Pengikut

Isnin, 31 Oktober 2011

Menu Rakyat 1 Malaysia


Pakej menu yg murah tak dapat dimana2 restoran melainkan di Restoran Rakyat 1 Malaysia saje..

Jom kite serbuuuuuuu.....



Ahad, 30 Oktober 2011

breakfast on Sunday

Maaf En.Khairul suri rumah kamu nie agak malas utk sediakan breakfast pagi nie...Buat kawan2 yg lain tak mau jadi mcm saya yea..nanti hubby lari makan kat kedai makan tak balik2 baru menyesal...


 Sosej Goreng + Sos Cili + Mayonis

Wafel (ready make-gardenia) + Coklat + Anggur

Sabtu, 29 Oktober 2011

Sweet pun 97!!!


Dasar tak sedar diri betullah aku nie mentang2 dapat yg baru yg lama dilupakan terus,rupanye Sweet pun ada no. 97 cumanye no. Sweet di awal bukan diakhir macam kereta Green & kereta abah..

Persoalan disini,Adakah kereta Yasmin (adik) akan ada no. 97 jugak ke???sama2 kita nantikan..

Jumaat, 28 Oktober 2011

Antara cermin biasa & cermin 2 arah


PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..



sumber : http://www.facebook.com/jomdakwah

Khamis, 27 Oktober 2011

Eh Sama lah No.


Ape yg sama yea???

Perhatikan pada plat no kereta abah dgn Green ada persamaan pada no terakhir nye iaitu 97.

Masa tgk2 kereta aritu tak perasan langsung akan no plat Green yg mai & hubby ingat hanya nak no plat mesti bermula dgn W,actually mai hanya perasan bila dah confirm nak ambil kereta tue, dan bila bawa ke rumah family abah terperasan yg no plat Green sama dgn keretanye.Lantas mai pun berkata biasalah abah kata anak beranak tue yg nak sama2 gak no platnye dgn abah,padahal tue semua secara kebetulan je...

bergaya ala2 model kereta tapi versi model muslimah..hehehehe..


Sabtu, 22 Oktober 2011

My new car : Green


Nie lah bendanye yg mai tak sabar sgt menunggu tue..Awal2 lg mai dah letakkan nama utk kereta nie,mai namakan Green pasalnye warna kereta nie pun green..sesuaikan...

Kereta lama mana? Oh Sweet (kancil) sudah dipindah milik ke Aby,senang utk dia ke Kolej tak payah susahkan abah nak hantar & jemput balik kolej,baguskan nie kakak...

Secara peribadi Green nie sgt menepati citerasa mai...

Tak perlu kereta besar2 bagai pd mai  yg penting sekali kereta tue mesti jimat minyak,harga minyak kan kuat naik tak pernah nak turun2 pun...



***N3 nie sekadar berkongsi kegembiraan tiada niat utk menunjuk2 pun...harap maklum..

Jumaat, 21 Oktober 2011

BerJUBAH di ari Jumaat

Tibalah masanye mai berjubah!!!

Dulu masa sebelum bertudung berangan nak beli baju jubah,bila dipikir2kan X molek rasanye berjubah klu X bertudung, nie dah bertudung tue yg sibuk2 nak pakai jubah...Lagipun kat ofis ramai gak yg pakai jubah bila ari jumaat.

Tengok dorang sopan je bila pakai jubah,lagipun pakaian jubah nie sesuai dgn tuntutan agama menyarankan supaya kite melonggarkan pakaian supaya X nampak susuk bentuk badan kite.

Alang2 dah pakai jubah nie mai nak gak lah snap 1 2 3 gambar.hehehehe...


Amacam ayu tak? ada tak macam perempuan arab?
Menggenakan jubah hitam bercorak kerawang hijau, bertudung syria dan berkasut but.

Kat bawah nie gambar mai bersama2 kawan yg lain berjubah...

pose 1


pose 2


pose 3


Klu korang nak try pakai jubah silakan pakai, jubah nie sgt selesa tau lg pun ringkas je just sarungkan je sudah siap.Jgn repot2(dah jd plak minah indon) k cari je kat kedai2 Jalan TAR belambak jual tak pun cari je online dan klu nak gak dr tanah suci sila lah tempah pd sape2 yg pegi Mekah.



Ok lah tue je nak sharekan...assalamualaikum...

Khamis, 20 Oktober 2011

Kunci pun kuncilah asalkan dapat


Arinie pegang kunci dulu besok baru dapat pegang bodynye...Memang tido X lena lah jawapnye malam nie...Oh no! i can't waiting,i need u now...Sabar mai, sabar mai, sabar maifarah...


Selasa, 18 Oktober 2011

terperangkap dlm perut ikan

try to find your way through this fish shaped maze from head to tail


selamat mencuba

(^_^)


Isnin, 17 Oktober 2011

Lawak hari ini : Pak Pandir di Mc Donalds

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order apa..maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung. Sedang dia berfikir, datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya. Ahmad namanya. Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta.

