Pengikut

Selasa, 30 Jun 2015

Ephyra Skin Bar


100% Natural Instant Skin Makeover

Di formulasi dari 100% bahan semual jadi tanpa bahan kimia terlarang yang memudaratkan.Ia selamat dan amat sesuai untuk semua jenis kulit,lelaki dan awanita pada semua peringkat umur.

  • Melembapkan kulit wajah
  • Kulit muka lebih cerah,lembut & tegang
  • Menanggalkan kotoron,minyak & sel kulit mati
  • Merawat kulit berjerawat
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • Menghilangkan 'blackheads' di muka
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Sesuai digunakan untuk keseluruhan badan


3 minit untuk kulit yang lebih cerah berseri!

Begitu mudah dan ringkas untuk kecapi kulit idaman anda!

Basahkan wajah dengan air,kemudian gosokkan Ephyra Skin Bar pada telapak tangan,sapukan secara lembut pada seluruh muka anda.Urut dengan baik selama 2-3 minit.Untuk kulit gelap/bermasalah boleh urut selama 5 minit.Bilas dengan air dan sapukan pelembap pada kulit.Untuk kesan yang lebih cepat guna sabun 2-3 kali sehari.



* Beaberry Alpha Arbutin A Extract
Paling berkesan,cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit.Ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam

* Glutathione
Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut.Glutathione boleh melambat proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit.Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.

* Rice Bran Oil
Bahan semulajadi yang diperkaya dengan kandungan vitamin,nutrien dan agen anti oksida yang mampu merawat penuaan serta menyuburkan kulit dari dalam di samping memperbaharui dan memperbaiki permukaan kulit.

* Kolegen
Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan memnggantikan sel-sel kulit kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.

* Carrot Extract
Sifat anti keradangannya membantu menggiatkan semula sel kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata,bersinar serta membantu memperbaiki tisu kulit,melindungi kulit dari pancaran sinar matahari.

* Seaweed
Salah satu agen anti keradangan kepada jerawat,rumpai laut atau seaweed menjadikan kulit lebih anjal,menaikkan seri wajah serta menjadikan kulit lebih tegang

* Glyserin
Merawat kulit berminyak yang menyumbang kepada masalah jerawat,serta masalah kulit lain.Sangat berguna merawat masalah eczema dan mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit.Ia juga memberi kelembapan pada kulit.

* Banana Enzyme
Berindak sebagai agen anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan tona kulit di samping menjadikan kulit lebih licin,halus dan berseri.

                           WHAT'S APP / SMS :: 012 - 329 6405



Isnin, 29 Jun 2015

Makan ape masa bersahur? 1 - 7 Ramadhan

Tak lalu nak makan nasi masa bersahur, kalau boleh nak minum air je,tapi takut lapar kami gantikan nasi dengan makan benda lain.

Ramadhan - 18 Jun

 Biskut cicah dengan sorang segelas air milo.Mata pun tak boleh nak bukak sangat tue yang makan biskut cicah air milo panas je.

Ramadhan - 19 Jun

Air masak sorang segelas makan sorang seulas pisang.Alhamdulillah boleh tahan sampai ke petang janji baca niat makan.Perut aku dengan Krul boleh terima makan gini korang tak tau lah boleh ke tak,jangan lah sesekali cuba makan macam kami kang lembik sendiri yang susah aku tak masuk campur.


Ramadhan  - 20 Jun

Tak sempat nak sahur.T__T terbabas bangun alarm hp bunyi offkan konon nak bangun lagi 5 minit sekali bukan 5 minit 6.55 am baru sedar,ape lagi lompat katil pi solat je lah.Nasib tak pergi mana-mana kalau tak mesti dahaga dan lapar sangat.Moralnye bila alarm bunyi terus je bangun tak payah nak 5 minit sangat.

Ramadhan - 21 Jun

Errmm makan biskut & pisang minum air milo

 5 Ramadhan 22 Jun -7 Ramadhan - 24 Jun

Sepanjang 3 hari tue kami makan pisang dan air masak je


Khamis, 25 Jun 2015

Juadah Berbuka Puasa 1 - 7 Ramadhan 1436H - 2015

Ramadhan tahun nie kami suami isteri berazam kalau boleh tak nak beli makanan kat Bazar Ramadhan sangat nak berjimat cermat kononnye.Bagus jugak kalau beli makanan kat Bazar Ramadhan boleh buatkan mata rambang kang dari nak beli selauk makanan berlauk-lauk plak belinye.Oleh itu aku cubalah masak ape yang termampu dan yang pandai sahaja,bak kata Jihan Muse "Resepi Memikat Suami,Suami Kita Aje".

