Pengikut

Rabu, 31 Mei 2017

Signal Hill Observatory Platform

Next kami ke Signal Hill Observatory Platform,tempat yang sesuai untuk melihat sebahagian bandar Kota Kinabalu

Signal Hill Observatory Platform berdekatan dari hotel kami.



 
Permandangan dari atas nampak bangunan Kota Kinabalu

tengok belah kanan nampak laut


 kat sini ada cafe


Kami tunggu matahari terbenam,wah cantiknye..




Lepak-lepak jap lepas tue gerak ke next location.





27 April 2017 : Pasar Kraftangan @ Pasar Filipina

Disebabkan mama masih tidak sihat dan berehat je di hotel kami kuar berdua je berjalan-jalan.

Jomlah kita shopping..


Pasar Kraftangan yang juga dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan, menjadi destinasi wajib yang perlu dikunjungi bagi mendapatkan cenderamata apabila berada di Sabah.

Gelaran Pasar Filipina diperolehi disebabkan peniaga di Pasar Kraftangan ini merupakan orang Filipina.

Pelbagai cenderamata dijual disini antaranya  rantai mutiara, cincin mutiara, gelang mutiara, subang mutiara, kerongsang mutiara, butang baju melayu mutiara,t-shirt,beg patung dan lain-lain lagi.Hampir di setiap gerai dalam pasar ini menjual barang yang sama tapi harga ada sedikit mahal dan murah dan juga boleh tawar menawar.


Setelah semua gerai kami survey akhirnye gerai nie kami singgah beli butang baju melayu.Mula-mula Krul nak beli dalam 2 pasang je sekali adik penjual nie kata kalau beli sekotak besar ada 12 pasang RM60 terus Krul pilih beli sekotak besar.Nampak tak Krul pun cepat terpedaya hahahaha.Eloklah tue beli banyak boleh kasi souvenir pada family.


Antara yang lain-lain dijual


Lama sungguh Krul pilih sebab rambang mata semua cantik-cantik belaka


rantai mutiara ikutkan aku nak beli seutas tapi rasa macam tak pakai je jadi tak lah beli.


Gelang nie ada saiz dewasa dan kanak-kanak,aku tak beli tak bekenan sangat



Nie Krul beli nak gantung kat bilik tido kami 

Giliran aku plak untuk shopping,kalau tadi Krul rambang mata sekarang giliran aku plak.


Beli sekotak besar gak,selain untuk pakai sendiri aku nak kasi kat family juga dan mama ada kirim sekali belikan untuk kasi kat kawan-kawannye tue sebab aku beli sekotak besar terus.


boleh pilih mana yang suka,bagus aku pilih semua lain-lain


Aku yang shopping jadi akulah yang kena bayar


Lompat bintang aku wei, Krul belanja aku gelang,bayar je aku terus pakai tak payah simpan kotak orang belanja kena hargai lagi pun gelang nie memang aku berkenan sangat.Gelang nie tak sama dengan gelang yang kat atas tadi,gelang nie semuanya mutiara.Krul tawar cukup-cukup sampai peniaga nie kalah dan dia kasi harga yang krul minta.Alhamdulillah.


 nie semua yang kami shoping tadi


Masing-masing dah dapat ape yang nak aku ajak Krul kuar dari sini,boleh habis duit kalau duduk lama-lama asal nampak je nak beli.

Di sebelahnye ada pasar menjual makanan laut kering


 aku tak beli pun tengok-tengok je nie mama abah boleh lah beli tau ape nak masaknye aku tau makan je.

 dan sebelahnye pulak ada pasar jual buah-buahan.

Ada 1 lagi gerai kami tak pergi,gerai menjual makanan disitu menjual makanan seefood semuanya.Disebabkan masih kenyang tue yang tak singgah dan nak makan malam kat tempat lain.




AddressJalan Sinsuran, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia


Isnin, 29 Mei 2017

Mama Jatuh dan patah pergelangan tangan kanan

Selamat berpuasa semua,dah puasa dah tapi cite tentang bercuti ke Sabah belum habis lagi.aku cuba habiskan harap-harap tak lah sampai raya plak baru nak habis.

Last lokasi kami berada di Rumah Terbalik The Upside Down House Of Borneo,belum sempat lagi masuk 1 accident berlaku.Mama terjatuh kerana tersalah pijak jalan,macam mana nak cite yea cuba bayangkan ada jalan tinggi dan rendah ala anak tangga tapi 1 je anak tangga mama salah pijak mama terpijak yang bawah sekali,dan terus jatuh.

Aku sedar mama jatuh pun sebab mama menjerit aduh! bila toleh belakang mama dah terbaring kat lantai jalan lepas tue pitam.Kejut mama bubuh minyak angin kemudian abah dan krul angkat masuk kereta,dalam kereta masa mama sedar mama cakap tangan patah,memang betul patah nampak tulang tue terkeluar.