Ahmad : Bagi Big Mac satu..

Pak Pandir : Bagi Big Mac satu...

Ahmad : Air...Bagi air coke yer...

Pak Pandir : Air...Bagi air coke yer...

Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad : Ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer (masa tu McD boleh merokok lagi)

Pak Pandir : Ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...

Ahmad : Hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...takder otak ker?

Nak tahu apa Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:

Pak Pandir : Aper..kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

hahahahahahaha.....sengal jerk!

Jumaat, 14 Oktober 2011

MENANTI DI ALAM KUBUR

KHUTBAH JUMAAT (28 JANUARI 2011 /23 SAFAR 1432H)
“ MENANTI DI ALAM  KUBUR ”

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga ketakwaan yang ditambah nilai itu, membentuk kita menjadi insan soleh dan mulia. Oleh itu, mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “ MENANTI DI ALAM KUBUR”.


Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:

Maksudnya : " Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).

Begitulah apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya, maka tinggallah segala apa yang dimilik sama ada ahli keluarga,anak-anak,  saudara mara, pangkat,harta benda dan sebagainya. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh sementara menunggu hari hisab dan pembalasan di akhirat.

Menurut kamus Lisanul Arab oleh Ibni Manzur, makna alam kubur ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pemisah antara dua alam sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.  Alam kubur  juga  merupakan tempat permulaan seorang manusia itu dihukum segala amalannya semasa hidup di dunia ini. firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 62:

Maksudnya : " Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar. Ketahuilah, bagi Allah jualah kuasa menetapkan hukum dan Dialah secepat-cepat Penghitung.

Ketika berada di alam kubur seseorang itu dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras)."

Bagi orang yang beriman kehidupan mereka di alam kubur dipenuhi dengan segala macam kenikmatan kurniaan Allah SWT. Sebaliknya bagi orang yang syirik, kufur dan ingkar terhadap suruhan dan perintah Allah sudah pasti seksaan dan azab kubur diterima sebagai tanda hukuman yang akan diterima di hari akhirat. Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi berkata, “ setiap mayat yang hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu di kubur memanggilnya, “Akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kepada Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Siapa memasukinya dengan taat, akan keluar dengan bahagia. Dan sesiapa masuk dengan derhaka, dia akan keluar dengan penuh penyesalan.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah.

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita percayai dan yakini kewujudannya kerana ia dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW memerintahkan kita agar sentiasa memohon pelindungan daripada Allah SWT dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut:

Bermaksud: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”(Riwayat Muslim)

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat sebagaimana Rasulullah SAW:

Bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Riwayat at-Tirmizi)

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah.

Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar, ramai umat manusia pada hari ini melupai tentang hakikat sebenar kehidupan dengan gagal mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Ramai daripada kita leka dengan kehidupan dunia. Jika ada di kalangan kita yang mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa tanpa merasa takut dan gentar akan kedasyatan azab alam kubur  ini. Mengapa ini berlaku, hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya.

Ingatlah bahawa  jalan Allah SWT tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan dan kesucian hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan melaksanakan beberapa perkara seperti berikut: Pertama: Gunakanlah masa yang berkualiti ini dengan sentiasa membaca al-Quran dan berzikir.Kedua: Bersikap tawaduk dan sentiasa merendah diri di hadapan Allah SWT. Ketiga: Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Keempat: Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan. Kelima: Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah  cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras.  Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”  (Riwayat Muslim)

Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita menghitung diri kita, bagaimana nasib kita di alam kubur nanti, adakah kita sebahagian dari umat yang akan dirahmati atau akan di azab oleh Allah SWT. Renungilah kehidupan kita selama ini, adakah kita sudah bersedia untuk meninggalkan alam dunia ini, bagaimana dengan amalan kita? adakah sudah mencukupi untuk bertemu dengan Alllah SWT di akhirat kelak. Ingatlah segala amalan kita akan diperhitungkan samada ia berpahala atau berdosa dan semuanya terserah kepada neraca keadilan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. lngatlah wahai  muslimin sekalian bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8:

Maksudnya: " Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! . "

sumber : Portal Rasmi Masjid Negara
               Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Khamis, 13 Oktober 2011

Dengarlah seruan kubur kita


                               gambar belas ehsan dr en google

Setiap hari kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali:
1. Aku rumah yang terpencil, ...maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan "بسم الله" sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan"لا إلاه إلا الله محمد رسول الله", supaya kamu dapat jawab soalan mereka

  
Semoga kita semua berada dalam rahmat serta redha Ilahi...InsyaAllah..
Amiin ya rabal alaminnn


N3 utk besok “ MENANTI DI ALAM  KUBUR ”

Selasa, 11 Oktober 2011

Peace Yoo...



