Isnin, 8 November 2010

Udang Berempah & Air Strawberry Mangga

     Hari ini mai & hubby pose,kat opis dah terfikir nak masak apa untuk juadah berbuka pose.Siap tengok blog masakan & tanya kak jue(member opis) coz nak cari idea apa yang nak dimasak.So masa tengok2 tu dapat lah idea nak masak Udang Berempah & Air Strawberry Mangga(ni je dpt di sharekan).Selain dari itu mai ada juga masak sayur kobis & sambal telur ayam.
     Coz nak siapkan juadah berbuka pose mai terpaksalah lupakan tgk tv3 6.30 cite Chinta padahal sebelum ini ada kata kan tak nak mised tgk cite ini,akhirnya terpaksa lah juga,kena beri keutamaan pada suamiku.Klu hubby tak pose mai boleh lah masak lepas hbs cite Chinta,tak pe lah berkorban pada suami dapat pahalakan. 
     Jom kita tengok resepinya..

Udang Berempah

Bahan-bahan:

  • 5 Biji Bawang Merah
  • 2 Biji Bawang Putih
  • Bawang Besar
  • Rempah: 11/2 sudu kecil Ketumbah,1 sudu kecil Jintan Manis & 1 sudu kecil Jintan Putih
  • Udang
  • Minyak
  • Cili Bangala (hiasan)
  • cili Boh / cili kisar
 Cara-cara:
  1. Sedikit bawang merah,putih dan 3 rempah ditumbukan sehingga lumat.
  2. Kemudian,perapkan bahan ini bersama udang.
  3. Tumiskan bawang merah bersama cili boh sehingga masak.
  4. Setelah tumis masukkan udang saja gorengkan sehingga masak,selepas itu masukkan rempah tadi,kacaukan dan biarkan udang sedikit garing.masukkan air jika kering.
  5. Bila udang dah masak,masukkan ke dalam pinggan dan hiaskan dgn cili bangala. 
ni lah hasilnya..saje je kasi besarkan gambar,biar korang terliur tgk udang berempah ni..:-)


Air Strawberry Mangga

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus buah strawberry
  • 1 biji buah mangga
  • Nata de coco perisa laici
  • Ais kiub
  • 1 sudu besar gula pasir (ikut pada rasa korang)
Cara-cara:


1)     Kisarkan buah mangga,strawbery dan beberapa ais  kiub.Masukkan juga gula.Kisar beberapa minit.

2)      Letakkan sedikit nata de coco ke dalam glass.

3)      Akhir sekali tuangkan buah yg dikisar td ke dalam glass yg telah diisi nata de coco.Hiaskan dgn meletakkan buah strawberry di atas permukaan air dan letak lah straw minuman.

Sedap tau cuba lah buat..


Ini adalah juadah berbuka pose yang mai masak terhegeh2 tadi.
Alhamdulillah kenyang..

Ahad, 7 November 2010

Hot & Spicy Macaroni

     For breakfast today i make are Hot & Spicy Macaroni.Sekali sekala makan makanan Italy untuk breakfast okey gak lah, ermmm but tetap sedap gak makanan melayu coz kita kan tekak org melayu, bukan nye org putih what ever breakfast for today ok & Delicious + yummy..
     This is my 1st time make are macaroni because before this i only make are spaghetti.I'm very happy because my husband like it's my cook..cehhh cakap  English plak eeee cakap bahasa melayu sudah..
     Baik mari kita lihat macam mana persediaan membuat Hot & Spicy Macaroni..


Bahan-bahan:
  • Macaroni
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cendawan butang
  • Mixed vegetable
  • Kobis
  • Cili boh
  • Cili Bengala (merah+kuning+hijau)
  • Daging kisar
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Lada hitam
  • Lada putih
  • Minyak
Cara-cara:
  1. Rebuskan macaroni dan letakkan sedikit minyak & garam supaya macaroni tidak melekat kemudian ditoskan.
  2. Masukkan minyak lalu ditumiskan bawang merah & bawang putih yg telah ditumbuk.
  3. Bila bawang dah kekuningan masukkan cili boh dan kacau sehingga cili masak.
  4. Lalu dimasukkan daging kisar kacau sehingga daging masak.
  5. Seterusnya masukkan mixed vegetable,kobis,cendawan butang & cili bangala.Kacaukan semua bahan tadi supaya serasi.
  6. Setelah itu masukkan pula sos cili,sos tiram,garam,ajinamoto,lada hitam dan lada putih.
  7. Seterusnya masukkan macaroni dan sedikit air untuk digaulkan.Gaulkan sehingga sebati.
  8. Akhir sekali tutup api dan hidangkan macaroni didalam mangkuk.Kemudian makan lah apa tunggu lagi.YUM YUM YUMmm...







     Oh no it's very spicy so minum lah air yea..sebenar nya mai dah buat air teh o panas, sudah nya jadi plak air teh o ais. Mai  mana tahan pedas so letak lah ais..Air teh o ais ni tak payah lah ajar senang je buat kan letak teh uncang,gula,air & ais kiub.Senang bukan..Okey lah selamat mencuba...


Rabu, 3 November 2010

Rendang Sotong Sumbat Telur

My name is sam,ingat tak cite 2+1 yg Imuda berlakon tu watak nya lembut2 macam sotong...Malam ni mai masak rendang sotong sumbat telur, sedap nye..Sotong nye besar2 mai beli semalam kat Giant Kinrara. Masa kat Giant lah nampak sotong,terus cakap dgn hubby nak beli sotong lah, besok blh lah ayg masakan utk hubby, tak payah lah beli makanan kat pasar malam Kg.Malaysia.Hubby pun kata ok apa lg ambil plastik terus ambil sotong yg besar2..So mai mula masak lepas maghrib, sian hubby lapor betul dia arini asyik meeting2 je.Jangan kata napa tak masak petang,oh no way petang nak tgk cite TV3 6.30 Chinta,tak blh miss tgk nanti tak paham bila tgk episod lain ..Ok mari tgk resepi menu sotong ni..Oh ya yg penting hubby kata sedap siap makan bertambah2...terasa dihargai..

Bahan-bahan:
  • 3 ekor sotong
  • 1/2 cawan santan
  • kerisik
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit
Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • Cili boh
Inti sumbat:
  • 2 biji telur
  • 1/2 bawang besar yg dicincang
  • Lada sulah
  • Garam
  • ***Masakkan biar berketul2 supaya mudah untuk disumbat ke dalam perut sotong
Cara-cara:
  1. Bersihkan sotong dan keluarkan semua isi perutya.Direbus sekadar untuk mengentalkan kulitnya.Sumbat dengan inti telur.
  2. Tumiskan semua bahan kisar hingga betul2 masak dan naik minyak.
  3. Masukkan asam jawa dan santan.Kacau sehingga santan sebati dgn tumisan.
  4. Bila tumisan hampir kering masukkan kerisik,garam dan gula.kacau seketika.
  5. Kemudian masukkan sotong dan kacau rata.
  6. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit.Kacaukan seketika dan angkat.
  7. Siap dihidang dan boleh makan.

ini adalah proses untuk memasukkan inti telur ke dalam perut sotong. INGAT rebus dulu baru sumbatkan inti telur.


3 ekor sotong yg dah siap hanya tunggu nak dimasak je



Jeng..jenggg...Ni lah hasilnya..Selamat mencuba yea..