serai dan daun limau purut..

Khamis, 21 Februari 2013

Menikmati Secawan HOT CHOCALATE DRINK



Isnin, 18 Februari 2013

Ayam Penyet

Semalam aku dan hubby sesaje pergi ke Mydin Subang...Konon nak beli baju tapi hampeh 1 pun tak berkenan dihati..Perut lapar plak masa tue padahal sebelum kuar rumah dah makan nasi ayam.Macam-macam tekak nie nak makan,jalan-jalan nampak Restoren Ayam Penyet (AP).Dah lama tak makan kat AP so ajak hubby makan kat situ.

Kalau boleh nak makan macam-macam takut tak habis maka nie je laha kami makan..



Minuman : Juice Snow Shake Mango dan Teh Tarik
Makanan : Nasi Putih 2,Terung Penyet, Rendang Ayam Sapi Padang Asli dan Ayam Masak Habang

Aku habis nasi sepingan,hubby je tak habis makan nasi.Nampak sangat perut aku nie perut buaya dah makan nasi kat rumah boleh lagi melantak nasi lagi kat luar..

Ahad, 17 Februari 2013

Up date-Gondol pokok daun kari aku!!!!!

Rupa-rupanya bukan setakat digondolkan daun-daunnya malah dihujung batangnya dibelah @ dikoyak 2.Sian pokok daun kari aku dinodai sedemikian rupa..

Pagi-pagi nie aku bersemangat semai semula pokok daun kari aku..Tanahnye aku gemburkan semula dan aku siramkan dengan air+serbuk teh.

Harap-harap pokok daun kari aku akan kembali berdaun..



Sabtu, 16 Februari 2013

mari minum Mango RANI fruit drink

Rasa buah mango sebenar...Sedap dap dap...minuman ini kaya dengan vitamin C.

Botolnya merupakan botol kaca bukan botol plastik.

Produced in Dammam,kingdom of Saudi Arabia

Khamis, 14 Februari 2013

Gondol pokok daun kari aku!!!!!

Benci benci benci!!!!

Serius aku memang geram betul sape lah yang gatal tangan sangat pi kutil pokok daun kari aku nie,nie mesti kerja budak-budak main masak-masak nie..Bukan main banyak lagi pokok kat bawah rumah pokok aku plak jadi sasaran dorang bermain.

Aku baru dapat petua dari Linda minggu lepas supaya letak serbuk teh (yang telah diguna buat air)untuk lebatkan pokok daun kari tue.Pokok daun kari Linda dah lebat siap tumbuh yang baru disebabkan letak serbuk teh.Aku baru sekali je sempat letak serbuk teh tup tup balik dari Perlis selasa aritue tengok dah gondol plak pokok daun kari aku tue.

Aku kalau dapat tau sape yang gatal tangan kutil pokok daun kari aku sampai gondol memang aku tarik telinga dia kuat-kuat kalau mak dia datang serang aku,aku carut-carutkan dia balik.Aku dah marah jangan nak main-main.

Hubby tolong belikan lagi sepasu pokok daun kari untuk sayang,susahlah nak masak kari nanti.Please...


nie lah rupa pokok daun kari aku yang dah gondol..tak ke sedih tengok macam nie..cuba korang tengok gambar daun kari dulu [sini]
.

KomaLaut (Kompleks Makanan Laut) Kuala Perlis

Habis je majlis persandingan Ayu & Apis, disebelah petang aku dan hubby pergi ronda-ronda Kangar sampailah ke Kuala Perlis.Teringatkan Amirah pernah makan kat KomaLaut,aku ajak hubby singgah makan kat situ.Sampai je kat kompleks Komalaut aku terus cari kedai makan MONA Ikan Bakar & Makanan Laut.

Orang tak ramai sangat petang tue tapi menjelang malam penuh semua meja makan.Angin pun sedap je meniup ke badan.Ok teruskan cite,kami order Ketam 2 ekor masak rempah(kata org kedai tue) dan Sotong goreng tepung.Yang lagi 3 tue tak order pun dapat  sampingan..



serius sedap masakan ketam dan sotong itu..Air kami minum Air laici dan Apple..

Harga kesemuanya Rm29.70..Murahkan..

Malam itu masa borak-borak dengan mak long aku citelah makan kat situ,mak long terliur dia ajak pak long,anak beranak dia dan pak usu sekeluarga dan mak teh sekeluarga makan kat situ,padahal masa aku balik tue dorang baru je habis makan malam..Kahkahkah..tuelah petang ajak jalan tak nak ikut..Family aku tak ikut coz kenyang dan penat tolong mak ngah(mak pengantin) kemas-kemas.

Lain kali datang lagi Kangar aku nak ajak family aku makan kat sini..Berbaloi makan kat KomaLaut nie..





Rabu, 13 Februari 2013

Depa beli Jersi Baru

Datang je Perlis tak sah jika tak ke Padang Besar..Pergi bershopping sape tak nak kan..Isnin kami reramai (saudara mara) ke Padang Besar,masing-masing berpecah mengikut family sendiri.

