Pengikut

Ahad, 30 September 2012

Oh ice cream magnum

2 hari aku teringin nak makan ais krim magnum tapi tak kesempatan nak singgah beli,akhirnya arinie dapat makan gak.Thanks hubby belikan ais krim untuk i.U nak ke hubby?boleh...ambil lah tapi ambil 1 je 3 lagi i punya.hihihi..;-)

Jumaat, 28 September 2012

kembali segar bugar :-)

Segar rasa diri nie..tepat je jam 12.15 tgh hari dan bunyi je jam punch card aku off tel. dan terus turun ke surau capai telekung utk selimut badan,capai lagi sejadah buat lapik badan dan last sekali capai bantal yg sedia ada kat surau tue...Tanpa pedulikan bilik surau tue tak berair-cond aku terus tido..Lagi tambah lena tido aku,tak ada sape pun masuk dlm bilik surau tue...

Aku hanyut tido sampai pukul 1.30 petang tue pun terjaga pasalnye ada orang masuk solat,tapi tak lah terus bangun masih lagi bebaring.Bagus gak klu tak ada org masuk solat mesti aku terlajak tido..Pukul 2 ptg aku siap2 kan diri utk solat zohor.Masa aku ambil wuduk aku cuci muka lama2,segar rasa muka aku hilang rasa lemau pagi tadi.

Sekarang boleh buat kerja tanpa rasa lemau lagi...

LEMAU

mode aku sekarang nie 

LEMAU 

ditambahkan lagi dengan mata yang semakin hari semakin sakit nie kalau boleh nak tido je sekarang...

tapi apa boleh buat

bersabar sajelah tunggu kan aje 1 jam 15 minit je lagi untuk rehat.







Rabu, 26 September 2012

Good Bye Kak Jue


Kak Jue akan mula bertugas di cawangan kelantan pada bulan hadapan (Oktober)..Selamat bertugas di tempat baru dan jaga diri baik-baik..Kak Jue rajin2 lah update blog boleh tau perkembangan akak kat sana.


Hilang sorang lagi kawan, sedihnye (T__T)

LOVE U kak Jue


Isnin, 24 September 2012

Tiada lagi Si Chiki di rumah

Lepas nie aku kena biasakan diri dengan tidak lagi memanggil dan menjengguk Si Chiki..Semalam hubby dah bagi Si Chiki kat orang tingkat 5 siap bagi dengan sangkar dan makanannye sekali.Semalam petang,bila hubby bagi tahu je dah bagi Si Chiki kat orang aku pun menangis macam budak kecil kena marah mana tak nye sedih hati nie nak melepaskan Si Chiki yang dah besar tue,bulu dah lebat muka dah semakin hari semakin bulat.

Hubby siap pesan 2 perkara kat orang baru tue nanti bila bagi minum kat Si Chiki jangan bagi air paip bagi air yang dah masak takut perutnye sakit dan boleh sebabkan cirit birit dan perkara seterusnya kalau dah tak nak jaga jangan buang tapi pulangkan kembali kat kami.

Aku dan hubby suka bila tengok Si Chiki masa di lepaskan belakang rumah dia bukan main suka lari sana sini bagaikan bebas dari kongkongan.

Oh Chiki semoga kau selesa dan sihat di bawah jagaan tuan baru kau.

Al-Fatihah - Dalam Kenangan



Arwah Nenek lebih dikenali dengan panggilan Atok yang aku sayangi telah kembali kerahmatullah pada 20 September 2012 sebelum azan Zohor dan telah selamat dikebumikan pada petang hari tersebut selepas azan Asar ditanah perkuburan Kampung Kebun Teh,JB.



Al-Fatihah,semoga roh atok dicucuri rahmat hendaknya...

Amin

***Dah tak ada nenek dan atok lagi baik belah mama dan abah,sekarang hanya menumpang kasih nenek belah hubby je..tue pun tinggal sorang je nenek dia..

Khamis, 20 September 2012

Redha




Rabu, 19 September 2012

kite tengok sape yang kena lucky draw

Jumaat lepas ada sambutan majlis hari raya (open house) kat opis hubby iaitu bahagian kejuruteraan bergabung dgn Balai Bomba Sentul.Dalam majlis tersebut ada dibuat lucky draw,dimana nama akan dicabut oleh KB,OC Balai dan Penolong Jurutera serta isteri masing-masing.Setiap sorang akan mencabut 5 nama saje.Hadiah hanya untuk pekerja2 bomba saje.

hadiah yang bakal dibawa pulang bagi yang bertuah malam itu

Hubby memberi hadiah kepada 5 orang yg bertuah,2 dari 5 orang gambar dibawah adalah staff hubby..Sian korang berdua dapat tuala,nanti minta ganti pada En.Krul..