Oh ya ada makanan yang aku terlupa nak snap gambar so aku nyatakan je lah yea nanti.Nanti ada lagi nak cakap nie juadah buka puasa je tau makanan untuk sahur kemudian aku cite InsyaAllah kalau ingat.

Ramadhan - 18 Jun

Sup Ayam dan Sayur Terung masak Sambal.

- Gambar TIADA -

Ramadhan - 19 Jun

Ikan Bilis (bukan ikan iblis yea) goreng garing-garing dengan bawang besar dan cili padi serta cili masak.Telur dadar.Sayur pula aku panaskan lagi Sayur Terung masak Sambal hihihi lauk semalam ada lebih tue yg panaskan

- Gambar TIADA -

Ramadhan - 20 Jun

Ayam masak Asam Pedas.Amek kau aku snap dalam kuali je.Nampak sangat pemalas.Warnanye tak merah,aku pun tak tau nape sebab camera handphone kot.Sekali tengok macam kari ayam plak.Sayur(gambar tiada) Sawi Goreng je.

Ayam masak Asam Pedas

Ramadhan - 21 Jun 

Pepagi pergi pasar tani cari lauk untuk dimasak dalam peti ais dah tak ada benda nak masak.Tengok ikan beli tengok ayam beli tengok sotong beli tengok udang beli tengok sayur beli tengok telur ayam beli macam-macam lah beli..Sudahnye bawang besar lupa nak beli nasib bawang banyak lagi masa tue selamat Krul kalau tak ada bawang aku suruh dia pergi balik pasar tani pergi beli bawang.So aritu aku masak Sotong Masak Kunyit dan Ikan Bakar.Ikan Bakar tue aku pakai pes Ikan Bakar Adabi.

Sotong Masak Kunyit

Ikan Bakar

Ramadhan  - 22 Jun 

Aku hanya masak sayur Kobis Goreng je lauk pula aku panaskan Ayam masak Asam Pedas lebihan hari tue.Asam pedas kalau dipanaskan berkali lagi sedap.

Kobis Goreng

Ramadhan - 23 Jun 

Aku rebus telur masin je buat tambah lauk makan bersama Kobis Goreng semalam dan Sotong Masak Kunyit.


Ramadhan - 24 Jun

Untuk juadah berbuka puasa semalam aku masak Udang Masak Cili Padi dan Sayur Buncis Goreng letak Ikan Bilis

 Sayur Buncis Goreng

Udang Masak Cili Padi

Hari nie buka puasa aku dah plan dah nak masak ikan dan udang,tengoklah kalau sempat masak aku masak kalau tak makan je lah nasi putih dengan telur titik kicap.


Rabu, 24 Jun 2015

Kekal SIHAT : CANTIK : BERTENAGA dengan EPHYRA

Sepanjang seminggu berpuasa nie tak sekali pun aku skip minum Ephyra nie.Sebelum tidur aku minum dulu Ephyra biar besoknye aku SIHAT : CANTIK : BERTENAGA.

Alhamdulillah Ephyra nie betul-betul membantu aku,dengan meminum Ephyra nie aku kurang mengantuk,badan tidak lemah dan muka pun kelihatan bermaya dan yang bestnye lapar pun sedikit rasa berkurangan.


Cara minum Ephyra:


Tuangkan 1 paket Ephyra ke dalam shaker yang berisi air suam 180ml. Elakkan dari mencampurkan dengan air panas dikhuatiri akan memusnahkan nutrient yg ada di dalam collagen Ephyra.Goncang sehingga larut dan sedia untuk diminum.


Jom kite sama-sama Kekal SIHAT : CANTIK : BERTENAGA dengan EPHYRA
WHAT'S APP / SMS :: 012 - 329 6405


Isnin, 22 Jun 2015

Shower Gel White Tea by Cameron Highlands

Lepas kami selesai minum teh dan sarapan pagi di ladang Teh Boh,harus lah jejalan kat kedai jual tehnye tue.Uolls dah ada produk baru tau bukan pelbagai sebuk teh je jual sekarang dah ada produk mandian & lotion yang berasaskan teh plak dijual.



