Isnin, 31 Disember 2012

2012 in Review

JANUARI 
 9-1 : Makan Di Ana Ikan Bakar Petai
14-1 : Makan Di Bagan Lalang
25-1 : Colmar Tropicale di Bukit Tinggi

FEBRUARI
8-2  : 28th BIRTHDAY
8-2  : Cik CarloRino Buatku
22-2 : ON AIR
24-2 : 24 Februari Muncul Kembali

APRIL
12-4 : Pencuri! Pencuri! Pencuri!

JUN
6-6   : Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-3
          Meraikan 3rd anniversary di Fullhouse
          hadiah di ulang tahun perkahwinan ke-3
12-6 : Bergumbira d Genting

JULAI 
 3-7 : 3 hari KPSL
16-7 : 2 minggu di tingkat 3
24-7 : aktiviti-2-ramadhan Bermain layang-layang

OGOS
 9-8 : Nasib baik tak raya sehelai sepinggang

19-8 : Belum Pakai Baju Raya Lagi
30-8 : Besok kena pergi Bukit Jalil
31-8 : Janji Ditepati

SEPTEMBER
9-9 : Si Kelisa sudah mati
20-9 : Al-Fatihah-Dalam Kenangan
24-9 : Tiada lagi Si Chiki di rumah
26-9 : Good Bye Kak Jue

OKTOBER
12-10 : kursus komunikasi interpersonel

NOVEMBER
3-11 : fullhd media player

DISEMBER
 4-12 : pergi kau penyakit resdung
10-12 : bertuah di hari ict
21-12 : SeLaMaT HaRi LaHiR HuBbY
25-12 : Nasi Padang Grand Seri Garuda Emas




Ahad, 30 Disember 2012

Taman Warisan Pertanian,Presint 16

Terpengaruh dgn JJCM (jalan-jalan cari makan) tgh hari tadi yang tunjuk menu roti john kami berdua ke Taman Warisan Pertanian,Presint 16..

Tak mau panjang cite sampai je kat situ terus cari gerai roti tersebut,aku pandang depan hubby pandang kanan masing2 mencari.hubby suruh aku pandang kanan,mak aii terkejut aku panjang betul barisan orang beratur nak beli.Aku jalan depan gerai tue betul lah tue kedai nye coz ada stiker JJCM tergantung kat cermin gerainye.

Hubby kata dari kite beratur panjang nak beli baik kite makan ape2 dulu lagipun perut dah lapar kang bile dah habis makan baru beratur beli.Dah kata gitu aku dan hubby cari lah makan yang lain.

Macam2 ada jual disini antaranya nasi berlauk,Satey dr satey haji Samuri kajang,Sup,bakso,nasi ayam dll.Air minuman plak ABC,air kelapa,cendol,air buah dll.So kalau korang nak rasa datang lah ke sini.

Kat sini bukan saje ada tempat makan,di sini korang boleh jalan di taman yang disediakan.Kat taman nie korang boleh tengok hasil tanaman buah2an yang di tanam.Oh ya dikenakan bayaran masuk tau. Nak datang berkumpulan atau persendirian pun boleh tapi harga masuk lain yea begitu juga harga dewasa dan kanak2 pun lain tapi tak mahal pun bawah RM10 je.sorry lupa berape harga aku dan hubby tak masuk but next time datang aku nak masuk.

Sudahnye nie yang kami makan dan minum.Nasi Ayam Penyet Berempah dan Kerang Rebus air pula ABC dan Cendol Pulut.

Agak-agak korang kami beli tak roti john tue???? Jawapanye TAK beli pun.Serius wei orang ramai betul beratur nak beli lebih panjang dari aku datang tadi.Berkira-kira nak beli ke tak semata-mata nak beli 1 je sudahnye tak beli.

Boleh plak nak turun tangga jumpa plak dgn Rinie dan suami Apul.Dorang baru sampai kalau lah sampai sama2 tadi boleh kite dok semeja makan bersama-sama,borak2 jap lepas tue kami pun balik..



Selasa, 25 Disember 2012

Nasi Padang Grand Seri Garuda Emas Restoran



Nasi Padang Grand Seri Garuda Emas Restoran nie terletak di  Jalan Raja Alang,Kampung Baru.Restoran ini menyajikan masakan minang istimewa. Duduk sahaja kami ber4(abah,mama,hubby & aku) ditanyanye nak makan hidang atau nak pilih lauk.Kami memilih utk dihidangkan makanan disebabkan nie first time kan makan kat situ.Tak sampai 5 minit lepas order minuman, makanan pun sampai.Makanan dihidangkan hampir memenuhi meja makan kami.