Giliran isteri En.Krul plak bagi hadiah.Dalam 5 cabutan tersebut terselit nama hubby,mc majlis tue siap mengusik kata nie tak adil isteri sendiri yang bagi hadiah..dan tak lama lepas tue mc tue dapat hadiah atas cabutan diri sendiri lagi kelakar.Nasib mc tu dapat hamper klu dapat tuala mau kena gelak..Sorry Tuan mc saya melawak je..


Hanya hubby sorang je dapat hadiah elektrik yg lain2 hamper dan tuala..Hadiah yang hubby dapat ialah kettle.Ok gak boleh ganti kettle lama.

Dan malam itu kami memilih memakai warna baju sedondon


purple pilihan kami..


Selasa, 18 September 2012

Rumah terbuka hubby

Kunjungan dari pejabat hubby,penghuni kuaters Bomba Bukit Jalil,pasukan penyelamat dan pegawai-pegawai Bomba di hari ahad.Maafkan aku kawan-kawan sekalian kerna tak menjemput korang hadir ke rumah.Hubby last minute kata nak buat open house dah tue kata nak jemput anggota Bomba aku nak tumpang sekaki buat, tapi mengalah tak jadilah buat sebabkan klu buat sama-sama takut makanan tak cukup oleh itu baik hanya buat utk belah hubby je.



Tekaan aku tepat sekali,3 Balai Bomba datang dengan pasukan penyelamat masing-masing dengan mengikut syif bertugas.Nasib baik yang datang tue tak kena panggil segera balik utk padam kebakaran.Pegawai atasan dan OC balai pun hadir sama.

Nasib baik ada import Master Chef klu tak mau terkangkang aku kat dapur sediakan makanan,sape kah master chef tue tak lain tak bukan Mama lah..Mama buat kuah kari 2 periuk besar..aku tolong gak lah mama kat dapaur tolong potong bahan2.Mama dan abah lah orang kuat dlm menyempurnakan open house nie.

Makanan yang kami sediakan utk tetamu makan ialah Mee Kari dan Satay (hubby tempah) air pula Mangga,keropok (mak teh aku kena paksa goreng sian dia),buat pemanis mulut dihidangkan buah laici,gula-gula dan agar-agar.Tak lupa juga dihidangkan kuih raya.


Tak putus2 tetamu datang hingga ke malam.Nie lawak,Tuan Zaidi siap beri arahan suruh datang kerumah kami dengan diberi masa 5 minit saje utk sampai,belum sempat 5 minit 1 pasukan dari balai bawah (balai bukit jalil) datang beri salam.

Dalam makan-makan tue ada gak tetamu yang tengok gambar kawin kami,tiba2 naik malu rasa hati.Gambar lamakan dulu kurus sekarang dah gemuk.

Disebabkan mama masak,mama ajak jiran2 rumah mama datang rumah aku, lagi pun dekat je bukan jauh dari sgt pun rumah mama ke rumah aku.


Tima kasih cik ezan,mak ngah & suami serta nek endon sudi datang ke rumah saya..maaf lah tetamu ramai tak sempat nak melayan sgt.

Alhamdulillah habis kesemuanya makanan hari tue.Kepada MIL malam tue juga kami hantarkan makanan,MIL tak dapat datang kerna demam.


Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan maafkan sekiranya layanan kurang baik dari kami.

Ahad, 16 September 2012

Salam Syawal 1433 Hijrah


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Moga silaturahim diberkati Allah

Khamis, 13 September 2012

Jamuan Hari Raya Terakhir

Besok ada lagi jamuan raya yang terakhir.Akhirnya Tingkat M buat jugak.Tadi masa makan jamuan kat bawah ada gak yang bagi tau besok Tingkat M nak buat tapi tak pasti lagi jadi ke tidak..dan tadi aku buka email,sekali ada dah jemputan jamuan makan dari Tingkat M..Best best makan lagi...Lepas nie tak jumpa lagi jamuan besar-besaran macam nie.. 

Salam Penghujung Aidilfitri 

Pihak warga Tingkat M gabungan tiga (03) bahagian (Usahawan, Rekaan dan Pemuliharaan) menjemput ke majlis jamuan aidilfitri Tingkat M. Kehadiran tuan / puan amatlah di alu-alukan. 

 Tarikh : 14 September 2012(Jumaat) 
Masa : 11.30 Pagi hingga 2.00 petang 
Lokasi Jamuan : Ruang Legar Panggung Terbuka.

Alhamdulillah jimat duit makan tengah hari..

Bangku Kecil - Hasil Tangan Abah

Benarlah kata pepatah Kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa..

