Pengikut

Isnin, 29 September 2014

Bunga Pokok Sepit Udang Sudah Berkembang

Uolls bunga Pokok Sepit Udang i sudah berkembang..Lepas aku up N3 Pokok Sepit Udang sudah berbunga besok-besok tue dia dah berkembang pulak macam tau-tau je aku menunggu dia berkembang..


Harap-harap lepas nie banyak lagi tumbuh berbunga..



Jumaat, 19 September 2014

Pokok Sepit Udang sudah berbunga

Dulu kami beli Pokok Sepit Udang nie 2 pek plastik hitam dan siap ada bunganye sekali,lepas bunganya habis musim langsung tak berbunga berbulan-bulan hanya pokoknye je yang rajin beranak-pinak tumbuh baru.Setiap hari balik kerja kalau sampai awal kami akan siram semua pokok-pokok bunga cuma aku je rajin sikit bercakap dengan pokok-pokok ikut petua mama & linda bercakap dengan pokok supaya pokok serasi dengan tuannya.

Maka setiap kali siram dan letak baja pada pokok aku akan cakap dengan dorang (pokok-pokok) "hidup segar-segar yea pokok, nanti tumbuh bunga biar lebat-lebat yea biar nampak cantik halaman rumah" gitulah aku cakap dengan dorang..hihihihi..

Minggu lepas macam biasa aku tengah dok siram-siram pokok bunga saje je selak daun-daun pokok sepit udang nie sekali ada bunga,Serius aku suka sangat-sangatttttt.....aku terus panggil krul tunjuk kat dia dan capai handphone snap gambar hantar kat mama & linda nak tunjuk kat dorang pokok nie dah berbunga.Tak sia-sia aku tunggu berbulan-bulan pokok nie nak berbunga.

Tengok lah si warna merah tue,itulah bunga Sepit Udangnye..


Close up sikit, nie belum kembang lagi tau nanti bila dah kembang aku up lagi gambar tunjuk kat korang.





*** Pokok Sepit Udang nie macam-macam jenis nie salah satu jenisnye..Cuba search dalam google tengok..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...