Memperkenalkan produk terbarunye untuk body lotion dengan haruman Black Tea,shower gel dengan 3 pilihan haruman Black Tea,Green Tea dan White Tea.


Selain body lotion dan shower gel turut juga dijual soap bar haruman yang sama Black Tea,Green Tea dan White Tea.Soap Bar yang di para bawah tue yea.

Harga tak mahal mana pun,harga mampu milik murah je.


Disebabkan tak mahal dan bau harumannye sedap pada hidung aku, aku beli 1 botol sahaja iaitu botol putih shower gel White Tea.


beli lain tapi gambar dengan haruman lain..Failedlah..hihihi..

Serbuk Teh aku beli sekotak je 


Selalu beli perasa strawberi je kan kali nie kite cuba plak perasa mango.Rasa mango nye adalah terasa sikit tak lah kuat sangat kalau dibandingkan dengan perasa strawberi rasa strawberinye lebih kuat dan lebih terasa.Dah beli so kite minum je lah.



Khamis, 18 Jun 2015

Surprise untuk Krul di ulang tahun perkahwinan yang ke 6

Hampir seminggu baru kami berdua dapat sambut anniversary bersama,ahad lepas 14 Jun 2015 kami pergi ke Cameron Highlands hanya pergi balik hari saje.

Tak payah nak cite panjang-panjang aku just nak cite aku berjaya buat kejutan untuk Krul.Dari pagi sampai ke masa nak buat kejutan tue aku berkepit je dengan handbag tak bagi pun dia pegang kejap walaupun aku nak masuk toilet,kang tak pasal-pasal dia terbuka handbag langsung terkantoi baik aku pegang je.Nasib dia bawa slim beg semua harta dia tak lah tumpang kat handbag aku.

Aku buat surprise masa kat strawberi farm,habis je makan aiskrim strawberi dan cake aku hulurkan hadiah kat dia.


Dapat je hadiah muka terus berubah kemerahan tahan malu sebab orang pandang kat dia.Aku lepas je bagi hadiah kat dia aku tak pandang kanan kiri pandang dia je tapi tak lah merah muka aku boleh je gelak kan dia.

Mula-mula Krul nak buka hadiah dalam kereta sebab malu orang pandang-pandang dia sudahnye buka gak kat situ, tak sabar nak tau dapat ape.

Sesi membuka hadiah,dia teka handphone(amboi nak handphone je melampau),jam dan minyak wangi.Buka lah dulu kemudian baru tau. 


Hihihi aku dera dia sikit,tak kan nak senang je dapat hadiah dah lama aku plan nak buat gini sesaje je nak happy-happy.Lepas dia buka pembalut hadiah yang cantik dia kena buka lagi 6 pembalut hadiah yang bersiap kena jawab soalan yang ada pada pembalut tue.

Pembalut yang pertama aku tak bagi soalan just wish kan je.


Pembalut ke 2 dan seterusnye baru ada soalan.Aku siap bawa marker pen,sila jawab yea soalan bukan susah sangat pun.Soalan pun soalan budak-budak je.

Tulisan yang atas tue soalan aku dan tulisan yang bawah tue jawapan dari Krul.






Last sekali baru dia dapat tau hadiah ape yang dia dapat.Tekaan betul dapat jam tangan.


Terus pakai jam baru.So swett..Aduh sama plak dengan tali jam lama,tapi Krul kata tak kisah.


Ok Krul posing sikit nak ambil gambar bersama jam baru awak tue.



Handsome plak dia..Perasan lah suami aku nie kalau dia tau aku puji dia handsome.

Dalam kereta Krul kata terima kasih bagi hadiah dia segan sebab tak bagi hadiah kat aku,eh kan aritu dah bagi bunga kira sama lah tue dah bagi hadiah..Cuma aku terlambat je bagi hadiah,memang aku niat nak bagi hadiah masa bercuti.So ini lah peluangnye baru aku boleh kasi hadiah.


