Pengikut

Khamis, 31 Januari 2013

TIPULAH mati semut kerana gula

Pernah dengarkan peribahasa semut mati kerana gula??? pernahkannnn, sekolah rendah pasti cikgu bahasa melayu ada ajarkan...

Tapi bukan peribahasa nak aku citekan disini..

Aku naik geram petang semalam,air yang aku masak (pagi) dalam cerek air penuh dengan semut.Tak pasal-pasal aku kena buang air dalam cerek tue.Bagi elak pembaziran air dibuang begitu saje aku jiruskan air tue ke pokok kaktus...

Apasal lah semut nie nak terjun beramai-ramai mandi dalam cerek air aku,pergilah mandi beramai kat kolam renang.Buat habis gas dapur aku macam tue je..

Yang peliknye balang gula aku tak de plak semut nak masuk..Semut semut kenape lah ko menyusahkan aku..nak hambat tak boleh ko kecik sangat..Pergilah merayap kat rumah orang lain..

Rabu, 30 Januari 2013

Nak maskot Chicky KFC boleh???



Teringin nak sambut birthday ada maskot Chicky KFC...Umur dah meningkat nie terasa macam nak jadi budak-budak plak.Dulu zaman kanak-kanak tak pernah merasa sambut birthday kat luar meriah-meriah..Hubby,u boleh tak tunaikan permintaan poyo isteri mu ini..KAHKAHKAHKAH..



Selasa, 29 Januari 2013

Resepi Ikan Siakap Stim



bahan-bahan
  • ikan siakap
  • 2 labu bawang besar di hiris kasar2
  • 2 ulas bawang putih di hiris kasar2
  • 1 biji cili merah di hiris kasar2
  • 1 biji cili hijau di hiris kasar
  • 1 biji tomato di belah2 
  •  5 biji cili api di hiris2
  •  3cm Halia di hiris kasar
  • 1 batang serai di ketuk/di titik
  •  5-6 biji limau kasturi di ambik jus nya sahaja
  •  garam
  •  2 cawan air @ secukupnya
  • minyak

Cara2nya 

  1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang,serai dan halia.Kacau sampai layu.
  2. Seterusnya masukkan pula 2 cawan air dan cili merah cili hijau cili api,kacau dan biarkan seketika.
  3. Selepas itu masukkan si ikan siakap dan tuangkan jus limau kasturi.
  4. Sekali sekala terbalikkan si ikan siakap supaya tidak sebelah badan saje masak dan masukkan garam.
  5. Bila ikan dah masak masukkan tomato dan tutup api dapur.Sedia utk dihidang

Isnin, 28 Januari 2013

Semangkuk Nasi Goreng Ikan Bilis

Selamat pagi semua..Sarapan pagi hari ini...Nasi Goreng Ikan Bilis..Lepas solat subuh bersilat aku kat dapur siapkan sarapan pagi..


***Sorry yea beberapa hari ini asyik up gambar masakan je.Aku tak de benda menarik pun nak sharekan kat korang

Ahad, 27 Januari 2013

Semangkuk Sayur Kangkung

Sayur yang paling sikit bila sudah dimasak ialah sayur kangkung.Beli berikat-berikat banyak bila masak semangkuk je dapat.

Hari ini aku masak lauk yang simple je so tak de lah gambar lauk yang aku nak up kan kat N3 arinie.Maka aku up kan sayur kangkung yang aku masak semalam yang dimakan bersama Ikan Siakap Stim.Konon nak masak kangkung goreng belacan tapi aku terlupa nak bubuh belacan plak.

Nasib hubby tak tanya nape tak bubuh belacan.

Sabtu, 26 Januari 2013

Ikan Siakap Stim

Hari ini makan ikan siakap stim.Aku masak untuk makan tengah hari kami berdua.Sila jangan terkejut ikan siakap nie telah pun habis dimakan.Tak payah makan 2 kali sekali makan je.

Resepi Siakap Stim nie akan aku up kan kemudian yea.Sekarang masa nak berehat depan TV.



Sarapan Pau Kaya Hari Ini

Ok secara jujur aku nak bagi tau dah seminggu aku beli Pau Kaya nie.Aku beli jumaat lepas kat orang opis tapi tertinggal plak kat opis nasib baik aku simpan dlm peti ais kat opis tak lah kisah sangat tak bawa balik,nanti isnin boleh bawa balik.

Isnin pula aku sungguh2 terlupa nak bawa balik coz dpt MC sebab pergi klinik pusrawi tue yang aku up N3 Gastrik lah pulak.

Ok tak pe lagi selasa boleh bawa balik,korang rasa aku bawa balik tak????

Sama tak bawa gak balik,besok tue rabu aku tak nak lagi lupa,aku tulis kat kertas dengan tulisan besar lekat kat cermin depan mata supaya ingat.Maka petang dah nak balik kerja aku pandang depan kat tempat yang aku tampal oh ya aku kena ambil pau dlm peti ais kat belakang,terus aku pergi ambil.