Family aku tempat pertama singgah ke kedai jual jersi..Hubby,Yasmin dan Aby dorang awal-awal dah plan nak beli jersi.Aku dan abah tak berape gemar sangat pakai jersi so tak lah beli..

Masuk ke 1 kedai ke 1 kedai mencari jersi,1 kedai tue bagi harga murah maka mereka minta saiz memasing.Aku sangka Aby nak beli 1 pasang jersi je rupanye dia beli 2 pasang.Suka benar lah dia siap letak nama dan no. nasib lah adik aku nie perempuan kalau lelaki mesti abah belikan banyak lagi utk dia.


aby peminat team Manchester United..29 tue tarikh birthday dia..

Hubby kat kedai yang aby beli tak ada saiz so dia pi cari kat kedai lain-lain.Dapat je beli dia datang balik kat kedai nie letak nama dan no..


seorang peminat tegar Arsenal-Krul berjersi 11
aku tak tau nape dia pilih no 11
Masa balik KL semangat dia pakai Jersi baru.

Yasmin pulak dia beli 2 pasang baju jersi team Malaysia utk Gmarl(future husband) dan adik Gmarl..1 kat kedai yang sama dan 1 kedai lain.


Oh ya Jersi utk team Malaysia jual kat sana mahal berbanding dengan jersi team luar negara.


brother nie asal dari thailand..dia lah sorang2 dok menampalkan nama dan no utk pelanggan yang beli..Sian dia berpeluh-peluh..Serius dia buat kerja takut salah katanye..

Lepas dah siap jersi masing baru boleh cari benda-benda yang lain..



Ahad, 10 Februari 2013

Raikan Cinta AYU & APIS - Majlis Persandingan





Ayu bersama keluarga

Sabtu, 9 Februari 2013

Family En.ZoL BerJubah

Malam ini keluarga pengantin mengadakan Majlis Doa Selamat dan Tahlil.Kami sepakat memilih memakai Jubah.Terasa macam orang arab plak..

Raikan Cinta AYU & APIS-Akad Nikah

Menghadiri majlis perkahwinan cousin(perempuan) di Kangar,Perlis.

Selamat Pengantin Baru buat Ayu & Apis semoga kekal abadi hingga ke akhir hayat.

Jumaat, 8 Februari 2013

En.Balmer bersama Cik Roses

Tadi petang dapat Cik Roses,hubby bagi masa ambil balik kerja dalam kereta..Apa lagi tergamam lah aku ketika tue dan sesaat kemudian menjerit...

Hubby hubby walaupun sayang marah u pagi tadi u tetap degil..korang nak tau alasan ditanya nape bagi bunga "birthday sayang hari nie rasa tak best plak tak bagi bunga dan 3 kuntum tue bermakna I love U.

Ok setelah setahun tak dapat bunga hari nie dapat bunga kembali. Cik Roses sorry kena tinggal rumah 3 hari aku n hubby berada di perlis.



dApAt hADiAh dari Hubby - En. BALMER watch D tangan

5.45 alarm jam handphone berbunyi,aku bangun dengan langkah longlai masuk ke bilik 1 lagi nak ambil kain tuala utk mandi.Masuk ke bilik tanpa membuka lampu terpandang terus ke aras meja solek,eh apasal ada kotak atas meja nie barang ape yang aku tak simpan dalam laci.

Terus buka lampu dalam mata terkebil-kebil kena cahaya lampu pandang sekali lagi ke meja solek sekali ada kotak hadiah weii...Terus capai kotak hadiah dan teriak panggil hubby,sambil-sambil tue tangan nie terus membuka kad dan baca isi kad tue..So sweet..Hubby datang je ke bilik terus aku bagi ciuman air liur basi ke pipi dia dan ucap terima kasih banyak-banyak.Aku tanya hubby kasi hadiah ape dia suruh buka dan tengok sendiri..bengong aku nie ada ke patut pi tanya hadiah ape,tengok lah sendiri baru lah gempak kan.

Buka-buka je jeng jeng jenggg..En.BALMER WATCH rupanya..Alhamdulillah dimurahkan rezeki..



best best dapat jam baru..tapi besar sikit petang kang nak pi potong sikit..

Boleh plak pepagi tadi aku membebel kat hubby asal bagi hadiah,aku sebenarnya dah bagi amaran keras kat dia (start je bulan 2) kata tak nak hadiah utk birthday aku dan tak payah juga bagi bunga kat opis.pok pek pok pek sekali hubby boleh kata "setahun sekali je bagi hadiah lagi pun hadiah yg saya bagi bukannye mahal pun ada rezeki lebih tue saya bagi"..

