Pengikut

Isnin, 30 April 2012

Rasa macam kenal dia lah

Cuba tgk iklan nie ada tak persamaan dgn gambar org di bawah...



Adakah dia org yg sama....mungkin ye mungkin tidak???

errrmmmm rasanye mai kenal dgn dia masa mai praktikal kat MARA tahun 2005 tue pun dlm beberape minggu nak habis praktikal pun... Klu tak salah nama dia akmal...Kalau lah betul tu kamu mai nak ckp kat kamu 'wah muka masuk tv lor'.... Lama gak kita tak chatkan nanti senang2 saya chat kamu nak tanyakan betul ke tak kamu dlm iklan tue...


Jumaat, 27 April 2012

VIDEO MATA WANG MALAYSIA

Khamis, 19 April 2012

Sup Ayam Bebola




Alamak  terlebih edit plak...
Ok kawan2 nie sebenarnya sup ayam berbola yea bukan kuah kurma.

Moral of the story jgn over sgt nak touch up picture..


Bahan-bahan
  • 4 ketul isi ayam
  • 1 biji bawang besar & 2 ulas bawang puith (dibelander)
  • 4 biji bawang merah & 2 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 1/2 paket rempah sup
  • 1 biji carret (dipotong panjang)
  • 1 paket bebola ikan
  • Rempah 4 beradik -2 batang kulit kayu manis,3 biji bunga lawang,3 biji jintan manis 3 biji buah pelaga(agak2 je)
  • Sedikit halia
  • Minyak untuk menumis
  • Garam
  • Air
Cara memasak
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
  2. Tumis bawang yg dihiris bersama halia & rempah 4 beradik tue sehingga naik bau, warna menjadi sedikit perang.
  3. Kemudian masukkan bawang yg ditumbuk bersama rempah sup tumiskan seketika.
  4. Masukkan air yg mencukupi
  5. Masukkan carret,biarkan sehingga sedikit empuk
  6. Setelah itu masukkan isi ayam kacau seketika.
  7. Masak sehingga mendidih dan masukkan bebola ikan.Biarkan seketika sehingga kuah merenih.
  8. Tutup api dan hidang.

- SeLaMaT MeNcUbA -


Rabu, 18 April 2012

- AL-FATIHAH -

Hari nie opis diselubungi dgn perasaan yg sedih kerana seorg rakan sepejabat terlibat dlm kemalangan & lebih memilukan lagi isterinya meninggal dlm kemalangan tersebut.

Salam takziah buat En. Mohd. Ridzwan Misran keatas kehilangan isteri tercinta Norhana Nuruddin.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman,Amin..

Marilah kita sesama sedekahkan surah al-fatihah buat Allahyarhamah Norhana.

Al-Fatihah

Pautan Berita Kemalangan  

Selasa, 17 April 2012

Let's Edit Pictures

 

Disebabkan Picnik X blh digunakan lagi bermula 19 April 2012 nie jom kite beralih ke PicMonkey & Aviary pulak(ke korang dah tau kewujudan benda alah nie)..Tak payah susah2 nak taip baru kat new window korang blh click je PicMonkey & Aviary tue mai dah siap2 bubuh link.

Khamis, 12 April 2012

Pencuri! Pencuri! Pencuri!

Bodoh punya pencuri apasal lah ko gatal sgt tangan tue nak mencuri kat rumah mama aku.Bukannye family aku kaya sgt,keadaan rumah pun ko dah tau,rumah papan tue maknanye bukan lah org kaya duduk.Ko pegi lah mencuri kat bank lagi byk duit ko dapat boleh lah membuncitkan perut ko @ klu ko tue mat ganja blh lah ko beli ganja byk2 utk layan lentok ko tue sampai mampus pun aku tak kisah.

Tak pasal2 ko dah mengejutkan family aku dari tido.Ko pikir nak duit je masalah org ada ko pikir ke??? Nak sumpah kat ko mati kena langgar pun tak guna,tak kan lah Allah nak makbulkan doa aku yg jahat tue,mestilah Allah akan makbulkan doa yg baik2 je.Oleh tue aku doakan ko supaya insaf segera dr perbuatan bodoh ko tue manalah tau ko mati dibadai tsunami opss tersumpah plak..geram sgt nie..

Sian aby kehilangan duit utk dibelanjakan ke kolej dah lah arinie ada exam,tak pe aby sabar yea duit yg dia dpt tue tak berkat pun.

