Pengikut

Rabu, 28 Mac 2018

masak-masak minggu ke-25 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Minggu terakhir sedih rasa hati nie nak tinggalkan Labuan ialah 6 bulan tinggal disini banyak kenangan manis dan pahit dan paling aku kesian kat Krul kena duduk sorang-sorang balik.

Minggu terakhir nie aku sempat gak memasak tapi dua hari sajelah.

27.032018 / Selasa

Sambal sardin dan buncis goreng



28.032018 / Rabu

Sarapan pagi nasi goreng 



Dan untuk makan tengah hari telur masak kicap dan sayur buncis goreng.



Lauk telur masak kicap nie aku buat lebih simpan untuk Krul makan balik dari KL nanti.

berakhir sudah #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa aku besok nak balik KL.


Selasa, 27 Mac 2018

masak-masak minggu ke-24 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

19.03.2018 / Isnin

Tak masak perabiskan lauk semalam

20.03.2018 / Selasa

Sayur kobis anjang goreng dan sambal ayam



21.03.2018 / Rabu


22.03.2018 / Khamis

Western arini aku masak fettuccine carbonara



Walla bertambah-tambah makannye.

23.03.2018 / Jumaat

Buat mee sup arini



24-26 off duty pergi Sabah


Isnin, 19 Mac 2018

masak-masak minggu ke-23 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Pindah masuk bilik Krul aku masih teruskan memasak.

Isnin aku tak masak lagi masih sibuk mengemas pakaian dan barang di dapur jadi besonye baru mula masak.

13.03.2018 / Selasa

Sup Ayam



14.03.2018 / Rabu

Sayur buncis goreng dan sambal sardin





15.03.2018 / Khamis

Tengah hari habiskan lauk semalam malam makan maggie je




16.03.2018 / Jumaat

Kari ayam dan sayur buncis goreng





17.03.2018 / Sabtu

Tak masak habiskan lauk semalam

18.03.2018 / Ahad

Masak sup daging




Nikmat wei makan gini,bubuh nasi dalam mangkuk lepas tu letak sup daging bertambah-tambah makannyekami berdua.


Isnin, 12 Mac 2018

masak-masak minggu ke-22 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Assalamualaikum...
Minggu ke-22 ni aku payung Krul dan budak-budak opis dia sarapan pagi nasi goreng selama 4 hari.

05.03.2018 / Isnin
Pagi : nasi goreng udang geragau + fishcake


Tengah hari : Asam pedas ikan pari,nanti ada siaran ulangan tengok je nanti hari ape siaran ulangannye.jangan kecam aku sengaja masak banyak senang nak goyang kasi.



06.03.2018 / Selasa
Pagi : sekali lagi nasi goreng udang geragau


Tengah hari : sotong masak lemak cili api pun ada siaran ulangan dan taugeh goreng letak tauhu


07.03.2018 / Rabu
Pagi : nasi goreng tom yam



Tengah hari : asam pedas ikan pari dan sayur kobis goreng kicap



08.03.2018 / Khamis
Pagi : nasi goreng ikan bilis



Malam : sotong masak lemak cili api dan ikan masin


09.03.2018 / Jumaat
Sup ikan merah + cili kicap + telur goreng dadar




10.03.2018 / Sabtu
Asam pedas ikan merah ini baru masak bukan siaran ulangan yea.



Ada tetamu datang rumah,kawan Krul.Ada event hari ini,tengah hari dia ajak kawan dia datang rumah makan tengah hari lagi pun nak minta tolong bawa TV ke bilik Krul.Lauk tambah aku goreng telur dadar je.


11.03.2018 / Ahad
OFFDAY-pindah keluar dari rumah sewa ke bilik Krul..tinggal lagi 3 minggu cuti akan berakhir.

Dah duduk bilik Krul nie susah sikit nak update blog tak ada wifi free macam rumah sewa tue nak kena guna data handphone kena jimat-jimat.

Ahad, 11 Mac 2018

Makan-makan di Pasar Malam Filipina/Pasar Malam Sinsuran

2 hari saje makan disini Pasar Malam Filipina/Pasar Malam Sinsuran.2 hari itu juga kami makan di kedai yang berlainan.

Isnin 26.02.2018

 Ketam masak cili

 Kailian ikan masin

 agar-gar kesukaan Krul,dekat kedai nie tak ada jual sanggup dia cari kat kedai lain.

 sotong goreng tepung

 udang butter

Order nasi putih 2 pinggan sorang satu sekali tak cukup minta lagi 1 pinggan kongsi berdua

Rabu 28.02.2018
 agar-agar.harus ada

 ikan pari bakar

 kailan sos tiram

Sotong bakar ni minta dia bakar baru tak nak yang dah bakar yang jual atas meja,terhangit sikit tapi masih sedap

Habis licin juga kami makan.Dorang masak sedap kena dengan tekak.