Hubby yang pernah makan kat situ cakap pilih lauk yang nak makan saje yang mana tak nak makan asingkan ke tepi nanti senang orang kedai tue nak kira berape harga.Aku tak ingat plak berape lauk diasingkan,yang pastinye lauk yang kami makan banyak gak.Aku makan 2 lauk saje,lauk perut lembu masak lemak dan sotong berlauk.


Secara keseluruhan lauk yang dihidangkan sedap dan sedap..Nanti boleh datang sini lagi..Harga pula boleh dikatakan murah macam aku kata tadi dorang akan kira berape lauk yang kite makan.Sambil makan-makan pelanggan akan didengarkan dengan lagu loghat minang..Aku tak paham tapi layankan je lagu-lagu tue.







Jumaat, 21 Disember 2012

SeLaMaT HaRi LaHiR HuBbY



Hubby SELAMAT HARI LAHIR yang ke 29 tahun..Doa sayang untuk hubby semoga panjang umur,dimurahkan rezeki yang diberkati dan selalu dipermudahkan segala urusan yang membebenkan kepala.

Hubby...sayang rasa sedihlah tak dapat nak sambut hari lahir hubby bersama-sama,hubby balik dari outstation (Kedah & Pulau Pinang) nanti sayang belanja hubby jalan-jalan & makan ok..Tak dapat tahun nie nak buat kejutan untuk hubby..Hadiah yang sayang bagi semalam (yang tersorok dalam beg pakaian) tue harap hubby suka ok, nanti pakai tau kat sane..

LOVE U SO MUCH MOHD KHAIRULANUAR

^__^

Khamis, 20 Disember 2012

20-12-2012

20-12-2012



Satu lagi tarikh yang mempunyai no. yang sama iaitu taikh, bulan, dan tahun.
Lepas nie kite tak kan jumpa lagi tarikh yang begini.
Yelah mana ada bulan 13 kan..

Selasa, 18 Disember 2012

semakin dekat TAMBAH TOLAK DARAB BAHAGI

Step pertama dah selesai, lega sikit hati nie seminggu aku susah hati dok pikirkan benda TAMBAH TOLAK DARAB BAHAGI nie..Alhamdulillah Allah dengar doa aku,Dia permudahkan urusan tersebut.Kini kami boleh melangkah ke step ke2,aku berharap sangat tiada masalah yang timbul kemudian hari.

TAMBAH TOLAK DARAB BAHAGI kami berdua semakin dekat menghampiri engkau,jangan cuba lari dari kami..TAMBAH TOLAK DARAB BAHAGI kami tak sabar untuk memiliki engkau.

Ya Allah permudahkan urusan kami,semoga semuanye berjalan dengan lancar.

Rabu, 12 Disember 2012

12-12-12


12-12-12

cantik no. nie, mesti ramai yang kahwin arinie kalau jatuh hari sabtu ahad mesti dan mesti lagi ramai yang kahwin...




***aku harap arinie lebih baik dari ari semalam...amin...




Selasa, 11 Disember 2012

MERAH CILI MUKA AKU

MALU!!!!!! aku MALU!!!!

berdezup muka aku merah dek kerna malu yang tak terhingga...Aku akui memang SALAH aku kalaulah aku tak buat benda tue tadi mesti tak jadi benda tersebut..AHHHH sedihnye...Benda dah jadi tak boleh nak undur...Andai dapatku putarkan waktu memang aku tak nak jadi benda yang memalukan aku tue terjadi..

Betullah orang kata berfikir dulu sebelum bertindak,tak pe aku redha aku terima dan jadikan sebagai pengajaran..




*** kawan2 jangan ditanya ape bendanye kerna jawapan yang aku akan cakapkan NO KOMEN...maaf aku tak dapat nak kongsikan perkara tersebut...

Isnin, 10 Disember 2012

Bertuah di Hari iCT

Hari nie aku dan kawan2 seopis pergi ke Hari ICT KPKK bertempat di PICC Putrajaya jam 8.30pagi-5.30petang bertemakan ICT Pemangkin Ke Arah Merakyatkan Perkhidmatan Awam.

Dipendekan cerite dalam majlis tersebut ada cabutan bertuah yang diadakan sebelum dan selepas slot ceramah.

Syukur Alhamdulillah rezeki memihak kepada aku, nie adalah first time dalam hidup aku bertuah dalam cabutan bertuah.Hadiah yang aku dapat ialah Cordless Mouse.


•The 2.4 GHz wireless connection provides a transmission range of up to 10 meters
•Power saving design offers 0.5-2 years of battery life.
•Feel free to plug the portable Micro Receiver into any USB port.
•IBM PC Compatible with USB port support.
•Windows 98/2000/ME/XP/Vista/7 and higher.



Jumaat, 7 Disember 2012

- KU MOHON -

Aku rasa lagu nie sangat sesuai di dengarkan kena pulak dengan perasaan yang aku alami sekarang ini..Thanks kak sue emailkan kat mai lagu nie..

