Pengikut

Selasa, 27 Februari 2018

The Palace Hotel,Kota Kinabalu

Kami menginap di The Palace Hotel,hotel ini terletak di area Karamunsing.Jauh sikit je dari bandar.



Bandar kat depan sana tue,sini tak sibuk pun dengan kenderaan.

Hotel ni terletak diatas bukit.

Jom kita tengok keadaan dalam bilik hotel nie.


Cantik bantal ada 4 biji boleh guna sorang 2 biji tak payah berebut bantal






Hair dryer ada tapi iron tak ada nak guna iron call mintalah yea.

Seterusnya bathroom





Paip air kat bowl toilet tak ada kena pindah ke tempat shower untuk bersuci.


Secara keseluruhannya bilik ini bersih kemas  walaupun sedikit kecil.


The Palace Hotel,Kota Kinabalu
Address : No 1, Jalan Tangki, Karamunsing, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia 
Phone : +6 088 217 222
https://www.thepalacehotel-sabah.com


- - - ll - - -


Antara hotel yang penah diduduki sebelum ini



Isnin, 26 Februari 2018

Naik Feri Kenderaan Dari Labuan Ke Menumbok

Hai..I pergi lagi ke KK uolls..
Tapi bukan untuk holiday,Krul ajak aku ikut sekali sebab dia dan seorang office mate dia ada meeting di KK dari hari isnin-rabu(26-28 feb).
Kami gerak awal hari sabtu (24 feb) naik feri kenderaan sebab nak bawa kenderaan pejabat.

Naik feri kenderaan nie dikenakan bayaran berasingan bagi kenderaan dan penumpang,disebabkan kami naik kenderaaan pejabat jadi tidak dikenakan bayaran untuk kenderaan dan penumpang.Kalau tak bawa kereta pun boleh naik feri nie harga tiket untuk penumpang murah saje berbanding dengan feri yang selalu aku naik tue.

Feri kenderaan nie bukan terus sampai ke KK yea,feri nie hanya dari Labuan ke Menumbok saje.Jadi dari Menumbok kena drive ke KK. Kat Menumbok nie ada perhentian bas dan teksi disediakan senanglah yang tak bawa kenderaan nak bergerak ke destinasi seterusnya.Perjalanan ke Menumbok mengambil masa dalam 1 jam setengah saje.




Gambar ni dah nak sampai di Menumbok,tu kat depan tu jeti perlabuhan feri.Baju uniform tue semua pekerja-pekerja feri nie.

Bukan setakat kereta saje boleh naik van,lori kecil dan motor juga boleh naik feri nie.





Feri nie kecil sedikit berbanding dengan feri Pulau Pinang.

Di bahagian bawah tempat letak kereta kalau nak stay dalam kereta pun boleh di atas pula ada disediakan bilik menunggu yang selesa.


Bilik menunggu ni terdapat banyak kerusi disediakan dan juga ada TV sambil tunggu nak sampai kami layan dulu movie yang ditayangkan belum habis movie dah sampai di Menumbok.



Ada juga jual makanan dan minuman bagus bukan.



kereta tak banyak naik hari tu kalau tidak penuh nie sampai ke hujung.

Sebelum turun ke bawah ambil dulu gambar buat kenang-kenangan.



Nampak tak muka aku ceria sebab tak rasa mabuk dan ombak laut langsung.




masak-masak minggu ke-20 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Assalamualaikum...
Hai semua 🙋 selamat pagi bersiaran dari KK nie..
Jap lagi aku up cite kat KK sekarang nie nak up dulu menu masak-masak  minggu ke-20 minggu lepas..

19.02.2018 / Isnin
Taucu telur,kuah ikan putih masak taucu semalam masih ada lagi jadi aku rebus kentang potong nipis-nipis goreng telur tumis sikit bawang besar cili padi kemudian masuk kuah taucu tu dah siap dapat 1 lauk.Nampak tak betapa senangnye kalau masak kuah banyak-banyak boleh makan 2-3 kali.



20.02.2018 / Selasa
Sambal ikan putih je dan sayur kobis panjang goreng campur dengan black fungus.



21.02.2018 / Rabu
Ikan Putih masak lemak cili api + kobis goreng + tempeh.
Ikan putih tue aku masak kepala belah 2 dan ekor jadi kuah masih banyak lagi simpan jangan buang besok kite kasi panaskan tengok nanti ape yang boleh dicampurkan.



22.02.2018 / Khamis
Kuah masak lemak cili api tue aku campurkan dengan telur goreng aje.Habis licin senang hati.



23.02.2018 / Jumaat
OFF DAY - Krul tak balik makan jadi x payah masak aku makan maggi je tengah hari malam makan luar aje.


24.02 - 01.03.2018 / Sabtu - Khamis
OFF DAY ada di KK


Isnin, 19 Februari 2018

masak-masak minggu ke-19 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Assalamualaikum...

12.02.2018 / Isnin
  • Sosej kentang goreng bersambal
  • Ikan masin


13.02.2018 / Selasa
OFF DAY

14.02.2018 / Rabu

Siaran ulangan,panaskan lauk hari isnin

15.02.2018 / Khamis

Siaran ulangan,rebus nasi impit makan dengan rendang paru dan sambal tumis ikan bilis



16.02.2018 / Jumaat
  • Sotong masal lemak cili api
  • Bayam merah goreng
  • Ikan masin


17.02.2018 / Sabtu

  • Ikan putih masak taucu
  • Kobis panjang goreng
  • Ikan putih masak lemak cili api
Aku masak lauk taucu ni banyak untuk 2 hari makan,ikan saje aku goreng 5 potong 4 potong untuk lauk taucu lagi sepotong aku masuk dalam lebihan kuah sotong masak lemak cili api yang semalam punya.



