Pengikut

Khamis, 27 Jun 2013

:: Mari Pecah Tabung Comel ::

Sebulan yang lepas aku ada buat entry bertajuk :: mari menyimpan syiling emas :: arinie aku dan Linda dah pecah tabung comel kami (nama je pecah tabung tapi tabung tue tak pecah pun nanti nak guna balik pun) dan kami telah pun mengira simpanan syiling tersebut dan jumlahnye hampir puluhan ringgit.Sangat teruja masa mengira syiling memasing.

Nie hasil simpanan sebulan aku, semuannye RM40.00..Penuh tabung comel nie dengan syiling emas 20 sen..


Aku nak simpan duit syiling nie ke bekas lain yang lebih besar.Aku nak teruskan menyimpan duit syiling..Korang nak tau Linda dapat berape hasil simpanan syiling 5o sen dia,terjah blog dia disini..

Terima kasih pada hubby dan juga pada kawan2 seopis yang sudi menukar duit syiling emas dengan aku..Korang telah memberi harapan untuk aku terus menabung.. 



Isnin, 17 Jun 2013

Satin Hands - Mary Kay


set merangkumi: pelembut tangan,skrub tangan,krim tangan dan beg hadiah(maaf tiada dalam gambar)

Serlahkan Kulit Gebu yang Mencuit Tumpuan

Hadiahkan diri anda dengan belaian produk yang berasaskan buah aprikot ia bertindak pantas untuk melembut,manghalus dan mengharumkan kulit,sehingga setiap yang memandang pasti akan terpikat..

Hanya RM155 Satin Hands Pampering Set.

Aku dah cuba produk Satin Hands ini,tangan memang terasa lembut setelah digunakan bau harum buah aprikot masih ada walaupun telah dibasuh tangan berulang kali.

Untuk lebih info sila ke blog lynflowers87.blogspot.com..dan ada komen dari testimoni tentang produk Satin Hands ini.


Tolong Linda dapat Enchanteur

Terima kasih Linda bagi bedak Enchanteur nie kat aku..Sebenarnya kawan-kawan Linda masuk peraduan dalam majalah RAPI dan dia menang banyak barang Enchanteur..Banyak mana barangnye korang terjah kat sini k..


Bedak nie wangi sangat...

Khamis, 13 Jun 2013

jOm bELi MARY KAY


Disebabkan produk Mary Kay nie sangat best aku nak kongsikan pada korang semua kebaikan produk Mary Kay nie..

Mulakan dengan langkah pertama dengan memakai Mary Kay Foundation Primer Sunscreen Broad Spectrum SPF 15.Kotak no.1 adalah Mary Kay Foundation Primer Sunscreen Broad Spectrum SPF 15 29ml,fungsinye ialah membantu agar bedak asas tahan lebih lama.Harganye cuma rm80 sahaja,walaupun mahal tapi ia sebenarnya sangat berbaloi.

Kotak no.2 tue adalah TimeWise Matte -Wear Liquid Foundation 29ml,fungsinye ialah untuk menentang penuaan dan mengawal kilatan pada kulit muka.Kulit nampak anjal,lebih muda dan lebih sihat dengan serta-merta.Sesuai untuk kulit muka yang kering dan berminyak.Aku menggunakan tone warna ivory 5 sesuai dengan warna kulit aku yang tak berape nak cerah nie.Harganye rm72 sahaja.

Ingin memiliki bibir yang mungil cubalah produk solekan bibir Mary Kay untuk aneka rona bibir yang menawan.Aku menggunakan Mary Kay NouriShine Plus Lip Gloss 4.5ml-Pink Parfait.Botani yang padat dengan antioksida bertindak serta merta untuk membekalkan lembapan,melegakan,melembutkan dan mengilatkan bibir dan ia hanya rm50 sahaja.

Ada sape-sape berminat nak beli produk Mary Kay nie???Korang bolehlah hubungi Linda Rosli a.k.a mummy Linda atau pun korang terjah terus ke blog dia lynflowers87.blogspot.com..Produk Mary Kay nie bukan sekadar untuk kaum wanita ia ada juga untuk penjagaan kaum lelaki baguskan..




Khamis, 6 Jun 2013

Surprise Cik Pierre Cardin buatku di ulang tahun perkahwinan ke-4



Hubby jika U tengok blog saya nie terima kasih banyak-banyak hadiahkan hand beg Pierre Cardin ini...U tipu I lagi yea tahun nie,beria-ria kata tak ada hadiah tahun nie tup tup pakat dengan Rinie minta dia bagikan hadiah ini.