Setiap hari kumohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya...

Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Kudoa Kau selalu
Mengawasi gerak-geriku
Berkatilah, ku perlu rahmat dariMu...

Oh Tuhan, terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan, ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu

Adakala ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku...



Nyanyian - SHEILA MAJID

Khamis, 6 Disember 2012

aku nak badi tue jugak

Semalam LINDA kena badi aku berblog aku harap lepas nie aku pulak kena badi LINDA..Asyik orang sebelah aku je berisi aku pun nak gak berisi..

LINDA aku ucapkan tahniah dan jaga diri baik-baik jangan buat kerja berat2 k...

LINDA boleh tukar kerusi tak aku nak amek aura ko..Dulu lupa nak tukar kerusi lepas EJA bersalin...

Rabu, 5 Disember 2012

kena badi sape duduk sebelah myfara

Aku rasa lah sesape duduk sebelah aku @ kawan dengan aku pasti akan kena badi dengan aku.Badi ape ekk??? badi buat blog..Dorang pun nak gak ada blog nak taip-taip kisah kehidupan.Terbaru partner sebelah aku LINDA,arinie dia sehari suntuk belajar buat blog dengan aku sampaikan kerja key in surat tergendala tapi jawab call tetap dia buat siap berebut dengan aku nak jawab call.

Bukan buat blog je tau siap minta aku ajarkan buat nuffnang..Amboi dia pun nak gak duit dari en. nuffnang..

So kawan2 sekalian jom follow blog linda iaitu mummy linda.

Linda kalau tak tau ape2 cakap lah aku ajarkan..Aku tak kedekut ilmu..hihihihi..gurau je..

Selasa, 4 Disember 2012

Pergi kau penyakit RESDUNG


5 biji ubat kena telan dan 2 botol untuk dititikan ke mata

Ubat nie semua untuk meredakan kegatalan & keradangan hidung dan mata..Akhirnya aku mengalah juga dengan kesakitan yang aku alami berbulan2 dan berminggu,semuanye dari desakan LINDA yang suruh aku pergi klinik.

Dari hari Sabtu aku cuba pergi klinik tapi ada je klinik tutup dan tak ada doktor pada masa aku pergi.So semalam aku tekad pergi klinik gak lepas balik kerja.Paginye aku search dalam internet tengok ape punca penyakit aku nie,bila search aku dapati aku mungkin terkena penyakit resdung..Allahhuakbar!!!! takutnye aku kena penyakit nie..

Masa aku jumpa doktor,aku citelah yang mata aku nie gatal2 macam ada pasir dalam mata dan selalu berair,hidung pula gatal2 macam ada ulat sedang membiak dan berair macam selesema.Dari ape yang aku citekan kepada  doktor,dia kata aku kemungkinan kena penyakit resdung.. 

Bila penyakit nie datang aku kurang bermaya utk berkerja dan berada dalam keadaan kurang selesa.Sampaikan ada yang menegur muka aku nie pucat(sebabnye tak bermake up) nampak mata bengkak dan ketara linkarang hitam dibawah mata(macam mata panda).

Doktor nasihatkan aku supaya jangan makan lagi benda yang gatal seperti seafood dan cuba sementara waktu kurangkan makan daging lembu dan ayam mungkin aku alah pada ubat yang disuntik pada daging tersebut.Uollss doktor suruh aku makan ikan je..Baiklah doktor demi nak sihat aku ikutkan arahan itu..To hubby yang berada di PD sekarang nie jika u baca blog i nie kan u kesian tak kat wife u nie nak makan pun kena berpantang dah serupa macam orang berpantang bersalin plak..

Ubat yang aku dapat dari KLINIK PERDANA SUNGAI BESI
1. Tab Prednisolone 5mg (trisolon) - 2 biji 2 x sehari - alahan - selepas makan
2. Cetirizine 10mg - 1 biji 1 x sehari - pagi - selesema/resdung/gatal - tidak mengantuk
3. Tab Actifed - 1 biji malam - selesema/resdung/gatal - boleh mengantuk
4. Hovid E (vit E) 200mg - 1 biji 1 x sehari - selepas makan
5. Neodeca Ear/eyedrop - 2 titik 4 x sehari - titik mata
6. Normal Saline Eye Drop - 2 titik bila perlu - titik mata

Alhamdulillah sakit nie dah lega tak rasa lagi kegatalan.

Semoga aku cepat sembuh dari penyakit nie,aku kalau boleh tak nak bergantung pada ubat je sepanjang hari..Ya Allah adakah nie balasan pada dosa aku kerna tidak menjaga pandangan mata aku dari melihat benda yang haram(aurat) jika benar kau ampunkan lah dosa hamba mu ini..