18.02.2018 / Ahad

Siaran ulangan,panaskan lauk ikan putih masak taucu.





Rabu, 14 Februari 2018

Ulang tahun kelahiran ke-34


8 Februari minggu lepas secara rasminye aku melangkah masuk ke usia 34 tahun.
Alhamdulillah dipanjangkan usia,sihat tubuh badan dan rezeki yang tidak putus-putus diberikan oleh yang Maha-Esa Allah swt.

Aku kena prank wei!
Aku beria-ria nak belanja family aku makan sudahnya aku yang kena prank!

Gini citenye,balik dari Genting Premium Outlet singgah rumah family nak solat maghrib lepas tue aku ajak abah mama makan luar dorang okey je terus siap-siap pakai baju.
Kebetulan pula Yasmin datang rumah nak ambil kain baju yang dia tumpang jemur aku pun ajaklah dia sekali,dia berlakon weiii Yasmin cakap nanti dia tanya Gmarl macam mana boleh join ke tak.Yasmin call balik kata tak dapat join sebab Gmarl nak pergi jumpa cikgu silat dia.
Kemudian aku call Aby ajak dia dan Syafiq makan di kedai makan yang Syafiq cerita tempoh hari kat Krul dekat dengan area rumah dorang.

Sampai je kedai makan tengok Aby dan Syafiq tak sampai-sampai lagi aku dah cakap suruh terus pergi cop tempat takut ramai orang dia boleh tak sampai-sampai lagi.
Bila tarik meja dan susun kerusi untuk 8 orang aku dah pelik eh kan 6 orang je asal pulak nak 8 kerusi aku biar je lah tapi dalam hati dah rasa pelik mesti nak kena prank ni..tapi aku layankan aje.Kemudian Aby Syafiq sampai dorang tak bawa ape-ape pun jadi aku fikir tak ada apa-apa pranklah nie betullah tue kite berenam je makan,alih-alih aku dengar dari belakang suara orang nyanyi lagu birthday disambut pulak dengan Aby Syafiq Krul dan Abah Mama dorang bawa bunga siap ada belon dan kek weiiiiii...arghhhhhh kena prank...

sampul duit tue mama kasi berape ringgit adalah rahsia..huhuhu


Inilah ketua kepalanye yang rancang segala pranknye dan berpakat dengan adik dan adik ipar aku.Terima kasih yea krul buat semua nie terharu saya tau.

Terima kasih semua raikan birthday kaklong

 Bangga tue tunjuk umur 34 tahun
Oh ya kami makan di Experiment Kitchen semuanya ditempah oleh Krul,aku tak tau dia tempah ape yang dia kata makan western je sekali sampai ya ampun besarnye dan sedapppppnyeeee..



Set ini ada nasi sekali  dan kambing,sedap wei tak tipu licin kami makan dan cukup untuk 8 orang makan.


Ini candid Aby ambil gambar nampak tak aku punya teruja sungguh makanan depan mata hahaha..


Krul order juga burger



Sumpah sedap burger ni ada isi daging dan ayam

 jemput makan uolls

Dah habis makan masa untuk potong kek dan makan kek


Seperti biasa kek rasmi untuk birthday kek Chocolate Indulgence

Dan sebelum balik mari ambil gambar dulu


Abah mama tercinta melahirkan dan menjaga aku sehingga sekarang walaupun dah kahwin.Sama-sama berlakon tak nak bagi tau ada surprise untuk aku.


si pematah hati aku,nantilah kena jugak nanti.


adik beradik kawan gaduh dan merajuk



senyum lebar aku suka diraikan..hihihi


Dapat hadiah dari Krul, lagi membuatkan aku rasa terharu.

ok bye.Assalamualaikum...


--------- ll ---------

Experiment Kitchen
Address : 10G,Pusat Perniagaan Cheras Maju,Jalan Cheras Maju,Balakong 
               43200 Cheras,Selangor
Phone 019-606 6692

💝💝

Selasa, 13 Februari 2018

masak-masak minggu ke-18 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

OFFDAY 
 03 Januari - 10 Februari 2018
balik KL KL KL...

11.02.2018 / Ahad
Rebus nasi impit makan dengan sambal tumis ikan bilis mama bekalkan dan rendang paru beli dengan ibudamia.blogspot.my tapi yana kawan opis tolong belikan sebab itu kawan dia.



yummy rasa macam hari raya plak..berhari raya di perantauan hahahaha..

Isnin, 12 Februari 2018

masak-masak minggu ke-17 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Assalamualaikum...

29.01.2018/ Isnin
Sotong goreng kunyit





Bersama dengan lauk semalamnya asam pedas ikan merah 

30.01.2018/ Selasa
OFFDAY makan lauk semalam je

31.01.2018/ Rabu
Ayam goreng kunyit



01.02.2018/ Khamis
Ayam goreng dan sayur brokoli goreng letak tempeh dan fishcake


02.02.2018/ Jumaat
Bikin fettuccine carbonara