Pengikut

Jumaat, 27 Disember 2013

CPUV TERAKHIR 2013



Rabu, 18 Disember 2013

Photobook Yasmin&Gmarl


Yeaaa album photobook yang ke-2 dah dapat..Yang nie aku buat khas untuk adik aku Yasmin..Aku letak semua gambar kahwin dia,harap-harap dia akan suka.. 

Jumaat, 13 Disember 2013

Sup Ayam untuk Krul yang demam


Krul demam panas dari hari rabu lagi makan pun tak lalu,sian plak tengok dia asyik baring dan tidor je.Nak masak kang dia tak lalu nak makan jadi aku masak sup ayam letak macaroni biar berselera sikit dia makan.

Kang nak bawa dia pergi klinik.Ubat yang Krul beli di farmasi tue nampaknye tak mujarab.Harap-harap Krul cepat sembuh nanti.Sunyi rasanye tak dapat nak buli dia..

Ahad, 8 Disember 2013

:: Nasi Mandy ::

Cubaan memasak Nasi Mandy atau senang dipanggil nasi arab.Aku pernah makan sekali je nasi arab, tue pun masa OT bulan lepas, bos belanja makan bungkus.

CC bahagian aku ada jual,aku tengok cara masaknye senang jadi belilah satu boleh makan sepuas hati.Nasi arab kan tak ada kanji boleh lah makan banyak-banyak.

Ni kotak Nasi Mandy harganya RM15.00


Dalam kotak Nasi Mandy nie disediakan beras basmati dan rempah-rempah hanya guna saja rempah yang diberikan tak payah nak tambah-tambah lain.Seperti yang korang nampak kat bahagian belakang kotak nie disediakan cara-cara memasak ikut saja arahan yang diberikan.



Salad Arab


 Salad nie sepatutnya masukkan tomato tapi aku tak masukkan.Tomato masam nanti tak habis plak.


Sos Harrah


Sos nie aku tambah sedikit gula nak bagi ada manis sikit 


Ayam Panggang


Ayam sekor dipotong 8,sedap ayam panggang nie ikut hati memang nak gatah je ayam nie tapi kena gak tinggal sikit nak bagi family aku rasa.


Nasi Mandy


Nasi yang siap dimasak.Nasi nie masih basah lagi tak cukup kering,aku dah lapar sangat dan tak tahan bau nye yang sedap jadi makan panas-panas.Jadi pada yang nak masak gunakan periuk nasi yang besar sikit supaya nasi nie dapat kembang dengan baik dan boleh panjang nasinya. 

Tarraaaaa...sedapnye..



Pada sesiapa yang berminat nak beli Nasi Mandy nie boleh hubungi Pn. Saniah ditalian 012-6850064 harga tetap sama RM15.00...Selamat membeli dan memasak..


***Hidangan untuk 4-5 orang



Sabtu, 7 Disember 2013

Nasi Impit berlauk Sambal Sardin bersama Serunding Daging

Nama resepi panjang betul kalah master chef.


Ubah selera dengan makan nasi impit bersama sambal sardin dan serunding daging(tiada dalam gambar lupa nak snap).Agak pelik kan tapi percayalah ianya sangat sedap jika korang buat betul-betul sambal sardin tue.

Jumaat malam aku dah siap-siap rebus nasi impit jadi pagi tadi lepas subuh mula operasi masak lauk sardin.Taklah ambil masa yang lama tunggu nak makan.

Selasa, 3 Disember 2013

Siap sudah Photobook ku


Cepat betul sampainye Photobook nie, aku hantar khamis minggu lepas hari nie dah terima.Hasilnye sangat memuaskan hati gambar semuanye OK tak pecah dan kertas yang digunakan pun kertas berkualiti.

Dapat je Photobook nie aku berlari dapatkan kawan2 yang buat benda nie nak tunjuk yang Photobook aku dah dapat dan nak buka sama2 dengan dorang baru lah best.Aku hasut dorang suruh buat jadi haruslah tunjuk kat dorang biar dorang hantar cepat Photobook dorang yang masih lagi dalam pembikinan.Rupanye rinie punya pun dapat sama hari nie,dia pun hantar hari yang sama dengan aku.

Kat bawah tue photobook rinie dan aku,rinie punya pun cantik. 


Saiz Photobook nie sebesar 6x6 inch.Ambil pembaris ukur tue lah besarnye.

Balik nie nak buat surprise kat suami masing-masing.Walaupun Krul dah tau aku buat photobook nie aku nak buat gak surprise nak dengar dia kata ape cantik ke tak???


Kalau ada yang nak buat cuba tengok Groupon ada lagi tak promosi Photobook nie.. 

Kepada Linda,Kak Su,Cik P,Yana Dan Fura sila hantar cepat dah dapat kami nak tengok.Rinie kite dah boleh mula buat yang 1 lagi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...