Jumaat, 12 Jun 2015

EPHYRA - Cantik Sihat Bertenaga


Aku nak share dengan korang semua tentang kelebihan dan keistimewaan kolagen EPHYRA ini.. supaya korang pun minum jugak ephyra nie seperti mana aku minum hampir setahun nie.Setahun baru nak share..sorry aku takut nak share awal-awal takut tak ada kesan kang sia-sia je aku promote kat korang.


EPHYRA adalah lebih daripada kolagen biasa,sangat berkesan untuk memutihkan,menganjalkan dan memlembapkan kulit.Selain itu, ia dapat memulihkan kesihatan dalaman.Dirumuskan dari kolagen ikan laut dalam terhidrolisis dengan 8 antioksida yang kuat iaitu Acai Beri,Gam Akasia,Astaxanthin,Acerolla Ceri,Serbuk Tomato,Ekstrak Bunga Marigold,Salmon Ovari Peptida / Salmon Plasenta dan Superberry



:: SIAPA YANG MEMERLUKAN EPHYRA ::


  • Lelaki & Perempuan
  • Umur 4 Tahun Keatas
  • Ibu Menyusu & Hamil (5 bulan keatas)


  • :: SESUAI UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH-MASALAH BERIKUT ::


  • Kulit Kering
  • Kulit Kusam & Kendur
  • Pigmentasi
  • Jerawat
  • Eczema
  • Proses Pemulihan Lambat
  • Mudah Rasa Penat
  • Daya Ingatan Merosot
  • Sakit Badan
  • Sakit Sendi
  • Metabolisme Rendah
  • Gastrik
  • Sembelit
  • Resdung
  • Alergi Makanan Laut
  • Masalah Tidur / Kelesuan
  • Jangkitan Pundi Kencing
  • Masalah Sengugut / PMS
  • Kolesterol Tinggi
  • Kencing Manis
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Thyroid 



  • EPHYRA memperbaharui dan melindungi kulit anda dengan 2 kunci bahan utama

    1.MEMPERBAHARUI
    ·         Kolagen
    - Menyokong struktur kulit untuk memperbaiki tona kulit, keanjalan, tekstur dan membantu anda kelihatan lebih muda
    -Membantu melegakan kesakitan tulang dan sendi, dan menguatkan rambut dan kuku
    Menyuburkan kulit untuk mencegah penuaan, mengekalkan keanjalan kulitmengurangkan kedutan dan  garis halus dan seterusnya melambatkan proses penuaan.

    2.MELINDUNGI
    · Acai Beri
    · Superberi
    · Acerolla Ceri
    · Serbuk Tomato
    · Akasia Gam
    · Astaxanthin
    · Ekstrak Bunga Marigold
    ·Salmon Ovari Peptida / Salmon Plasenta

     - Melindungi sel-sel  terhadap proses pengoksidaan yang merosakkan yang menyebabkan pertambahan melanin pada kulit (pigmentasi )

    -Mencipta proses putaran antioksida , iaitu satu proses di mana agen antioksida bekerjasama untuk memaksimumkan pembaharuan sel-sel baru yang sihat dan melambatkan proses penuaan.
    melindungi anda terhadap tekanan pengoksidaan yang menjadi punca utama penyakit-penyakit berbahayaseperti penyakit jantung, kanser, arthritis dan lain-lain.


    :: 10 HASIL YANG NYATA ::
    1. Menjadikan kulit anjal,halus dan lebih cerah berseri
    2. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
    3. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
    4. Menjadikan rambut lebih sihat,lembut dan bersinar
    5. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
    6. Mengurangkan kadar kolesterol
    7. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
    8. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
    9. Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolisma
    10. Melegakan kesakitan sendi arthritis
    Kandungan EPHYRA dan khasiat 

    1.KOLAGEN IKAN LAUT DALAM
    - kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
    - Mengembalikan keremajaan kulit anda
    - Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
    - Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

    2. ACAI BERI
    - Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan  menguatkan sistem kardiovaskular
    - Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
    - Kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
    - Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

    3. GAM AKASIA
    - Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
    - Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
    - Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

    4. SALMAN OVARI PEPTIDA / SALMAN PLASENTA
    - Mencerahkan kulit muka dan keseluruhan badan
    - Menghapuskan jerawat dan kulit berminyak
    - Membaiki struktur kulit dan menghilangkan parut
    - Melambatkan monopaus
    - Melambatkan proses penuaan
    - Mengecilkan liang pori

    5. Asthaxanthin
    - Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
    - Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
    - Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan


    6. Serbuk tomato
    - Mengandungi banyak vitamin A dan C
    - Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
    - Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
    - Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

    7. Acerolla ceri
    - Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit  dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
    - kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
    - Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan  masalah mata

    8. Marigold bunga ekstrak
    - Mengandungi pelbagai  karotenoid antioksida 
    membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
    -Berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
    - Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif

    9. Superberry
    - Diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
    - Melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
    - Sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.