Ia memang surprise,terbaiklah I terkena kali nie.Naik je opis dari beli makanan sarapan tadi sampai je kat tempat duduk terus terbeliak biji mata nie tengok atas meja ada bungkusan hadiah.Bila tengok tulisan pada kad tersebut sah ia memang tulisan Hubby.Cuma tak pasti macam mana ia boleh berada di atas meja sedangkan U berada di Terengganu ketika ini (5-10/6/13).Nasib baik Amirah terperasan yang Rinie ada bawa bungkusan hadiah ini masa Rinie sampai opis.

Saya dah tau dah macam mana hadiah tue boleh ada kat tangan Rinie.

Gini ceritenye:

Hubby terjumpa dengan Rinie dan Apulkan kat Jusco Maluri hari selasa (4/6/13),dan masa tue lah hubby pakat dengan Rinie minta dia tolong bagikan kat saya di opis hari ini.Dan U siap pesan jangan bagi tau pada saya kan yang  U akan bagi hadiah pada saya hari ini.Betulkannnnn...Saya jadi polis pencen jap bertanyakan soalan kat Rinie macam mana dia boleh pegang hadiah tue,selagi Rinie tak cakap selagi tue saya dok menyoal dia,sian dia kena paksa jawab soalan saya.

Hubby,I suka handbeg nie sangat sangat..semua yang tengok handbeg nie kata lawa...Saya dah berangan nak pakai handbeg Cik Pierre Cardin dengan kasut Cik Valentino Rudy mesti awesome!!!



 suka handbeg Cik Pierre Cardin nie bukan sekadar boleh dipegang tapi ia juga boleh disandang dengan tali panjang yang diberikan,kiranye 2 in 1 lah nie.bagus bagus bila rasa macam malas nak kepit kat ketiak boleh sandang pula.


Mohd Khairulanuar saya sayang kamu sangat sangat sangat....




Ulang Tahun Perkahwinan ke-4

Diam tak diam hari ini telah genap 4 tahun usia perkahwinan kami. Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan ke-4  kita Hubby! 

Suka duka, susah senang, masam manis dan asam garam alam rumah tangga sama-sama ditempuhi. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat..InsyaAllah..Amin

video

Hubby saya harap awak suka dengan movie yang saya buat nie..walaupun simple tapi ia menarik bukan..Nak buat gempak-gempak tak pandai..

Hubby terima kasih bagi kasih sayang sepenuh hati pada saya..

LOVE U SO MUCH





movie


Selasa, 4 Jun 2013

Terkena S U R P R I S E demi S U R P R I S E

Semalam aku citekan aku kena kan K'rul dengan surprise demi surprise untuk K'rul arini bahagian aku plak yang terkena.

Tidak aku sangka rupanye K'rul pun pandai buat surprise kat aku.Poyo lah nak tiru tiru aku konon.Macam mana aku pandai berlakon dia pun pandai berlakon gak.

Surprise pertama yang k'rul buat masa anniversary yg pertama kali tahun 2010.Caranye,k'rul minta staff dia sendiri yang hantarkan hadiah kat opis aku.Masa staff dia hantar tue aku heran gak macam ku kenal saje ini orang,tengok pada baju yg dipakai macam baju staff k'rul je tengok nama plak sah memang orang opis k'rul siap ada lencana.Tah ape namanye lupa plak dah tukar pun ke tempat lain.Encik tue datang kat meja aku cakap nak jumpa dengan pn. myfara, sah-sah aku dok depan maka aku lah orangnye.Aku tanya nape yea dalam hati tiba-tiba risau nape dengan hubby ada berite buruk ke?? Encik tue hulurkan kad dan hadiah kat aku,Encik tue juga cakap dia hanya diminta hantarkan ape barang dia pun tak tau ape isinye.


Sekeping kad ucapan dan sepasang anting-anting...

Pandai dia, masa makan kat Pizza Hut tak nak bagi konon nak buat surprise lah tue..Aku tel. hubby,boleh plak main-main kata tak bagi sudahlah jangan nak poyo.Dia sengaja nak bagi masa hari kerja cuma surprise lambat sebab aku dah bagi dulu hadiah masa kat Pizza Hut tue.

>>> *** <<<

Seterusnya aku terkena surprise masa birthday ke-26 tahun 2010.Kat opis,lepas je aku naik dari solat zohor tengok-tengok atas meja ada bunga.Hubby bagi bunga ingatkan boyfriend mana yang bagi..kikikiki..mana ada orang lain dia lah cinta pertama aku.Bukan dia yg hantar tapi org kedai bunga yang hantar.Bila balik rumah lepas mandi dan solat asar tengok atas meja makan ada kek.Peh melompat lah aku dapat kek..


Terasa hari itu sangat bahagia.

