heartbeat

Car C Click click Yooo!!!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Pengikut

Jumaat, 16 Disember 2011

Kejadian Manusia Bukti Kekuasaan Allah

     Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakinya.Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Maha Kuasa,lagi Maha Bijaksana.(ali-'Imran:6)
     Penciptaan manusia dari setitis air mani yang hina sehinggalah terbentuk manusia dengan bermacam-macam rupa,dengan ketinggian dan warna kulit yang berbeza dan sebagainya sudah cukup membuktikan bahawa manusia ini amatlah kerdil dan sepatutnya tahu bersyukur dengan nikmat yang diperolehi,dan ia tidak mampu dihitung oleh manusia.
     Di awal penciptaan ini,Allah telah  menjadikan rahim ibu sebagai satu tempat untuk menyimpannya sebelum manusia lahir ke dunia.
     Seandainya manusia sedar akan hakikat kejadiannya,maka tidak wujud manusia yang ingkar untuk mengikuti dan memahami suruhan Allah.Segala kepincangan dan perselisihan yang berlaku di muka bumi ini ialah berpunca dari sikap manusia yang tidak mengetahui dan memahami asal-usul kejadiannya.
     Apatah lagi pangkat,harta dan kemewahan yang dimiliki telah berjaya menguasai diri sehingga akhirat bukan lagi menjadi matlamat kehidupan.Islam tidak sekali-kali melarang seseorang manusia mencari kehidupan di dunia asalkan kehidupan abadi di akhirat tidak dilupakan.
     Manusia dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian.Selari dengan penciptaan itu juga,manusia telah ditugaskan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.Dengan kejadian itu,manusia perlu tahu menggunakan kemampuan yang ada demi menjaga keharmonian dan keamanan dunia.


***taip bulat-bulat dari surat khabar
Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...