Sayang Abah ketat-ketat...Ari Selasa aku balik rumah family kebetulan masa tue hubby balik lambat ada open house,aku mengadulah pada abah kesayangan minta buatkan bangku kecil supaya senang nak duduk bila membasuh kain @ tudung. Abah jawab belilah bangku plastik kat kedai,baru berape ringgit je.Aku pun balas balik,kaklong dah beli dulu tapi dah pecah nasib baik bangku plastik tue tak tercucuk bontut.Mama yang dengar tergelak besar,nampak sangat aku nie dah berat kan..Padahal bangku plastik tue yang salah asal lah guna plastik yang tak tahan bebanan betul-betul nak kaup untung je peniaga nie..Abah pun kata nanti-nanti abah buatkan.Aku pun diam je lah kan,tak kan nak paksa gak buat masa tue klu hubby aku paksa buat cepat-cepat..

Selesai aku solat Asar,aku dengar bunyi gergaji.Rupa-rupanya abah tengah gergaji kayu,aku pun bantulah abah pegang kayu masa abah gergaji dan memaku kayu..Dalam tolong tue aku siap minta abah balutkan kayu tue dgn tikar (melampau aku minta lebih-lebih plak),nanti tak pasal-pasal kena plak selumbar kat bontut...Ade je kan alasan aku..Abah ikutkan kehendak anaknye nie,carilah tikar lebihan kat bawah rumah nasib jumpa tue yang bangku kecil berbaju.


Siap je bangku kecil tue,aku buat ujian ketahanan aku duduk dan berdiri..Alhamdulillah kuat kayu tue mesti tak pecah seperti bangku plastik dulu..Tue era jadi model aku, aku tak boleh jadi model,keadaan fizikal masa tue agak selebet..

Abah terima kasih banyak-banyak tolong buatkan Bangku kecil ini utk kaklong..


*** Penat nak mencangkung tue yang minta dibuat Bangku Kecil



Jamuan Raya Tingkat 3 plak

Pejabat Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah (O) & (P) dengan kerjasama Bahagian Promosi dan Pasaran(bahagian nie buat sekali lagi) mejemput ke majlis jamuan Aidilfitri yang akan diadakan hari nie 13 September 2012 (Khamis) masa 12.00 tengahari hingga 2.00 petang bertempat di Panggung Terbuka. 

 Jemputan tingkat/bahagian hampir lengkap tunggu jamuan dari Tingkat M saje lagi...Tingkat M bulan Syawal dah nak habis nie bila korang nak buat...

Rabu, 12 September 2012

Jamuan Hari Raya Lagi


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 12 September 2012 di basement Bangunan Seri Anjung Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang.

Hari nie baik anggota perempuan dan lelaki semua segak dan cun-melecun.Yang perempuan pakai baju raya lah apa lagi, termasuk lah aku juga..(saje je nak bagi gedikz)

Ahad, 9 September 2012

Si Kelisa sudah mati T__T

Berakhir sudah hayat Si Kelisa arinie.Memang tak boleh diselamatkan lagi Si Kelisa.Terjawab sudah punca kematian Si Kelisa,Si Kelisa mati kerana tertelan ikan bandaraya.

Aku dah perasan dalam 2 ari yg lepas yg ikan bandaraya dah tak ada dlm akuarium bila di tanyakan pada hubby katanye ada mungkin ikan bandaraya tue menyorok dicelah-celah batu,aku pun biarkan lah mungkin betul juga kata hubby tue.

Bila hubby bersihkan akuarium tadi memang betul ikan bandaraya dah tak ada.Alahai Si Kelisa kenapa lah kau makan ikan bandaraya tue,kan tuan kau dah belikan anak ikan yg kecil berwarna warni bukan ikan longkang dan anak udang tapi ikan bandaraya yg keras tue gak kau nak makan.Mungkin ikan bandaraya tue tersangkut pada tekak dia.Tue namanye menempah maut Si Kelisa.

Kini tinggal Si Kaloi sekor saje dalam akuarium tue.Si Kaloi mesti kau puas berenangkan dalam akuarium besar tue.Si Kaloi cepat membesar yea.


***Dah tak nampak lagi Si Kelisa berenang dengan muka sombongnye dalam akaurium.

Sabtu, 8 September 2012

Update Si Kelisa

Si Kelisa masih lagi bernyawa-nyawa ikan.Nak di tanam Si Kelisa kesian plak,x sampai hati biarkan dia mati.Biar lah tunggu je lah hingga hayat terakhir dia.Hari nie insang dia bergerak sangat lemah dari semalam.T_____T.Sedih..

Jumaat, 7 September 2012

Berakhir ke hayatnye Si Kelisa

Balik dari kerja petang tadi masuk je muka pintu tengok akuarium sebelah kanan Si Kelisa badan dia dah terbalik ke atas.Hubby bersihkan pam akuarium coz tersumbat dgn anak2 ikan.Sehingga ke isyak Si Kelisa bernyawa-nyawa ikan.Sebelum2 nie ada gak Si Kelisa tunjuk perangai ganjil berenang terbalik kemudian berenang macam biasa balik,tak de lah syak yang dia akan jadi mcm nie.Hubby hanya syak mungkin Si Kelisa pening lalat terlangar cermin akuarium @ batu.Kesianye kat kau Si Kelisa.Aku harap kau elok sedia kala yea Si Kelisa.Tolonglah jangan mati.