>>> *** <<<

Surprise ke-3 aku dapat masa anniversary ke-2 tahun 2011.Nie baik punya perancangan dia buat..Aku kena TIPUUUUU wei...Cerite selanjutnye disini


Good job hubby,u tipu i dosa tau..tapi i maaf kan u..

>>> *** <<<

Nie surprise yang tak berape nak jadi,konon nak bagi surprise untuk birthday aku yang ke-28 tahun 2012.Kenape tak jadi sebabnye aku dah nampak dulu hadiah tue.Tak pandai cover lah dia..masa tue dia baru balik dari bersukan kat bawah rumah,dah tau aku yang akan buka pintu sorok lah jauh-jauh kat muka pintu gak diletaknye memang lah aku nampak,ko ingat aku buka pintu terus masuk dalam mestilah aku nak tengok luaran sekali kan.. 


Walaupun dah nampak tapi aku tak tau ape ke benda isi dalam beg plastik tue.Bila buka handbag Cik CarloRino buatku rupanye.

>>> *** <<<

Seterusnya surprise masa sambut anniversary tahun lepas 2012 yang ke-3 tahun.Masa nie kan sama-sama kata tak ada hadiah untuk anniversary tersebut tapi sama-sama kena tipu rupanye masing-masing bagi hadiah.


Surprise nie terjadi kat Fullhouse Wangsa Walk..
nak baca kisah N3 dulu disini

>>> *** <<<

Sekali lagi aku kena surprise dua kali.Surprise ni masa birthday aku tahun nie yang ke 29 tahun,tahun terakhir aku memang angka 20an.
korang baca kat sini dan sini je lah k.


Terkena aku di hari birthday sendiri.

Buat hubby bukan hadiah yang dipinta cukuplah sekadar kasih sayang yang diberikan...Tapi kalau nak bagi gak i terima je,ape org kata rezeki jangan ditolak..kikiki..



***Anniversary ke-4 tahun tinggal 2 hari lagi...


Isnin, 3 Jun 2013

S U R P R I S E demi S U R P R I S E untuk K'RUL ! ! ! !

Seronok bila surprise yang dirancang menjadi.Bagi tak nak diperasan surprise yang nak dilakukan kite kena bersikap cool je buat seperti biasa seolah-olah tiada apa nak dilakukan..

Aku sejak berkahwin nie baru lah buat surprise masa tengah berkawan dan bertunang tak ada surprise langsung aku buat untuk hubby,dia punya birthday dan anniversary couple kami pun aku tak bagi hadiah hanya bagi ucapan dan belanja makan je.Dulu mana ada duit nak bagi hadiah kat anak orang, baik simpan untuk diri sendiri dan lagi pun dia tue belum confirm lagi jadi suami kite ajal dan jodoh ditangan Tuhan.

Serius muka dah cool cover tapi dalam hati berkeh keh gelak tak tahan nak mengenakan dia,takut gak surprise tak menjadikan.

Surprise pertama aku buat masa anniversary pertama kali tahun 2010.Aku ajak hubby makan Pizza Hut kat The Mines.Setelah pizza diorder aku cakap nak pergi toilet,sebelum pergi aku minta hubby jangan pandang aku masa aku nak kuar ke toilet nasib dia dengar arahan.Sebenarnye aku hanya plan nak bagi gitu je bila habis makan,tiba-tiba tukar plan ada pekerja pizza dok kat muka pintu aku minta tolong kat dia minta dia bagi kan selepas aku beredar.Masuk je toilet aku senyum puas-puas hati,tunggu dia call aku.Lama gak baru dia nak call aku ada gak dalam 10 minit nasib org ramai kalau tak ape kejadah nak dok lama-lama dalam toilet,tue pun dia minta aku kuar cepat dan suara dia masa tue tahan gelak.Yes yes plan berjaya.


Ingatkan dia dah buka hadiah rupanye tak lagi..Bila aku datang kat dia baru dia buka.Siap cakap kat aku dia malu gile coz semua orang pandang kat dia..Kikikiki..Kami berdua gelak bersama tapi slow je lah.Dia kata mulanye dia pelik tak pernah tengok aku kuar bawa beg besar rupanye ada hadiah didalam beg tue..So selepas dari hari tue nak buat surprise tidak lagi menggunakan beg besar.Oh ya terima kasih Faizullah tolong belikan hadiah PSP tue tak de ko tak dapatlah aku nak hadiahkan hadiah tersebut.PSP nie sehingga kini masih elok lagi,pergi kursus mesti dia bawa.Game bola ada kan mana tak heret kemana-mana.

...   ***   ...

