Pengikut

Khamis, 23 Mac 2017

DIY Wedding Guest Book my little BABY

Seterusnya aku kena buat Wedding Guest Book plak.
Asalnye kawan Yasmin yang akan buat deko pada buka nie,tapi disebabkan kawannye sibuk dipindahkan deko tu ke aku untuk buat. 

Dengan bantuan Gmarl (adik ipar - suami Yasmin) kami bergabung buat benda nie.


aku deko riben (ikat riben), susun manik dan letak kertas nama pengantin manakala tukang gam tugas Gmarl lah.

Serius aku memang tak geti sungguh guna gam tembak tue takut kan benda berelektrik ni dan takut terlebih tekan kang meleleh plak gam tue.


design isi dalam buku nie idea Aby dan kawan Yasmin yang tolong buatkan design tue kemudian hantar kedai unuk printing serta kulit depan pun kedai yang buat.


... ll ...

Isnin, 20 Mac 2017

DIY hantaran my little BABY

Aku kahwin pun upah orang buatkan alih-alih bila Aby kahwin kena buat hantaran untuk dia.Ingat aku nie berseni sangat ke disuruh buat,tak nak hampakan Aby cuba jugalah buatkan tapi ada sedikit bantuan dari Krul dan Abah,tang mana dorang tolong kang aku bagi tau.

Idea asal hantaran adalah dari aku,aku buat 1 dulu kemudian explaind gitu gini kat aby,mama dan abah bila setuju barulah beli yang lain-lain.

Bekas hantaran nie aku buat bersama dengan Krul,kami balut bersama-sama.
Tukang bubuh gam adalah tugas Krul aku tak geti aku hanya tolong sikit-sikit je. 



Kemudian bubuh riben pada keliling bekas tugas Krul gak.

buat kat dapur je yea malas nak berselerak kat ruang tamu.abaikan gambar yang tak ada kena mengena itu jangan mengumpat ok.


nie baru tugas aku letak bunga,tak guna gam hanya guna clips kertas patahkan 2 kemudian cucukkan saje. kenape aku tak gam kot lah tiba-tiba nak ubah posisi bunga atau nak ubah letak bunga lain ke dah senang nak cabut nanti tak lah melekat kat pembalut bekas hantaran tue

Oh ya bekas hantaran nie kami buat 2 minggu sebelum Krul ke Labuan

Mula buat gubahan hantaran rabu (8 mac) lepas buat kat rumah Yasmin.

Kecoh huru hara pening aku nak gubah hantaran ni mula-mula.Disebabkan plastik set perfume dan set dompet koyak,abah beli plastik tebal sikit sebab plastik nipis tak ada.

Kemudian kami(abah Aby dan aku) cuba  balut dengan plastik tue tak menjadi langsung sebab tak melekat aku terus give up.Dan paling aku menyirap riben merah plak tak ada kena balik rumah mama cari,cari punya cari tak ada patah balik pergi rumah yasmin cari balik dalam beg plastik wei ada plak padahal 2,3 kali kami cari tak ada alih-alih boleh plak ada tak ke aku menyirap.Jumpa je riben tue aku baling ke dinding tercengang-cengang dorang.

Dorang suruh aku rileks dulu,sambil tue dorang buat goodies untuk kanak-kanak dulu.Sambil dorang buat goodies aku dah sejuk hati aku sambung gubah hantaran diam-diam,eh jadilah aku buat aku buang plastik kat set tue kemudian aku ikat riben.

Tunjuk kat mama abah aby dorang kata ok,terus aku letak kat bekas hantaran dan sambung buat yang lain. 



2 set barang nie aku buang plastinye yang set perfume tue aku hanya tambah riben dan set dompet aku kena gubah semula dari kedudukan asalnye 


kain warna merah tue abah yang balutkan aku cuma tolong sikit-sikit je sebab kain merah nie buat aku sakit hidung tiang merah tue pakai lidi je kemudian balut dengan riben tue pun tugas abah sebab kena gam kan.


kaki gajah syafiq nie terkeluar dari bekas hantaran


2 gubahan hantaran aku sambung buat ari khamis 9 mac sebab Aby baru beli coklat dan baju




tugas abah gamkan kesemua barang-barang tersebut dan lekatkan pada bekas hantaran dan gamkan manik di riben sekali. Kecuali T-shirt mama letak jarum peniti kat T-shirt supaya tak goyang dan kasut pula letak selotip bawah tapak kasut kemudian baru bubuh gam diselotip tue,tak kan nak gam terus kat tapaknye mau rosak tapak kasut tue nanti.



nie gambar keseluruhan

sangat simple bukan tapi Aby dan mama kata OK

Maaflah nie je yag mampu aku buat tak kreatif sangat.

Dalam tak keatif nie ada lagi yang Aby suruh buat nanti aku cite kemudian.



... ll ...




Selasa, 14 Mac 2017

my little BABY dah kahwin - Aby


Adik bongsu aku dah kahwin sabtu lepas 11 mac 2017 majlis nikah diadakan di surau dekat Kg.Malaysia Raya dan majlis sanding 12 mac 2017 diadakan di Dataran Kamara Kg.Malaysia Raya.


nie lah adik ipar aku,Syafiq namanye


Alhamdulillah dipermudahkan urusan akad nikah hanya sekali lafaz sahaja.


nampak abah cool tapi dalam hati sebak tue anak bongsu dia dah jadi milik orang

mama pun sama nampak je cool,dalam fikiran tue macam-macam fikir tentang majlis


dinikahkan oleh tok kadi yang sama semasa penikahkan yasmin




ni mak syafiq,sedih juga mak dia








Selamat pengantin baru my little BABY dan syafiq semoga bahagia hingga ke Jannah

Dah tak ada kawan nak tido sama-sama,gaduh,gelak ketawa,bawa kereta sebab klong tak geti bawa kereta dan banyak lagi lah.


***nak tengok gambar lagi sila ke instagram photographyzamyahya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...