Khamis cuti Maulidur Rasul konon nak makan tapi lepas solat subur tertidor terbangun lambat terus bangun siap2 makan kat Giant Kinrara dan terus beli barang dapur tue yang aku dapat masak Tom Yam Campur.

Begitulah cerite Pau Kaya aku sehari ke sehari nak bawa balik Pau Kaya ini.

Khamis, 24 Januari 2013

Tom Yam Campur

Salam Maulidur Rasul..Hari nie aku masak Lauk Tom Yam untuk makan tengah hari dan malam.Puas hati aku dapat makan Tom Yam..

Isi yang aku taruk dalam Tom Yam tue cendawan,ayam dan sotong.


Gastrik lah pulak


Kena makan ubat lagi!!!! Kali nie penyakit yang timpa aku penyakit GASTRIK pulak..Heran aku badan dah makin comel nie boleh plak kena gastrik,nak kata tak makan aku nie makan je tah apa silapnye boleh plak kena gastrik..Apa boleh buat terima dengan Redha je lah..


Rabu, 23 Januari 2013

Secawan Panas Nestum Oat 3in1

Sedang membiasakan tekak dan perut dengan meminum Nestum Oat.Baru lagi mula minum sejak Ahad lepas.Rasanye tak berape sedap sebab tak manis pun tak de rasa susu.Tapi demi kesihatan aku kena minum gak.Usia lagi setahun nak masuk 30an baik dari sekarang aku mulakan.Harap dapat diteruskan.Nanti bila dah habis nak cuba plak Horlicks 3in1 Oats Fibre.


Selasa, 22 Januari 2013

sekitar majlis birthday girl NUR LILY KHALISYA



kek Khalisya

Semasa acara meniup lilin dan memotong kek..




Aku dan hubby pun gatal nak gak ambil gambar dengan Si Chicky nie




Tak payah tunggu kat rumah kat situ gak beria2 mak bapak Khalisya buka semua hadiah




Sebelum balik ambil dulu gambar dengan Khalisya tapi Khalisya tak pandang kamera sibuk nak main lari2 dengan sepupu dia yang lain.

Isnin, 21 Januari 2013

Hadiah untuk Nur Lily Khalisya

Semalam kami berdua dapat jemputan dari adik hubby untuk menghadiri majlis hari jadi Nur Lily Khalisya iaitu anak buah hubby.Majlis hari jadi tue diadakan di KFC Jalan Kuchai Lama dengan menjemput adik beradik dan family kedua pihak.

Disebabkan aku tak sempat nak beli hadiah hari Sabtu,tue yang aku beli semalam gak.On the way ke KFC Jalan Kuchai Lama aku minta hubby singgah kat Sungai Besi nak beli hadiah segan datang dengan tangan kosong hubby cakap nak kasi duit tapi aku bangkang yang arif,aku cakap nak gak beli hadiah.Walaupun Khalisya baru umur 2 tahun mesti dia akan rasa seronok dapat hadiah berbentuk mainan,kalau bagi duit nanti tak adalah kenangan hadiah hari jadi.

Sampai je kat Sungai Besi terus cari kedai mainan.Aku dah plan dari rumah lagi nak beli puzzle game.Nampaknye ada kat kedai tue,aku belikan puzzle ABC dan puzzle kartun.ABC tue nanti mak ayah dia boleh ajarkan baca dan mengenal huruf,baguskan aku beli sangat berguna utk pembelajaran dia.

Dah pilih aku pun bayarlah 2 barang tue dan pembalut hadiah aku tanya kat adik cashier tue boleh tolong tak balutkan hadiah.Dia kata tak sempat nak tolong balutkan,ala tak kan aku nak balut dlm kereta nanti mesti kena beli seletip rugi plak rasanye.Aku dengan selambanye cakap boleh tak akak nak tumpang balut kat meja adik,sekali dia kata boleh tumpang balut kat situ.Cepat-cepatlah aku balut takut kacau kerje dia nak kire barang customer lain.Baik adik tue siap bagi guna seletip percuma.Habis je balut hadiah,aku ucapkan terima kasih kat dia dan terus ke KFC Jalan Kuchai Lama.

First time aku balut hadiah sendiri kat kedai,lain kali aku kena beli awal-awal tue kira bernasib baik orang bagi tumpang balut hadiah kat meja dia,kalau dapat orang lain yang tak bagi mau terkangkang aku balut hadiah kat kaki 5.

Nanti senang-senang aku up cite sekitar sambutan majlis hari jadi Khalisya k.


Ahad, 20 Januari 2013

Terlupa Cik ESARLI..I'm sorry

Aku memang betul-betul lupa yang ada lagi kasut belum pakai.Tah macam mana boleh teringat betul-betul nak kuar petang tadi.

Apa lagi carilah dalam stor,cari punya cari tak jumpa aku suruh hubby tolong carikan rupanye kotak kasut tue ada kat belakang sekali dan dibawah barang-barang lain.

Nasib aku teringat kalau tak mesti reput nanti kemudian hari.Sebenarnya kasut nie beli puasa tahun lepas kononnya aku cadang nak pakai masa raya tahun lepas tapi kasut lain plak aku pakai,tue lah gatal sangat sampai beli 2 pasang kasut kan dah lupa nak pakai yang sepasang lagi.