Surprise ke 2 aku buat masa birthday ke 27 tahun 2011.Masa itu kami berjalan ke Bukit Merah bersama Abg Aziz sekeluarga.Aku ada buat cite percutian ke sana nak baca disini yea.Surprise nye masa hubby mandi cepat2 aku letak atas meja makan,lepas dah bersiap-siap baru nak makan kek yang dibeli siang hari.Aku tutup pakai surat khabar bila dia angkat je surat khabar tue apa lagi terperanjat lah dia.Lompat-lompat dia ,macam budak kecik je..


Ada gak soalannye tanya kat mana simpan hadiah dalam beg pakaian tak nampak pun isi hadiah.Hai nak buat surprise kena lah pikir macam mana nak sorok.Aku minta tolong abg. Aziz bawakan hadiah nie.Bila dah tiba hari nye baru aku ambil kat kak siti wife abg aziz.Terima kasih yea abg aziz & kak siti atas kerja sama.Plan berjalan dengan baik.

...   ***   ...

Surprise seterusnya di hari birthday dia lagi.Kali nie birthday dia yang ke 28 tahun iaitu tahun 2012.Surprise nie pun aku ada citekan, baca disini je lah k.


Aku suka surprise nie coz terasa macam baru bercinta plak.Siap ambil-ambil gambar.Hadiah nie aku beli dengan abah,abah tolong pilihkan mulanye aku nak beli yang kecil macam yang aku bagi kat abah,abah kata alang-alang beli baik beli yg besar sikit.Sian abah punya helikopter hilang diawan sebab hilang kawalan,remortnye rosak.Harga tak payah tanya lah murah je.

...   ***   ...

Asyik-asyik birthday je kan kali nie aku buat surprise masa anniversary yang ke-3 tahun iaitu tahun lepas 6.6.2012. Citenye ada disini ye kawan-kawan.


Sebelum anniversary dalam sebulan ,seminggu dan sehari nak sambut aku dah kata nanti tak ada hadiah tau,bajet lari nak beli hadiah.Hubby pun sama kata dia pun tak dapat nak bagi hadiah.Tapi itu semua bohong rupanye dia bagi gak aku hadiah.Aku pun buat muka sedih sorry awak saya tak bagi hadiah rasa tak best plak tak balas hadiah.Dia pujuk aku kata tak pe bukan hadiah yang penting asalkan kita bahagia dah cukup.Sebenarnye aku dah pakat dengan Aby suruh simpan kan hadiah IPhone tue kat rumah.Bila kuar makan baru bagi kat aku.Habis je makan lepas di hulur hadiah aku pun bagi lah dia hadiah.Korang nak tau hubby kedu tak boleh nak kata ape-ape,gembira sesangat mana tak nye yang dihajati tercapai.1 je perkara aku tak suka dapat hadiah mesti nak tanya beli dengan sape?mana dapat duit?kenape bagi hadiah? bosan lah nak jawab..Aku senang je bagi jawapan kata surprise kalau bagi tau semua kantoi lah surprise tue..

...   ***   ...

Nie surprise birthday tahun lepas 2012 yang ke 29 tahun.Masa nie hubby kena pergi outstation ke kedah dan Pulau Pinang maka tak dapat lah nak sambut birthday dia bersama.Sedih aku tak dapat bersama-sama dia.


Bagi tidak dia rasa sedih aku telah buat surprise, aku telah masukkan hadiah didalam beg pakaiannye dipagi hari masa dia nak gerak ke pejabat.Aku selitkan perfium diantara pakaiannye.Masa dia turunkan aku kat opis aku,aku pun salam dia ucapkan happy birthday kat dia sorry tiada hadiah nak bagi.Tipu tetap ada tapi tipu sunat tak dosakan.Dia ok je cuma kata doakan dia selamat pergi dan balik.Masa dia sampai kat kedah dia ada tel aku,ingatkan dia dah jumpa hadiah rupanye tak masa borak-borak sikit pun dia tak sebut.Aku pun cakap dengan dia,nanti dah sampai bilik kuarkan lah baju dalam beg,nanti simpan lama-lama baju dlm beg, baju boleh busuk sebab terperapkan.Alasan tah ape-ape tah aku nie,macamlah sebelum nie pergi jalan-jalan @ kursus aku kuarkan semua baju dalam beg.Dia pun kata nanti dia buat.Malam lepas dia sampai bilik dia buatlah ape yang aku suruh,masa tue lah baru dia jumpa hadiah.Dia call aku gelak-gelak dia cakap patutlah suruh buat gitu rupanye ada hadiah disebalik baju.Kikikiki..

...   ***   ...

Bila diingatkan kembali peristiwa surprise tue rasa geli hati pun ada.Aku harap hubby tau yang aku sungguh-sungguh sayangkan dia dan bukan sengaja aku nak tipu dia mahupun nak kenakan dia tapi ini je cara nak buat dia happy..





****Anniversary yg ke-4 tahun tinggal 3 hari lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...