Terus senyap aku,zip terus mulut..Yelah hubby sayang terima hadiah nie terima kasih lah ingat hari birthday sayang dan bagi hadiah..Aku sambung balik cakap nanti birthday hubby tahun nie sayang bagi hadiah ok..Dia plak pok pek kata tak payah dia suruh aku simpan je duit tak payah susah-susah beli hadiah..Eh mana boleh sape suruh bagi hadiah kan..maka orang berbudi kite kena lah berbahasa..So hubby u tunggu ok hadiah ape yang i nak bagi..U jangan terperanjat beruk plak nanti..(ape ek nak belikan tahun nie kena pk betul2 nie hadiah anniversary lagi nak kena bagi)

Aku jadi serba salah plak mana satu nak pakai,jam dari abah atau jam dari hubby nie...aku bukannye suka tukar-tukar pakai jam selagi tak rosak selagi tue lah aku pakai.Adui ditelan mati emak diluah mati bapa...kang pakai salah 1 mesti ada yg merajuk..ahhhh macam mana nie..Tapi yang pastinye aku akan pakai kat Perlis besok..Nantilah kena cakap dengan abah takut abah merajuk hari tue beria-ria suruh abah belikan jam utk aku [disini]

Kepada hubby thanks again for giving me En. BALMER watch.I like it and I really love U..

Meniti usia 29 tahun

                                                                                              ulang tayang gambar lama


Ya Allah...
Semakin jauh melangkah umurku...
Ku pohon hidayahMu...
Moga di hari lahir ku ini...
Kau berkatilah umurku...
Dan izinkan aku menumpang di dumi Mu lagi...



Rabu, 6 Februari 2013

Kejutan dari Linda-Hadiah utk Birthday

Linda,ko buat aku rasa macam kanak-kanak rebina lah.Tak sangka aku dah nak akhir usia 20an nie masih lagi ada org nak bagi hadiah.

Linda nanti birthday ko aku balas balik yea hadiah..Kena fikir nie nak bagi hadiah ape kat ko.

Sebenarnya Birthday aku lagi 2 hari,tapi Linda bagi awal kerana dia akan berMC 2 minggu kerana tak sihat,sakit ape biar lah dia sendiri bercerita.Sebab tue lah dia bagi awal takut tak sempat nak bagi nanti bila tarikh Birthday aku.

Terima kasih Linda bagi hadiah pada aku..aku suka sangat kain yang ko kasi tue boleh lah tambah lagi sepasang baju raya aku tahun nie.

Oh ya aku berkongsi bulan yang sama sambut birthday,aku 8 Feb manakala Linda 25 Feb.



Selasa, 5 Februari 2013

Gift-Away Utk Kamu Semua! - Sudah sampai atas meja

Hadiah dah sampai atas meja..dari kekda a.k.a PnStoberi..

Macam mana aku boleh dapat yea, aritu aku gatal tangan pi drop komen kat blog kekda yang N3 bertajuk Edisi Menghargai Pembaca : Gift-Away!.. Dah kekda kata drop je komen utk sape-sape nak join tue yg aku terdrop komen..

Aku komen tak panjang menjela, Mesti ramai drop komennye... perkataan tue lah yang aku komen..Tak sangka kekda boleh terima komen yang pendek 4 perkataan tue..


To kekda thank you so much,it very beautiful and i like it...

kekda kekda nie pakej hadiah hari lahir utk jumaat nie ek...kikikiki..



Sabtu, 2 Februari 2013

Aduh duh duh Tumit Kaki Sakit

Aduh sakit plak tumit kaki nie..Nie mesti penat berjalan semalam kat Jalan TAR dah tue hari nie sibuk mengemas rumah lagi di tambahkan lagi petang tadi jalan lagi ke Giant Kinrara beli sedikit barang.

Habis tue klu tak jalan dok terperuk dalam rumah je bosanlah pulak rasa diri nie dah lah hubby sekarang nie tiap tiap sabtu ahad keje.Nak halang X boleh dia berkhidmat utk negara.

Balik pada cite asal,tumit aku nie dah ada pecah sikit..Kena sapu ubat nie klu di biarkan lelama mesti retak seribu.Nanti tak boleh nak pakai kasut tumit tinggi.

Alamak baru teringat besok kena jalan luar gak,mama dah booking aku suruh teman dia tempah baju.Aduh memang sakit lagi lah tumit kaki aku nie.Ha baru ingat aritu ada beli krim Zaitun Body Butter-Mustika Ratu kat Yasmin nak sapulah aritu sapu OK je tumit nie..

OK bye-bye.

Jumaat, 1 Februari 2013

Bershopping di 1st Februari

Selamat Hari Wilayah buat semua warga Wilayah..Sorry dah malam baru nak ucap,baru senang sekarang nak berbelog.

Siang tadi lepas solat jumaat aku sefamily pergi bershopping... kat Jalan TAR.Heran aku KL tak ramai orang senang nak berparkir,senang nak jalan-jalan dan juga senang nak masuk mana-mana kedai.Aku rasa mesti orang KL balik kampung nie..

Penat kaki nie berjalan peluh peluh ketiak.Penat berbaloi barang yang nak kami beli masing-masing dapat.Ala beli kain nak buat baju sepasang.Tinggal sikit lagi nak cari tue pun dalam bulan 3 boleh cari.

Sekarang nak rehat nak tengok tv..Besok duty seperti biasa mengemas rumah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...