Korang nak makan yang bakar-bakar better ambil yang baru nak bakar sebab aku tanya adik jual tu makanan bakar-bakar yang tak habis buat ape adik tue jawab simpan.Jadi dah simpan mesti besok dorang panaskan balik.Cuba fikir itu semalam punya tah-tah ada 2 hari punya ke,tak pasal-pasal keracunan makanan nanti.Nasib baik sotong tue aku minta bakar yang baru cuma ikan pari tu jelah ambil yang dah bakar dan nasib baik juga tak sakit perut.


Sabtu, 10 Mac 2018

Pantai Tanjung Aru,Kota Kinabalu

Datang KK pasti singgah ke sini Pantai Tanjung Aru.Pantai Tanjung Aru adalah pantai paling popular di KK kerana menjadi tumpuan orang ramai merakam gambar sunset.



Sambil lepak-lepak kami pekena jagung kismis.Harus cuba kalau datang ke sini kerana jagungnye manis ditambah plak dengan kismis dan mayonis.



Macam biasa jom kite bergambar.





Nak main belon buih sabun pun ada.


Jadi pastikan tempat ini Pantai Tanjung Aru,Kota Kinabalu menjadi salah satu list tempat untuk korang kunjungi.

Next posting aku nak kongsi gambar makan-makan di Pasar Malam Filipina tunggu yea..Bye..


Jumaat, 9 Mac 2018

Muzium Sabah

Seterusnye kami ke Muzium Sabah.




Kadar tiket untuk pelawat tempatan RM2 bagus murah dan dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam Muzium nie.


Rupa bangunan Muzium Sabah ni seperti di dalam gambar pas sehari diatas


Masuk ke dalam naik anak tangga nampak satu rangka tulang ikan paus yang besar dan panjang.Ini adalah rangka ikan paus Bryde.

Terdapat sebuah buku skrap bergambar yang disediakan oleh pihak muzium untuk rujukan pengunjung. Buku ini menceritakan secara ringkas kronologi penemuan bangkai ikan paus ini hinggalah kepada kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan tulang-tulang oleh Jabatan Muzium Sabah sebelum rangkanya disusun dan dibangunkan semula untuk dipamerkan. 

Aku nak kongsikan secara ringkas dengan korang tentang rangka ikan paus nie,sebenarnye ikan paus nie terdampar di perairan Sabah.Kemudian ikan paus nie di tolak kembali ke tengah laut dalam kerana dikhuatiri akan mati tetapi 2 hari kemudian ikan paus nie terdampar kembali dan telah pun mati di tempat yang sama ketika kali pertama ikan paus ini terdampar.Kemudian rangka ikan paus ini dijadikan salah satu pameran utama di Muzium Sabah ini.




Pandangan dari sisi atas

Jom aku bawa korang explore ke dalam Muzium Sabah nie dari 1 tingkat ke 1 tingkat




Bukan tudung kepala ini sunduk namanya






Ini tab mandi tembikar berbentuk oval ala bathtub lah




Siut ada replika buaya terus aku meremang lalu sebelah pokok belah kanan sambil tutup muka.















Keluar dari muzium nie kawan-kawan mesyuarat Krul baru sampai.


Ini group 1 group 2 pergi ke tempat lain,Krul tak join dorang ikut lawatan sebab nak jalan-jalan dengan aku.


Kedai cenderamata ada juga disebelah kaunter tiket

Di sebelah luar sebelah kiri ada pameran kereta lama.



Kemudian ada galeri keretapi





Gerabak penumpang


maaf nak kongsi info dengan korang tapi kecil plak tulisannye.Datanglah sini yea aku pun x sempat nak baca.





Keadaan dalam gerabak penumpang ini



Juga terdapat bilik pameran.



Gambar zaman dulu-dulu tahun 1911 Jesselton atau Kota Kinabalu

Selain dari itu ada Pusat Sains dan Teknologi tapi ini untuk kanak-kanak saje bermula dari umur 10 tahun ke atas saje yang boleh mencuba permainan yang disediakan kami tumpang masuk toilet je


Okay itu saje tentang Muzium Sabah


Alamat : Sabah Museum Complex, Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah 
Tel: (+6088) 225033
http://www.museum.sabah.gov.my/