Oh ya kalau jadi pergi Perlis bulan 2 nie kenduri kahwin sepupu boleh lah aku pakai tak payah gatal beli kasut lain.Membazir tue kan amalan syaitan.

Alamak baru teringat ada 1 lagi kasut belum pakai....hihihi kasut yang hubby belikan..kasut Cik Valentino Rudy..Hai bila agaknye nak pakai..Tue aku akan pikirkan kemudian yang penting arinie kaki aku berkasut baru..

Sabtu, 19 Januari 2013

TAKO TAO

Dulu tak geti makan sekarang pantang pergi IOI Mall Puchong @ AEON Taman Maluri mesti beli..

Hubby pun dah geti makan,dia kalau makanan pelik2 susah nak makan lepas dia rasa sekali tue sampai sekarang dia suka makan.Kadang2 tue dia sendiri ajak aku pergi beli dulu sebelum balik.Tapi hubby suka makan masa panas bila dah sejuk dia tak berape suka.

Ada 4 pilihan iaitu octopus(sotong)/prawn(udang)/chicken & chease(ayam&keju)/unagi(belut)/abalone(tiram).

Aku suka makan octopus dan prawn.

Jumaat, 18 Januari 2013

Bulatnye muka Myfara


Gambar terbaru aku yang diambil pada hari selasa utk kegunaan ID Pekerja...Bulat bak belon muka aku sekarang nie.Macam mana lah nak kecutkan sikit muka nie sudahlah badan semakin hari semakin berisi(malu nak cakap gemuk)..Tapi comelkan muka aku..hihihihi..poyo je..(^_^)

Sebenarnye aku ada gambar lain nak bagi kat HR (gambar tue 3 tahun lepas zaman muda mudi) tapi disebabkan ada disediakan sesi mengambil gambar baru, aku pun ambil lah gambar baru boleh suruh Ravi printkan nanti...

Selasa, 15 Januari 2013

Mi Sedap Mi Segera Jelas Terasa Sedapnya

Makanan untuk malam ini.Cepat dimasak sedap dimakan.Hihihi :-)


Selasa, 8 Januari 2013

# SeLaMaT HaRi LaHiR MaMa #



Puan Marsilah Bt. Ismail @ Cik Mas, anakmu dan menantumu mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke 53 tahun..

Mama we all LOVE u so MUCH forever & ever..

Ahad, 6 Januari 2013

Pecah Piring Aku!!!

Akibat rebut nak tgk Redah Kasi Pecah astro warna tadi sudahnye piring aku yang pecah 2.Kepada tuan/puan/en/cik yang hadiahkan set pingan mangkuk pada majlis kahwin aku 3 tahun 7 bulan lepas sorry aku tak sengaja terpecahkan piring tue.

Aku tengah basuh piring tue nak basuh dibelakang permukaan piring tue tergelincir plak,sebabnye aku guna sabun yang banyak tue yang terjatuh.Aku kalau basuh pinggan mangkuk memang nak buih banyak2 baru rasa mcm bersih.

Dah kurang 1,tak cukup nak hidang makanan nanti.Eh kalau tgk drama tv kalau pinggan atau cawan pecah mesti ada benda buruk berlaku.Ya Allah aku mohon tak ada sebarang benda buruk berlaku keatas keluarga aku mahupun keluarga hubby,biar lah piring tue pecah akibat kecuaian aku sendiri.



Selasa, 1 Januari 2013

Akhirnye Dapat Gak Makan Roti John

Hihihi repeat datang lagi ke Taman Warisan Pertanian,Putrajaya nie.Kali nie kami dapat makan Roti John.Sampai2 terus beratur ambil barisan,memang panjang orang beratur disebabkan tak nak kempunan sekali lagi kami gagahkan diri beratur.

Lama gak lah nak dapat oder roti john tue,konon aku nak temankan hubby beratur sambil tue boleh borak2lah sudahnye aku lenguh pinggang tinggalkan hubby pi cari meja utk makan nanti.Dah tue hubby beraturlah sorang2.

Ok nak cite harga kat korang,Roti John nie 1 set panjang RM 3.70 dan yang pendek pula RM 2.70 saje.Hubby beli 3 set,1makan 2bungkus semuanye patut RM 11.10 tapi orang tue kira 3 set tu RM 10.00 je..Wah untung siap ada diskaun.Patutlah ramai orang beli,klu beli 3 set dapat RM10.00 kan memang tak sia2 beratur panjang.Rasa Roti John nie not bad sedap gak..

Selain dari Roti John kami basahkan tekak dengan beli air minuman 1 Coconut Shake utk hubby dan aku pula Manggo Ice-cream.Yum.Yum.Yummy sedap.

Kot korang tiba2 nak rasa Roti John nie datang lah yea kat Presint 16,nama gerai nie Unan Roti John ala 1 je pun gerai jual roti john.



Selamat Tahun Baru 2013

Masa lalu adalah kenangan,
Masa kini adalah kenyataan,
Masa depan adalah harapan,
Selamat Tahun Baru 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...