Peace Yoo...

Sorry yea kawan2 bloger sekalian mai dah lama X update blog, pasalnye dah datang penyakit kemalasan yg melampau pada mai.Klu korang perasan mai dah start kemalasan dr bulan September lagi.Punca punca MALAS kerana Malas nak menaip, Malas nak mengarang cite, malas nak ambil gambar dan paling malas sekali malas nak habis kan masa depan pc..

Insyaallah klu ada kelapangan masa mai akan kembali berblog yea kawan2..
Ok see U again..Tata..

Rabu, 5 Oktober 2011

Amalkan Meminum Air


 Menurut kajian,air merupakan komponen terbesar di dalam semua makhluk hidup.Dalam tubuh manusia sendiri terdapat 70% air.Kekurangan air di dalam tubuh boleh mengganggu kesihatan tubuh,malah banyak penyakit berlaku disebabkan kekurangan air dan pengambilan air yang tercemar.Oleh itu,pengambilan air secara teratur amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan.

 Air putih contohnya,sering diabaikan oleh orang ramai terutama sekali ketika bangun daripada tidur.Amalan minum air sebaik bangun dari tidur amat bermanfaat untuk kesihatan.Sebenarnya,sepanjang kita tidur di antara 6 - 8 jam setiap malam,kita tidak minum air sehingga menyebabkan tubuh kekurangan air.

 Sepanjang tempoh tidur,tubuh akan mengeluarkan banyak cairan melalui pengewapan.Ini kerana,tubuh tidak berhenti bekerja biarpun kita tidur.Metabolisme sel tubuhlah yang membantunya.

 Sebab itu,kita akan berasa dahaga apabila setiap kali bangun dari tidur.Keadaan ini perlu dipulihkan segera dengan meminum air sebanyak 250 ml - 500 ml air,bergantung kepada berat badan seseorang,agar tubuh akan kembali segar semula.

 Jika kita tidak meminum air setelah bangun tidur,tubuh akan kekurangan mineral.Untuk permulaan,minum segelas air putih setelah bangun daripada tidur akan membantu tubuh.Air yang terdapat di dalam tubuh kita digunakan oleh organ-organ tubuh yang tidak pernah berhenti bekerja termasuklah otak,jantung,dan ginjal.Oleh itu,kita disarankan minum air.

 Selain itu,bukan hanya ketika bangun tidur kita perlu minum air,tetapi sebelum tidur juga kita disarankan untuk minum air.Tidak perlu terlalu banyak kerana minum air berlebihan sebelum tidur akan membuatkan kita sering terjaga malam untuk membuang air kecil,seterusnya mengganggu kualiti tidur anda.Malah,ia juga boleh memudaratkan fungsi jantung dan ginjal.

"Air bukan hanya untuk menghilangkan dahaga tetapi amat perlu bagi membantu pertumbuhan semuka sel,membantu mengeluarkan toksik daripada tubuh dan membantu dalam proses metabolisme tubuh".

Selasa, 4 Oktober 2011

Hilang Deria Bau Tanda Awal Nyanyuk

 Kehilangan deria bau mungkin menjadi tanda-tanada awal penyakit nyanyuk.Kajian terbaru menunjukkansejenis protein luar biasa-amyloid precursor protein (APP)-yang sebelum ini dikaitkan dengan penyakit alzheimer mungkin menjadi puncanya.

 Kajian terhadap tikus mendapati haiwan yang secra genetiknya menghasilkan paras APP yang tinggi mengalami kadar kematian sel saraf di hidungberbanding tikus biasa.

 Para penyelidik berkata,penemuan itu mungkin dapat menjelaskan mengapa individuyang sakit berterusan kerap kehilangan deria bau walaupun penyakit tersebut masih diperingkat awal.

 Mereka berkata,penemuan baru itu mungkin dapat membantu mengesan alzheimer lebih awal.

"Penurunan deria abu dan kesukaran untuk membezakan bau adalah antara sipmptom awal alzheimer dan ini boleh menjadi petunjuk bagi pengesan alzheimerlebih awal,"kata ketua penyelidik,Leonardo Belluscio dari Institut Neurologi dan Strok Kebangsaan Amerika Syarikat.

 APP telah dikesan dalam sel saraf hidung sebilangan individu yang menghidap alzheimer peringkat awal.Kajian yang diterbitkan pada 28 September dalam Journal of Neuroscience,juga mendapati sel yang mati di hidung tidak mengandungi amyloid plak,yang dikeluarkan daripada APP.

 Plak dipercayai menyumbang kepada kematian sel saraf di otak bagi pesakit alzheimer yang menyebabkan hilang ingatan.Para penyelidikan menyebut hasil penemuan itu kemungkinan APP itu sendiri yang bertanggungjawab terhadap kematian sel saraf.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...