Citenye gini masa pagi sebelum subuh aby terdengar ada bunyi benda jatuh dr bilik sebelah lantas mengejutkan yasmin,dlm masa yg sama terdengar pula suara ayam padahal kawasan rumah mana ada ayam.Pandai ko yea pencuri nak mengaburkan fikiran adik2 aku yea,sorry dorang bukannye bodoh mcm ko.Bila buka lampu bilik sebelah rupanye tingkap bilik dah terlopong.Dan aby terus tengok hand begnye yg ada di atas ampaian,bila dicheck wallet tak ada,sekali terpandang ke bawah rupanye wallet dia dah terjatuh dan dicheck sekali lagi duit simpananye semua diambil pencuri tue.


 Tgk tue tingkap bilik papan je stail rumah dulu2,pencuri tue berjaya mengompel papan tingkap di belah atas dan kemudian mengompel pula selak pintu tingkap.Nasib baik ada besi jaring tue dapat menyelamatkan family aku dr dimasuki pencuri kedalam rumah.Pencuri tue hanya dapat masukkan tangan je ke dalam lubang2 besi tue dan menyelongkar handbeg aby yg terletak kat atas ampaian tue.Klu lah dia terbawa pemotong besi memang sedap lah dia mengangkut barang2 dlm rumah mama.Nauzubillah.


Alhamdulillah kpdMu Allah kerna menyelamatkan nyawa familyku.
 

Rabu, 11 April 2012

Daging Rebus Cicah Sambal Belacan



 Mai X tau ape nama masakan nie,actually mai penah makan kat cafe opis.Disebabkan dah selalu sangat makan yg berminyak ..apa kata kali ni kita makan yg kering2 jer..Daging rebus cicah sambal belacan.

Sambal belacan yg disediakan oleh hubby,dgn rela hati dia menumbuk bahan2 tersebut.Ringan kerja mai sikit.khikhikhikhi..i tak dera u but u nak buatkan..

 First time mai try buat lauk nie,X tau ape2 yg patut ditarukkan so main hentam je lah but klu korang ada resepi sebenar meh ah kongsi bersama..

Bahan :-
  • Daging lembu - dihiris jangan terlalu nipis /sedang2 saja kemudian dibasuh bersih2
  • 1/2 kiub pati lembu knorr
  • Garam 
  • Air secukupnya
Cara memasaknya tak de masalah senang je masukkan semua bahan2 diatas dlm periuk dan masaklah sehingga daging empuk.Bila dah masak ..boleh diambil dagingnya sahaja..dan boleh lah dimakan dgn cicah sambal belacan @ air asam ikut cara korang tersendiri..senang bukan..




> SeLaMaT MeNcUbA <
 

Selasa, 10 April 2012

Lawak hari ini : Hari + Mau = ?



Disuatu petang,sang suami menjemput isterinya pulang di pejabat.Setelah menemui suaminya,sang isteri menegur suaminya dengan berkata...


Isteri   : Hai awak lama tunggu ke?


Suami : (Sambil terseyum) Tak lah baru je sampai nie.


Isteri   : Awak, cuaca gelap je macam hari mau hujan lah.


Suami : Mana pulak harimau nak hujan,harimau nak mengaumlah.


Isteri   : @#&*+^%#@%&


Suami : Tersenyum.




Yang buat lawak poyo tue adalah suamiku...org dok risau hari hujan dia blh plak buat lawak...kang tak pasal2 dok bawah jambatan mcm aritue baru padan muka...



Isnin, 9 April 2012

Kumpulan Melontarkan Suara


Terdiri seramai 29 org hasil dari gabungan ahli lama & baru dengan tunjuk ajar dari cikgu Syafi,koir PKKM telah mendendangkan 6 buah lagu diacara perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2012 (HKK).Antara lagu-lagu yg didendangkan ialah Lagu Cintai Kraf Malaysia,Lagu Budi Bahasa Budaya Kita,Warisan,Lagu 1 Malaysia,Sejahtera Malaysia dan Aku Penganggur.


Pakaian kami disponser sepenuhnye dari PKKM,bertemakan Pop Art.....

Rabu, 4 April 2012

Landmark HKK 2012

Klu i-city terkenal dengan daya tarikan lampu2nye,di Kompleks Kraf tidak kurang hebatnye.Sempena HKK tempoh hari,Kompleks Kraf telah mendirikan landmarknye yg tersendiri. 

Aku dgn gediknye mengheret Amirah utk bergambar bersama.Nasib baiklah Dato' Jawa Firdaus spotting malam tue membenarkan mai meminjam wife dia sebentar bergambar padahal mlm tue dah lewat sgt.


Hubby pun kena heret gak bergambar








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...