Aku terus jadi takuttt,terus waze cari hospital nasib baik 3 minit je dari Rumah Terbalik nie.Masa jatuh tue mama tahan guna tangan agaknye bebanan dan cara jatuh tue salah tue yang patah tangan.

Sampai je Hospital Tuaran,terus dibawa masuk dan dibuat pemeriksaan.Dari pemerhatian doktor katanye memang tangan mama patah dan kena disimen.

Aku respect dari nurse,pembantu doktor dan doktor semuanya baik-baik belaka,cara cakapnye lembut dan buat kerja pun tak kasar.


pergelangan tangan belah kanan yang patahnye.


Sebelum nak simen pembantu doktor dan doktor ada kata masa nak simen tue tangan akan ditarik untuk masukkan tulang yang terkeluar tue tapi akan dibius dulu supaya kurang rasa sakit.Tapi mama kata masa ditarik tue tak sedar langsung tau-tau je dah siap disimen,nampak disitu mama alah pada bius,bagus gak tak lah rasa sakit.

Tak kena tahan pun duduk hospital,malam tue mama dan abah tido rumah abang herry takut nanti malam-malam sakit senang nak ke hospital kami balik tido hotel.

Balik hotel kami berdua rasa serba salah.


Khamis, 25 Mei 2017

Gerai Pekan Nabalu

Shopping time..tak lah beli souvenir sikit untuk dibawa pulang sebagai kenangan dan nak kasi kawan-kawan 


Macam-macam ada dijual disini dari t-shirt hingga ke key chain



rambang mata memilihnye beg semua cantik-cantik,dan sila tawar yea kalau nasib baik dapat harag yang dihajatnya.Disebabkan Krul dah loghat Sabah dapatlah murah sikit.





nie barang yang aku beli,sehelai t-shirt pink dan beg duit krul pula beli 2 helai t-shirt 


nie barang abah dan mama




AddressPekan Nabalu, 89150 Ranau, Sabah, Malaysia


Poring Hot Spring, Ranau

Dah penat berjalan jom kita rendam kaki di Poring Hot Spring, Ranau.




kadar bayaran untuk pengunjung,sangat murah bagus tak lah orang berkira nak masuk ke tidak ke sini.

sebelum menuju ke kawasan air panas kami melalui sebatang jambatan dibawahnye ada anak sungai airnye deras gak sejuk je lalu kawasan ni.




belakang kami tu jambatan kayu tidak digunakan lagi,kami lalu jambatan batu lagi kukuh dan selamat


kebun kupu-kupu,jambatan atas pokok,gua kelawar dan air terjun langanan kami tak pergi sebab berendam kaki lama sangat kat sini lagi pun kena naik tangga yang tinggi sian mama dan abah penat  dan sakit kaki nanti.

Tak pe ada rezeki kami datang lagi.


nie kolam air yang paling panas sekali berasap-asap.

Alhamdulillah dapat merasa merendam kaki ada 1 kolam kosong jadi kami masuk rendam kaki.


mula-mula kami berdua je lepas tue aku ajak abah masuk lepas tue ajak mama plak..lega kaki kami.


kalau bawa baju lebih boleh mandi sekali.

ada 2 paip,1 paip untuk air panas 1 paip untuk air suam.Nak panas tak payah buka 2 paip buka 1 je,tapi tak mampu kaki aku menahan panasnye, agak dah suam sikit baru aku rendam kaki.


Address89300 Ranau, Sabah, Malaysia
Hours
Closing soon · 8AM–4PM

Rabu, 24 Mei 2017

SABAH TEA : Restaurant & Tea Shop


Next kami singgah di ladang teh Sabah pula.Ladang teh nie kena kena turun dari Kundasang.

Alhamdulillah ada restaurant disini boleh makan sekali, lagi pun perut memasing dah lapar.


Oh ya di Sabah Tea nie cuacanya panas yea,tapi tak lah panas sesangat.


kata ladang teh haruslah minum teh



Krul punya (lupa nama menunye)


nampak daun teh digunakan untuk hiasan

kami bertiga makan nasi goreng (lupa nama menunye juga)


Sabah Tea Love Lock Teapot

ada gak love lock nie kat sini


kita ambil je lah gambar yea mama anak mama ne tak berkenan nak buat benda nie,membazir je

Dah kenyang perut moh kita jalan ke depan tengok ladang teh secara dekat

salasilah penubuhan ladang teh sabah nie





Kilang pemprosesan teh



tapi tak boleh masuk tengok 

Ini adalah area untuk ambil gambar tapi sayang gambar tak jelas sebab menghadap matahari itu yang gambar gelap.






Boleh masuk ke ladang teh






rehat jap sebab panas dan menikmati keindahan ladang teh nie 


ok bye Sabah Tea..ada rezeki kami datang lagi.


AddressKM 17, Jalan Ranau/Sandakan Kampung Nalapak Beg berkunci No.2, 89309, Ranau, Sabah, Malaysia
Hours
Open today · 7AM–8PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...