    CADANGAN PENGAMBILAN

    1 paket sehari sebelum sarapan atau sebelum tidur.Untuk kesan lebih cepat, boleh ambil 2 kali sehari,iaitu waktu pagi dan malam.Tuangkan 1 paket EPHYRA ke dalam gelas yang berisi air suam 180ml.Elakkan dari campurkan dengan air panas.Kacau sehingga larut atau goncangkan dan sedia untuk diminum.Boleh juga diminum sejuk atau diadun bersama susu,yogurt atau jus untuk rasa lebih lazat.
    Dos Pagi : penyerapan maksimum ketika perut kosong sebelum makan
    Dos Malam : membaiki dan memulihkan sel-sel badan semasa tidur



    Soalan Lazim

    1. Mengapa kolagen ikan terhidrolisis lebih tinggi khasiat daripada struktur kolagen ikan biasa?
    EPHYRA diformulasikan dengan kolagen ikan dihidrolisiskan (unit kecil molekul) yang membenarkan kolagen untuk diserap serta-merta oleh sel-sel dan memberikan hasil yang optimum.


    2. Mengapa antioksida penting & bagaimana ia memberi kesan kepada kita?
    Antioksidan mengandungi pelbagai keajaiban untuk kesihatan kita secara keseluruhan. Badan kita terdiri daripada 100 trilion sel.
    Antioksida adalah bahan-bahan yang melindungi sel-sel dalam badan secara keseluruhan terhadap kesan-kesan radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel, dan dikaitkan dengan pelbagai masalah seperti penyakit jantung, kanser, artritis, Alzheimer, kolesterol tinggi dan penyakit-penyakit lain. Oleh itu, antioksida dalam badan kita bertindak sebagai perisai kepada sel-sel badan anda.


    3. Apakah EPHYRA?
    EPHYRA adalah lebih daripada kolagen biasa, sangat berkesan untuk memutihkan , menganjalkan dan melembapkan kulit. Selain itu, ia dapat memulihkan kesihatan dalaman. Iadirumuskan dari kolagen ikan laut dalam terhidrolisis dengan 8 antioksida yang kuat iaitu Acai Beri, Gam Akasia, Astaxanthin, Acerolla Ceri, Serbuk Tomato, Ekstrak Bunga Marigold, 
    Salmon Ovari Peptida / Salmon Plasenta dan Superberry.


    4. Bilakah masa terbaik untuk mengambil EPHYRA?
    Anda boleh ambil EPHYRA pada waktu pagi sebelum sarapan pagi atau pada waktu malam sebelum tidur.
    Dos pagi: penyerapan maksimum ketika perut kosong sebelum makan.
    Dos Malam: membaiki dan memulihkan sel-sel badan  semasa tidur.


    5. Pada umur berapakah anda boleh mula menggunakan Perkhidmatan EPHYRA?
    Kolagen  akan berkurangan sepanjang hidup kita (bermula dalam 20 kami), sekali gus membawa kepada proses penuaan.
    Tanda-tanda untuk kulit bahawa pengeluaran kolagen telah kurang :- Peningkatan kedutan & garis-garis halus, Kulit mengendur,Kulit bertukar menjadi kering & kasar, luka lambat sembuh & parut lambat pudar,Rambut  menjadi semakin nipis & membosankan
    Kajian mendedahkan bahawa pada usia 30 dan ke atas, tubuh akan kehilangan kolagen pada kadar 15% setahun. Apabila anda adalah 60, badan anda telah mengurangkan pengeluaran kolagen kira-kira 45%.
    EPHYRA sesuai & selamat untuk digunakan untuk semua golongan dewasa. Individu digalakkan untuk bermula awal untuk mendapatkan hasil yang diingini


    6. EPHYRA akan menyumbang kepada pertambahan berat badan?
    Tidak, EPHYRA adalah minuman berkalori rendah dengan kandungan lemak, oleh itu ia tidak akan menyumbang kepada penambahan berat badan dengan penggunaan jangka panjang. Malah, kolagen membantu dalam membina otot tanpa lemak yang membantu untuk membakar lemak dalam badan.