Salam Takziah buat Linda

Innalillahiwainnailaihirojiun..
 " Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali"

Salam takziah kepada linda (my new partner) dan sekeluarga atas pemergian atoknye (sebelah ibunya) yang berada di muar.

Al-Fatihah



Khamis, 6 September 2012

Bila hubby tak dapat guna iPhone dia

Sian pun ada gak aku tgk cinta hati aku sorang tue,hubby tak penah pun muncung mulut bila aku guna iPhone dia..kadang-kadang tue siap beralah dgn aku semata2 aku sibuk sgt nak guna i-phone dia...hubby hubby...lembut betul hati mu..

Bila aku menyibuk guna i-phone dia,dia tak mati kutu pun.Hubby ambil PSP yg aku hadiahkan masa 1st anniversary dulu(2010)..dia pun main lah game bola dlm tue...Tapi yg tak seronoknye bila dia main PSP mesti lama sampaikan habis lah bateri PSP tue.. 



Sorry yea hubby laptop kan rosak nanti sayang dah beli laptop baru sayang tak kacau lagi iPhone hubby ok...

manis plak senyuman u hubby..tergoda i...

Rabu, 5 September 2012

Kari Udang

Lauk arinie kari udang,atas permintaan hubby.Main order je dia,aku pun main taram je buat.Seumur hidup aku x pernah pulak makan kari udang,mama pun x penah masak.Hubby nak makan punya pasal aku ikutkan je,nasib baik jadi klu tak rugi udang2 tue.


Jamuan Hari Raya


Makan time...i suka u makan-makan nie...Besok 6 September 2012 (Hari Khamis) jam 12 Tengahari hingga 3 petang di Tingkat 2 gabungan 5 bahagian (IT, Promosi, BKK, BSK, Audit) buat jamua makan.

Bahagian Kewangan & Pembangunan, Bahagian Khidmat Pengurusan(bahagian aku bertugas) dan Teknikal pula akan buat pada 10 September 2012 (Isnin) jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang di Tingkat 1.


Tingkat 3 dan Tingkat M bila nak buat? Nanti jemput2 lah yea..


Nampak gayanye tak pose lah 2 aritue...Tak pe kan pelan-pelan buat nanti habis gak...

WW-Perhimpunan Janji Ditepati @ Stadium Nasional Bukit Jalil

31.8.2012/Jumaat/13 Syawal 1433H

Selasa, 4 September 2012

Semalam GCB arinie pun GCB

Aku sedang berpuasa ganti bermula semalam lagi..Disebabkan nak beri semangat pada diri sendiri supaya puasa di dlm bulan syawal nie aku memilih GCB sebagai makanan berbuka pose.Class ko myfara nak makan sedap2 aje.GCB memang sedap, makan 1 memang tak cukup klu boleh nak makan 2 biji sekali gus.Tamak tamak...

Isnin, 3 September 2012

Raya Bersama Sefamily II

Malam selepas maghrib Yasmin bersama Gmarl(serta 2 kawan opis dia) Aby bersama Madi @ anak jiran dan Mak Teh bersama 2 sepupu kecil datang...Makanan yg sama dihidangkan...


Mana mama & abah??? Dorang dari ari sabtu hingga ke besok balik JB tengok nenek masuk hospital...Lagipun masa lepas raya aku dah jamu dorang pun..masa tue aku jamu dorang nasi impit,kuah kacang,ayam masak merah dan serunding..


Ahad, 2 September 2012

Raya Bersama Sefamily

Sebelum apa-apa aku minta maaf dulu ya,nie makan2 bersama family je x jemput pun orang luar..

Syawal yang ke-15 baru dapat beraya bersama-sama family hubby..Tempat berkumpul di rumah kami sendiri...Juadah yang disediakan nasi impit,rendang ayam yang aku belajar dr MIL,kuah kacang,serunding (beli siap je),agar-agar,lemang (beli siap),air mangga (kacau sendiri)..


Nie lah family hubby...ada tak yang terkenal..yang perempuan pakai baju biru bertudung hitam tue biras aku..


Lepas habis makan baru makan kuih raya plak reramai.Kuih raya tahun nie tak beli banyak hanya beli 3 jenis,1 jenis hubby dapat,1 jenis meruku dan 1 jenis kacang..


My MIL..mentor aku yang mengajar buat rendang ayam..rendang ayam MIL sedap tak raya pun MIL akan buat bagi makan anak menantu..Terima kasih MIL sudi ajarkan..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...