    7. Berapa lama keputusan boleh dilihat selepas mengambil EPHYRA?
    EPHYRA telah menunjukkan keputusan cemerlang selepas 2 minggu penggunaan. Ia menganjalkan kulit anda, mencerahkan & mengekalkan kelembapan kulit anda untuk lebih tegang,halus dan lembut, lebih muda cerah berseri.


    8. Bolehkah saya mengambil lebih daripada 1 paket sehari dan akan ada apa-apa perbezaan?
    Satu sachet setiap hari adalah mencukupi. Bagi individu yang mempunyai kulit yang bermasalah, dinasihatkan untuk mengambil 2 paket ( 2 kali – pagi dan malam ) untuk kesan lebih cepat.


    9. Bolehkah lelaki mengambil EPHYRA?
    Ya. Ia adalah sesuai untuk lelaki kerana EPHYRA membantu untuk kulit lebih sihat dan bersih, memerangi keletihan, tekanan & meningkatkan imunisasi. EPHYRA juga tidak mengandungi bahan berkaitan hormon wantia yang boleh mengakibatkan kesan terhadap hormon lelaki.

    EPHYRA ni rasanye memang sedap gila.. aku tak tipu...rasanye seperti rasa air oren kalau guna air sejuk lagi sedap je tekak nie minum..nanti di entry lain aku akan ceritakan tentang perubahan yang aku alami.

    Jika korang berminat untuk beli contactlah aku..
     
    WHAT'S APP / SMS :: 012 - 329 6405

    Isnin, 8 Jun 2015

    Cerite 6 Jun 2015

    Syukur Alhamdulillah jodoh aku dengan suami masih lagi kekal bersama.6 Jun Sabtu lepas genap 6 tahun usia perkahwinan kami.

    Tahun nie tak sambut anniversary bersama aku rasa nie tahun ke 2 kot kami tak sambut bersama,aku di KL rumah family manakala Krul pula di Perak (5-10 Jun) ada perlawanan futsal.Sedih memang lah ada hari yang penting tak dapat bersama-sama, tapi aku wat lek wat peace je sebab nie bukan pertama kali.

    Sabtu tue aku up status dalam facebook



    terima kasih atas ucapan anniversary,doa dan nasihat dari korang aku amat tersentuh sekali 

    Tengok tue Krul sempat lagi kasi ucapan kat aku walaupun pendek ayatnye tetap tersentuh hati ini..

    Dalam tengah hari masa aku tengah berkipas nak keringkan rambut,datang budak motor belakangnye ada kotak besar warna coklat tak plak tulis nama syarikat.Abah tanya cari siapa? budak motor tue cakap cari Maifarah eh tue nama aku kan aku terus bangun keluar rumah pergi menuju budak motor tue,dalam hati berkata apahal plak cari aku rasanye aku tak ada beli barang yang nak kena poskan ke rumah family.Budak motor tue keluarkan barang dalam kotak tue, sejambak bunga ros.Sudah dapat teka siapa yang bagi,dengan senyumnye disitu aku ambil bunga tersebut dari budak motor tu.


    6 kuntum ros merah dan 6 kuntum ros pink..cantik bunganye..dia tahu warna dan kesukaan aku..terharu T__T

    Malam tue aku up lagi status dalam Facebook


    Petang hari Krul msg aku, aku pun balas msg dia cakap terima kasih atas pemberian bunga tue.Terkejut tau ingat org hantar barang rupanye ada orang hantar bunga..jahat tau..Krul balas Untuk ayg..surprise..Aku cakap aku tak bagi ape2 pun..Krul balas cakap - bunga je,tak pe ayg..Lepas tue aku hantarlah gambar bunga kat dia.


    So sweet ucapan dari dia..sayang awak ketat-ketat Krul


    Tak sabar nak tunggu Krul balik nanti aku nak surprise kan dia jugak ape ingat dia je boleh surprise kan aku aku pun boleh jangan lompat katak sudah nanti.hihihi..




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...